Khamis, 27 November 2014

PIMPINAN UTAMA PR MESTI SELESAIKAN SEGERA KRISIS YANG ADA

KRISIS di dalam PR nampaknya masih belum benar-benar seperti sediakala.  Jika kita lihat di dalam media sosial terutamanya di FB, yang paling rancak bertikam lidah adalah di antara para penyokong PKR dan PAS.  DAP kurang menyerlah, mungkin di dalam media sosial berbahasa Cina agak rancak kot.  Tidak kurang juga ejen-ejen amno/bn termasuk SB pun mengambil kesempatan.

Ada yang kata ianya berpunca dari Kajang Move.  Aku tidak nampak itu puncanya.  Kajang Move sudah selesai dengan baik ditangani penuh bijak oleh pimpinan PKR terutamanya.  Perlantikan MB berjalan dengan baik walaupun Azizah bukan orangnya.  Tiada aktiviti berguling di jalanraya depan Istana seperti di Perak dulu.  MB baru pun telah buat kerja dari hari pertama lagi dan setakat ini satu demi satu objektif Kajang Move dapat diperlihatkan.  

Krisis berlaku bukan kerana Kajang Move, tetapi ada rakan di dalam PR yang tidak bijak menangani krisis ini.  Memang setiap strategi politik akan ada risiko, Kajang Move adalah strategi politik.  Apabila ianya dinamakan strategi tidak semua boleh hadam untuk apa ianya dilakukan.  Malang sekali, yang tidak hadam itu termasuk dari pimpinan.  Bagaimana mahu hadam dengan masak jika tidak libatkan diri sepenuh jiwa dan raga?

Baiklah, yang sudah berlalu biarlah berlalu.  Sekarang bagaimana untuk pulihkan kembali hubungan mesra sesama PR?  Jangan hanya minta para penyokong di FB saja hentikan perbalahan.  Tidak akan berhenti perbalahan selagi pimpinan tidak menunjukkan minat untuk berbaik. 

Pimpinan PKR, DAP dan PAS mesti menunjukkan mereka benar-benar telah melupakan krisis ini.  Jika mereka boleh tunjukkan, percayalah, kami di alam maya akan menyokong sepenuhnya usaha itu.  Mungkin yang tidak mahu krisis ini selesai hanyalah JebUG (Jebon UG), itu saja.

11 ulasan:

  1. Masaalah PR ialah dengan TGHH dan puak UGnya. Dan ini jugalah masaalah besar di dalam PAS.

    PR tidak boleh menyelesaikan masaalah TGHH dan puak UGnya. Ahli-ahli PAS dan pimpinan PAS yang bukan puak TGHH ( saya percaya majoriti) mesti meny3lesaikan masaalah ini.

    Sebenarnya masaalah lagi penting untuk mereka selesaikan kerana ia berkait d3ngan survival pe4juangan Islam yang dibawa oleh parti itu diera politik baru pasca tsunami 2008.

    Yang jelas kepimpinan TGHH sudah sampai ke titik akhirnya. Ia bukan kelemahan tetapi kemampuan yang ada sudah sampai k3hujungnya s3bagai p3mimpin politik. Tiada lonjakan baru lagi yang mampu dibawa ol3h TGHH untuk terus mengekalkan kedudukan PAS dipentas politik negara hari ini.

    Kita harus mengakui bahawa Allah memberi seseorang itu kemampuan yang berbeza-b3za. Bila sudah sampai kehujung tiada lagi yang boleh disumbang. Maka tibalah masa amanah yang dipikul diserahkan kepada orang lain yang mampu menyambung amanah itu.

    S3bagai pemimpin politik, TGHH sudah sampai ke titik akhir. Tetapi s3bagai ulamak beliau masih unggul. Uniknya jawatan Presiden PAS ini, ia mempunyai dwi fungsi. Pertama sebagai amir jamaah dan keduanya sebagai pemimpin politik. Tetapi sekarang ia digabung menjadi satu.

    Dengan mengabungkan kedua fungsi itu ( mungkin ok dimasa lampau s3b3lum tsunami 2008) nampaknya ia menimbulkan konflik diantara kedua fungsi itu. Mungkin sudah tiba masanya PAS memisahkan kedua fungsi itu seperti ikhwanul muslimin.

    Jika TGHH melepaskan jawatan Presiden bukan bermakna beliau tidak boleh terus menyumbang kepada perjuangan PAS dan sudah tidak diperlukan.

    Keilmuannya yang tinggi perlu dimanafaat oleh PAS tetapi didalam kapasiti yang selain dari jawatan Presiden PAS. Sayang sekiranya keilmuan b3liau yang tinggi disia-siakan.

    Masaalah saki baki UG ini bukanlah satu masaalah rumit untuk diselesaikan setelah TGHH meletak jawatan. Yang pasti MSU dan DUPP perlu dirombak dan diperkemaskan dengan melantik mereka yang betul2 layak. Dan untuk memastikan kedua badan ini tidak dipergunakan ol3h s3barang kumpulan untuk mencapai agenda peribadi seperti puak UG sekarang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Din oooiiiiii kau tengok sendiri komen macai PKR sesedap mulut je salahkan seseorang . Ini yg aku katakan geng A****g ( maaf terpaksa aku nyatakan kat sini) yg sering cari dan nampak kesalahan org je sedangkan dlm PKR sendiri pun wujud berbagai masalah yg tak selesai . Ini yg aku katakan pandai menyalak, berak dan kencing kawasan orang tp tak buat kat kawasan sendiri krn tahu ia mengotorkan serta tidak baik utk kawasan sendiri. Puak beginilah yg buat komen sesuka hati diadunkan dgn fitnah, maki hamun dan unsur2 seks. Mgkn juga puak2 mcm nilah juga suka menjatuhkan imej agamawan yg turut menjejaskan imej agama dan tak mustahil puak mcm nilah yg buat fitnah video lucah UAI sbb agenda dia sama dgn umno iaitu memartabatkan kuasa walaupun terpaksa pijak kepala org lain. Puak mcm ni juga yg sebar fitnah UG dan apabila berjaya menyingkirkan sebhgn pemimpin pas melalui agenda UG ni maka mrk cuba gunakan taktik yg sama pada TGHH serta mengapi-apikan algojo mrk dlm pas spt geng anwarinas, pasma dan jebon dibantu dgn propaganda blogger macai PKR utk menwar2kan fitnah ni bagi menjatuhkannya. Alhamdulillah segala2nya telah terbongkar dan ahli2 pas telah sedar segala perancangan macai2 PKR ni beserta dgn algojonya. Sbb tu selalu saya katakan macai 2 PKR sepatutnya buat kerja lebih cerdik dgn membuat sesuatu menguntungkan PKR untuk menaikkan kembali imej anwar dan sokongan padanya tetapi puak2 ni degil dan meneruskan taktik kotor lagi tak cerdik yg menyebabkan sokongan terhadap anwar merudum.,Lihat saje masa anwar dibicarakan org ramai makin menjauhkannya sbb org pas malah sebahagian pkr sudah hilang kepercayaan . Lebih buruk dpd itu hubungan dlm PR keruh krn fitnah dan tuduhan telah mempengaruhi Dap utk menyerang pas ! Oleh itu sudah tiba masanya macai PKR buatlah sesuatu yg lebih berfaedah agar perjuangan keadilan benar2 bermanfaat kpd semua.

      Padam
    2. Terbaekkk bro....

      Mosibat Mosabit rumput tak nk komen ke....hihih

      Padam
    3. PKR mmg pakar pitnah dgn adu domba.

      Padam
    4. Bos ngan bini bos dia tak dpt nak jadi MB, org lain pulok yg disalahkan. Pandai betol macai bos laki bini buang taik bos

      Padam
  2. Alhamdulillah, setelah ramai pihak berpenat lelah berusaha menyampaikan kesedaran demi kesedaran kepada masyararakat dan barisan kepimpinan negara mengenai ancaman pemansuhan Akta Hasutan 1948, pagi tadi negara dikejutkan dengan kenyataan Presiden Parti Melayu Islam terbesar UMNO bahawa, pemerintah akan mengambil sikap untuk mengekalkan Akta Hasutan 1948  dan melakukan penambahbaikan.

    Terima Kasih Yang Perdana : Terima Kasih Tan Sri Muhyiddin Yassin

    Kita sama-sama mengucapkan tahniah dan ucapan terima kasih kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di atas ucapan perasmian yang mendesak partinya supaya bermuhasabah dan kembali kepada perjuangan asal iaitu memartabatkan Islam dan Melayu di bumi amanah Allah kepada bangsa ini. Ini ucapan yang sangat lama dimimpikan orang-orang Melayu Islam di negara ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. SETUJU...KITA JAUHKAN DIRI DARI SIKAP DENDAM DAN BUSUK HATI HINGGA SANGGUP BERSELINGKUH DGN PUAK KAFIR YG SEMAKIN BERANI MENCABAR INSTITUSI AGAMA ISLAM, BANGSA DAN RAJA2.

      TAKBIR...!!!

      Padam
  3. Masalah PR ialah ketua dia yg menghidap penyakit tenat nak jadi MB. Kalau penyakit tu dah tak ada, mungkin masalah PR dapat diatasi

    BalasPadam
  4. Satu lagi masalah PR ialah sikap pkr dan dap yg terlalu wala' pada pemimpin tertinggi laki bini. Sapa tak hantar nama bini, dikira sudah durhaka sampai mati. Kalau wala' jenis ini dapat diminimumkan, ada kemungkinan masalah PR akan selesai

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wala' tak bertempat....tu la macai pkr...

      Padam
  5. Tak mustahil wala' diperturunkan kpd puterinya nanti di suatu masa kelak maka jadilah parti anak beranak. Wajib wala' kalau tidak nanti dikira derhaka !

    BalasPadam