Sabtu, 19 Julai 2014

TRAGEDI PESAWAT - MH370 TIDAK PERLU SIDANG KHAS PARLIMEN, MH17 BOLEH PULA?

TAKZIAH kepada semua waris yang terlibat di dalam tragedi pesawat MH17.  Samada pesawat itu ditembak jatuh atau terhempas, yang pastinya harapan untuk kita melihat walaupun seorang dari penghuni pesawat malang itu masih bernyawa terlalu tipis.  

Malam tadi Najib muncul di kaca TV.  Menyuarakan rasa sedih teramat beliau.  Samada memang benar beliau teramat sedih atau merasa serik mahu pun bermuhasabah, biarkan saja.  Rakyat sudah naik pelik dengan bermacam-macam perkara yang berlaku di era Najib.  Tetapi ada yang menyatakan ini semua ujian buat kepimpinan hebat Najib.  Jika begitu, tentu akan ada lagi ujian untuk Najib selepas ini.  Cuma, kita mesti terus berdoa agar cukup-cukuplah apa yang telah terjadi.  Biarlah pencacai penyanjung Najib terus mengampu dan membodek pemimpin yang dapat sokongan 47% itu.

Najib muncul dikaca TV menyatakan akan memanggil Sidang Khas Parlimen berkaitan tragedi MH17 ini dan akan usulkan kutukan buat pihak yang membuat angkara sehingga terjadinya tragedi malang ini.  Siasatan mungkin telah bermula atau baru saja bermula, itu tidak pasti.  Ertinya, Parlimen memang harus bersidang untuk tragedi besar ini.

Peliknya, sewaktu Pakatan Rakyat mahu usulkan Sidang Khas Parlimen bagi membahaskan tragedi MH370 yang 'berakhir' di lautan Hindi empat bulan yang lalu, mengapa Najib enggan adakan sidang khas?  Alasan kononnya tragedi itu di dalam siasatan.  Tetapi bukankah tragedi MH17 ini juga sedang disiasat?  Mengapa Najib mahu panggil sidang khas parlimen?  Tentu ada sebab musababnya.

Tragedi MH370 terlalu banyak persoalan yang pastinya Najib amat bimbang untuk berdepan dengan kenyataan yang memalukan pentadbiran beliau.  Banyak fakta yang kacau bilau tentunya merimaskan Najib untuk menjawab jika dibawa ke Parlimen.  Di Parlimen ada soal jawab, tidak boleh berbohong.  Berbeza dengan sidang media dengan wartawan, Najib boleh saja menolak soalan dari mana-mana wartawan.

Tragedi MH17 ada beza.  Kita tidak persoalkan banyak perkara kerana semua maklum pesawat itu mungkin ditembak samada oleh puak pemisah, Ukraine atau pun Russia.  Sebabnya, mungkin tersalah sasaran.  Mudah rakyat mahu faham tragedi ini.  Berbeza dengan tragedi MH370 yang banyak cerita pelik dan kadangkala lucu yang kita dengar.  Maka itulah sebabnya Najib tidak mahu bahaskan tragedi MH370.  

Kelemahan ketara Najib ini lah sepatutnya rakyat berfikir bahawa memang wajar sangat Najib meletakkan jawatan.  Kita tidak boleh lagi menerima PM yang 'flip-flop' sebegini.  Tiada keberanian dan ketegasan jauh sekali konsisten di dalam menyelesaikan sesuatu isu.  Apa yang boleh menunjukkan kelemahan beliau, sedaya upaya beliau akan sorokkan.  Apa yang boleh menunjukkan beliau hebat kononnya, cepat saja beliau ingin lakukan.  

Kita tunggu di Parlimen nanti.  Najib jangan harap Pakatan Rakyat boleh melupakan tragedi MH370 yang sehingga kini tidak diketahui apa sebenarnya yang berlaku.

9 ulasan:

  1. TAKAN TAK FAHAM FAHAM LAGI DENGAN KERAJAAN KAKI PENIPU NI

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jgn lah gitu bang.sama sama nak hidup.berbaik sangka lah

      Padam
  2. Sebab tok tiri Najib ada dalam pesawat malang tu ,MH370 kosong tak dak sap yang kena mengena dengan dia ,apa aku peduli, tapi apa yang diusulkan dalam parlemen tu, sebab PBB pun dah bincang dah apa lagi ayng dia nak ,kot nak bincang banyak mana pula nak bagi pampasan kot.

    BalasPadam
  3. Sayang kat rakyat Malaysia yg ditipu oleh kerajaan 1 Malaysia setiap masa dan setiap ketika dlm apa jua keadaan.... dari pilihanraya hinggalah kepada serba serbi berkenaan dg Malaysia. Malaysia boleh dan semuanya no 1 dalam dunia. Kah! Kah! Kah!

    BalasPadam
  4. Siapa mak penulis ni? Dia makan apa masa mengandungkan mamat ni? Makan hasil curi kot sebab lahirkan anak yang busuk hati !

    BalasPadam
  5. Surah ke 17 Al-Israa' ayat 7 dan 17

    [7] Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) kali kedua, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya); dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang pertama; dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya.

    17] Dan berapa banyak umat-umat yang kami telah binasakan sesudah zaman Nabi Nuh; dan cukuplah Tuhanmu (wahai Muhammad) mengetahui lagi melihat akan dosa-dosa hambaNya.

    BalasPadam
  6. bila sang lahanat pembodek kuat jadi speaker ! mulia konon tapi macam taik daa ! ABU !

    BalasPadam
  7. boleh fikir panjang sikit lagi tak

    BalasPadam
  8. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam