Sabtu, 19 Julai 2014

TRAGEDI PESAWAT - MH370 TIDAK PERLU SIDANG KHAS PARLIMEN, MH17 BOLEH PULA?

TAKZIAH kepada semua waris yang terlibat di dalam tragedi pesawat MH17.  Samada pesawat itu ditembak jatuh atau terhempas, yang pastinya harapan untuk kita melihat walaupun seorang dari penghuni pesawat malang itu masih bernyawa terlalu tipis.  

Malam tadi Najib muncul di kaca TV.  Menyuarakan rasa sedih teramat beliau.  Samada memang benar beliau teramat sedih atau merasa serik mahu pun bermuhasabah, biarkan saja.  Rakyat sudah naik pelik dengan bermacam-macam perkara yang berlaku di era Najib.  Tetapi ada yang menyatakan ini semua ujian buat kepimpinan hebat Najib.  Jika begitu, tentu akan ada lagi ujian untuk Najib selepas ini.  Cuma, kita mesti terus berdoa agar cukup-cukuplah apa yang telah terjadi.  Biarlah pencacai penyanjung Najib terus mengampu dan membodek pemimpin yang dapat sokongan 47% itu.

Najib muncul dikaca TV menyatakan akan memanggil Sidang Khas Parlimen berkaitan tragedi MH17 ini dan akan usulkan kutukan buat pihak yang membuat angkara sehingga terjadinya tragedi malang ini.  Siasatan mungkin telah bermula atau baru saja bermula, itu tidak pasti.  Ertinya, Parlimen memang harus bersidang untuk tragedi besar ini.

Peliknya, sewaktu Pakatan Rakyat mahu usulkan Sidang Khas Parlimen bagi membahaskan tragedi MH370 yang 'berakhir' di lautan Hindi empat bulan yang lalu, mengapa Najib enggan adakan sidang khas?  Alasan kononnya tragedi itu di dalam siasatan.  Tetapi bukankah tragedi MH17 ini juga sedang disiasat?  Mengapa Najib mahu panggil sidang khas parlimen?  Tentu ada sebab musababnya.

Tragedi MH370 terlalu banyak persoalan yang pastinya Najib amat bimbang untuk berdepan dengan kenyataan yang memalukan pentadbiran beliau.  Banyak fakta yang kacau bilau tentunya merimaskan Najib untuk menjawab jika dibawa ke Parlimen.  Di Parlimen ada soal jawab, tidak boleh berbohong.  Berbeza dengan sidang media dengan wartawan, Najib boleh saja menolak soalan dari mana-mana wartawan.

Tragedi MH17 ada beza.  Kita tidak persoalkan banyak perkara kerana semua maklum pesawat itu mungkin ditembak samada oleh puak pemisah, Ukraine atau pun Russia.  Sebabnya, mungkin tersalah sasaran.  Mudah rakyat mahu faham tragedi ini.  Berbeza dengan tragedi MH370 yang banyak cerita pelik dan kadangkala lucu yang kita dengar.  Maka itulah sebabnya Najib tidak mahu bahaskan tragedi MH370.  

Kelemahan ketara Najib ini lah sepatutnya rakyat berfikir bahawa memang wajar sangat Najib meletakkan jawatan.  Kita tidak boleh lagi menerima PM yang 'flip-flop' sebegini.  Tiada keberanian dan ketegasan jauh sekali konsisten di dalam menyelesaikan sesuatu isu.  Apa yang boleh menunjukkan kelemahan beliau, sedaya upaya beliau akan sorokkan.  Apa yang boleh menunjukkan beliau hebat kononnya, cepat saja beliau ingin lakukan.  

Kita tunggu di Parlimen nanti.  Najib jangan harap Pakatan Rakyat boleh melupakan tragedi MH370 yang sehingga kini tidak diketahui apa sebenarnya yang berlaku.

Jumaat, 18 Julai 2014

PESAWAT DI TEMBAK ATAU TERHEMPAS, NAJIB TETAP BERMUKA 'SARDIN"

BERLAKU lagi tragedi pesawat melibatkan MAS.  Belum selesai kes MH370 kini Najib terpaksa terima satu lagi tragedi bagi meraikan banyak lagi tragedi di era pemerintahan kerajaan tidak berkat 47% ini.  

Biar banyak mana pun berlaku bala bencana, jangan fikir menteri-menteri kita mahu letak jawatan.  Berlakunya pencerobohan Lahad Datu, rakyat diminta bertenang.  Maka ada anggota keselamatan yang terbunuh dan banyak juga yang cedera di dalam pertempuran di Lahad Datu.  Penceroboh boleh masuk ke negara ini lengkap bersenjata?  Ada menteri mahu letak jawatan.  Sori beb!!

Berlaku pula kehilangan pesawat MH370 yang sehingga kini tidak diketahui apa kesudahannya.  Najib cuma berani kata pesawat itu 'berakhir' di lautan Hindi.  Itulah PM kita.  Sekarang, apa kesudahannya kepada waris-waris yang terlibat di dalam tragedi MH370?  Mereka diminta bersabar dan bertenang.  Ada Menteri letak jawatan?  Sori Beb !!

