Isnin, 1 Disember 2014

WAHAI BLOGGERS, TIDAK MALUKAH KAMU DI 'BANGANG'KAN DI KHALAYAK RAMAI?

MUNGKIN sudah sampai tahapnya Najib hilang sabar kepada para pencacai yang diupah sebagai Blogger parti keris telanjang tidak bersarung itu.  Semenjak dua penggal PRU kebelakangan ini, ternyata blogger-blogger upahan ini hanya makan gaji buta.  Langsung tidak membantu parti warisan penjajah ini.

Paling menyakitkan jiwa raga Najib adalah, sudahlah tidak membantu tetapi 'menumbuk' dan 'menerajang' pemimpin sendiri.  Ertinya ramai Blogger hentam pimpinan sendiri dari menghentam pemimpin Pembangkang.  Makan gaji dari siapa?  Siapa bayar?  Memang anda bangang, itu luahan emosi Najib kepada para pencacai Blogger upahan ini.

Sebenarnya mahu salahkan Blogger upahan itu pun tidak boleh juga.  Bukan mereka tidak mahu untuk menyerang Pembangkang atau pimpinan mereka, tapi apa modal untuk menyerang pimpinan Pembangkang?  Mahu serang Anwar?  Sudah berapa kurun mereka asyik 'taji' Anwar?  Apa kesannya?  Adakah sokongan kepada Ketua umum PKR itu semakin merosot?  Apakah PR semakin terjejas?  Jelas, tujuh Kerusi Parlimen Bn telah berjaya dirampas di dalam PRU 13 yang lalu.  Sejumlah 53% rakyat negara ini menyokong PR, ertinya projek menfitnah Anwar gagal samasekali.  Pemimpin PAS, Hj Mustafa Ali juga difitnah dengan isu yang mengaibkan, namun apakah rakyat percaya kepada cerita lucah lagi?

Jika Blogger upahan ini mahu mencari isu lain seperti isu penyelewengan, rasuah dan sebagainya, sampai berjangut rasanya mereka tidak jumpa.  Mana ada pimpinandi dalam PR yang terlibat di dalam kes jijik itu?  Mana dia MB/KM dari PR yang boleh dikaitkan dengan penyelewengan?  Tiada.  Adun-adun dari PR pun tiada.  Maka, tiada jalan lain kecuali cipta isu seks dan peribadi untuk dijadikan modal dengan harapan Najib pasti seronok dengan kerja bodoh mereka itu.  Malangnya, Najib sedar rakyat tidak bodoh mahu disuapkan dengan cerita lucah.  Sebab itulah Najib 'bangang'kan balik Bloggers yang memang sedia bangang itu.

Sehubungan itu, ayuh Bloggers pro Bn, kembali kita ke pangkal jalan.  Sampai bila kamu mahu makan gaji haram hasil fitnah?  Takkan kamu sanggup masuk Neraka hanya kerana mahu jaga Najib dan pandanya itu?


5 ulasan:

  1. Allah Maha Besar...kuasa Allah mengatasi prancgn manusia..najib mbuka pekong sndri..bloger dibayar dan akhirnya di bangangkn..semua fitnah..tomahan..caci maki di bayar..wahai bloger umno brbayar.
    Brtaubat lah..cari mkn secara halal..
    Apalah sgt nilai wang upahan brbanding dgn dosa yg akan dibawa ke akhirat nanti.
    Fikir2kn lah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ko ni apa hal?
      hanjing mana tau dosa?
      hanjing mana tau taubat?
      hanjing mana tau ada akhirat ke tidak?