Di Sabah, tercetus pula penculikan pelancung asing.  Bukan satu kes, berturut-turut kes di lokasi yang sama.  Betapa beraninya penculik masuk, mereka tidak hirau kepada pasukan keselamatan yang ditempatkan di situ.  Bahkan, mereka berjaya menculik seorang anggota keselamatan dan menembak seorang anggota keselamatan.  Menteri kata penculik tu balas dendam?  Ehhh...siapa yang patutnya balas dendam?  Kita ke penculik?  Yang kena bunuh dan kena culik tu siapa?  Dia dapat culik dan bunuh anggota keselamatan kita, patutnya kita yang berdendam, bukan mereka.  Mereka berjaya banyak dalam operasi jahat mereka, kita gagal banyak.  Sehingga kini kita gagal bebaskan yang diculik tersebut.  Ada menteri mahu letak jawatan?  Sori sekali lagi bro!!

Terbaru pesawat lagi.  Ada berita kata ditembak, ada yang kata terhempas.  Biasalah, Najib pasti jawab tidak pasti.  Nasib baik Najib tak sebut pesawat itu hanya 'berakhir' di Ukraine.  Dalam sidang media pagi tadi, macam biasa dengan muka tak sudah Najib bercakap tentang tragedi berkenaan.  Macam biasa juga, no questions...!!  Standard yang sinonim dengan PM kita.  Satu-satunya PM yang amat takut bersoal jawab, kecuali dengan wartawan Utusan atau TV3 suku bangsat tu saja.  

Di negara lain, sebiji kapal saja tenggelam, menteri sudah letak jawatan, contohnya di Korea.  Sebab itu negara lain maju dan bertamaddun.  Negara kita?  Kirim salam beb !!!  Pelik apanya semakin banyak bala bencana....

Khamis, 17 Julai 2014

PAS PATUT BUANG SAJA YB KHALID?

YB KHALID Samad, MP Shah Alam pula jadi bahan belasahan.  Tidak cukup dengan Sultan Selangor mengaibkan beliau di khalayak ramai, kini TV3 suku yang berfungsi sebagai lidah syaitan pula membelasah YB Khalid Samad.


Turut sama membelasah MP Shah Alam ini adalah anjing-anjing kurap yang sejak dulu memang anti YB Khalid Samad, iaitu Hassan Jati dan Zul Kulum.  Hassan Jati memang dendam dengan YB Khalid Samad kerana atas tekanan MP Shah Alam ini lah Hassan Jati dicampakkan PAS masuk longkang.  Ketegasan YB Khalid yang tidak mahu di dalam PAS ada orang-orang ego dan sombong macam Hassan Jati itulah yang membuatkan Hassan Jati diterajang PAS.  Semua tahu Hassan Jati sewaktu menjadi Pesuruhjaya PAS Selangor pernah bertanya kepada Khalid, "Siapa layak jadi MB Selangor?", maka Khalid selamba saja jawab yang layak tentulah TS Khalid Ibrahim.  Mahu tak bengang Hassan Jati, Timbalan Pesuruhjaya beliau sendiri pun tak sokong bos.

Zul Kulum pula dendam pada Khalid sebab Khalid telah memalukannya bila Zul Kulum hampir hilang deposit di Parlimen Shah Alam sewaktu menentang Khalid di dalam PRU 13 yang lalu.  Bukankah awal-awal lagi Zul Kulum sombong dan ego memberitahu wartawan yang menemuramahnya , "Lepas PRU U datang jumpa I, i dah jadi YB".  Promise!!  Kahkahkah.....itulah Zul Kulum!!  Mahu hati tak sakit bila Khalid menang besar? 

Komen aku mudah je.  Jika PAS rasa Khalid itu teruk sangat dan Sultan Selangor patut dimuliakan dari Khalid, maka buang sajalah Khalid.  Amacam?

Rabu, 16 Julai 2014

SIAPALAH PEMILIK BETINA TIADA AKHLAK INI?

TIBA-tiba saja video kisah betina tiada akhlak ini popular di media sosial.  Bukankah mencari penyakit namanya di bulan puasa ini?

Jika dilihat dari video berkenaan, jelas uncle cina itu mengaku terlanggar kereta betina ini secara tidak sengaja.  Tetapi betina ini umpama orang gila, mengamuk tidak tentu hala sehinggakan mengetuk kereta uncle ini dengan steering lock.  Seandainya wanita ini sedia mendengar penjelasan uncle ini dengan baik, sudah pasti boleh berbincang dan aku yakin uncle ini bukanlah sengkek sangat tidak boleh ganti kerosakan yang dialami oleh kereta pinjam betina ini.

Andainya pun uncle ini tidak mahu membayar kos kerosakan tersebut, betina ini sepatutnya membuat laporan polis.  Lagi pun kereta uncle ini pun sedikit sebanyak mengalami kerosakan juga walaupun mungkin tidak seteruk kereta pinjam betina ini.  Bulan puasa memanglah menguji kesabaran, mungkin betina ini terlalu penat ataupun lapar tetapi janganlah tunjuk perangai bodoh yang memalukan umat Islam terutamanya kaum hawa.  Apa pandangan bangsa dan ugama lain terhadap umat Islam yang berpuasa?  Di mana akhlak umat Islam yang begini?

Andainya aku di tempat uncle tersebut, aku tidak boleh bayangkan apa yang akan berlaku pada betina tidak bermoral ini.  Andainya dia sudah berkahwin, amat malang sekali suaminya dapat bini seperti ini.  Andainya dia belum berkahwin, amat malang juga sesiapa yang ada cita-cita ingin mengahwininya kecuali jika berniat untuk mendidik betina ini agar menjadi wanita yang solehah, sekurang-kurangnya menjadi Melayu sebenar pun tidak mengapa.