      Padam
  2. diaoang ni tahu ker halal haram???....

    contoh yg mudah...judi kalau takda lesen dikatakan judi haram...tp kalau ada lesen di katakan judi halal......kah kah

    BalasPadam
  3. Sejarah sebagai iktibar dan pengajaran bukan sekadar ilmu dan pengetahuan. Sejak sekian lama sejarah manusia banyak berkisar tentang perebutan kuasa yg disulami dgn pengkhianatan, tohmahan,fitnah dan sebagainya. Kita rasakan manusia2 ini sungguh kejam, jahat, licik dan patut dijauhi serta berazam tidak akan berbuat sedemikian sebagaimana mereka ni mahupun menyokong mereka. Tetapi apabila perkara tersebut berlaku di era kita hidup kita telah lupa untuk mengambil iktibar dan pengajaran serta barulah kita sedar bahawa ianya tidak semudah disangkakan spt tekad kita kerana kita dikelilingi oleh golongan ini serta sering dipengaruhi oleh mereka. Tuhan yg Maha Bijaksana pernah berfirman yg bermaksud “ Apakah manusia menyangka kami akan membiarkan mereka hanya berkata kami telah beriman sedangkan mereka tidak diuji ? Sesungguhnya telah kami uji orang terdahulu dpd mereka maka nyata apa yg diketahui Tuhan siapa yg benar2 beriman dan siapa yg berdusta.
    Ada sebahgian dpd kita sanggup berbuat zalim kerana perebutan kuasa, ada yg sanggup buat fitnah kerananya, ada yg sanggup jual agama, ada yg sanggup berbohong dan menipu dan macam2 kaedah lagi. Ianya pula diperkuatkan lagi dengan pelbagai hujah, takwil dan putar belit bagi menghalalkan tindakan mereka semata2 kerana inginkan kuasa. Ada yg memasukkan unsur2 dendam kesumat, dengki, irihati, maki hamun dan caci mencarut kerana terlalu emosi dan fanatik menyokong pemimpin yg dipujanya dan membenci lawannya. Ada yg menanguk di air yg keruh dgn mencari keuntungan untuk mengampu dan bodek,ada yg sanggup mempertahankan sebarang tindakan orang bukan Islam yg mempermainkan agama Islam dan menyalahkan pula saudara Islamnya demi mendapat sokongan bukan Islam semata2 sehingga agamanya dipijak2. Ada yg merasakan orang bukan Islam lebih mulia dpd agamawan Islam kerana agamawan ini tidak sealiran dgn mereka serta tidak menyokong perjuangan mereka. Hanya berdasarkan hujah2 yg remeh temeh dan alasan yg ditakwil secara batil mereka ini menghumban agamawan ini ke tempat serendah2nya lebih rendah dpd org bukan Islam. Biasanya org sebegini mgkn ada serba sedikit ilmu agama dan berasa diri sangat arif serta mengatasi kealiman agamawan. Mereka beginilah biasanya mengkritik dan memandang rendah terhadap alim ulamak salafus soleh dahulu spt imam syafie, imam malik dsbnya dgn alasan tidak perlu berpegang kpd mazhab krn sudah berasa alim. Sesetengahnya pula sanggup bersama2 musuh Islam untuk memerangi Islam sendiri. Peristiwa ini pernah berlaku di Timur Tengah dan Andalusia dan ini semua adalah ulangan sejarah manusia sejak zaman berzaman. Dan kini ianya menular ke bumi Malaysia ini. Ya Tuhan , Engkau bimbinglah kami ke jalan yg benar agar kami tidak terpengaruh dgn tipu daya dunia ini sehingga kami terhumban ke neraka. Sesungguhnya akal kami semata2 tidak mampu menghadapi dugaan dan ujian hidup ini tanpa pertolongan, hidayah dan rahmatMu kerana akal kami sering dikaburi oleh hawa nafsu, dendam, kemarahan, kemunafikan,kefanatikan dan kemewahan harta. Tetapkan hati kami atas kebenaran hingga akhir hayat.

    BalasPadam
  4. Tak ada hal laaa
    hanjing mana tau malu, din....
    lagipun memang betol apa yg bos besar tu kata
    heh2

    amuraria mana?
    ABU sampai mati lagi ker?
    Dah beli kipas ker belom?
    kih3

    BalasPadam