Selasa, 22 Julai 2014

DS WAN AZIZAH BUKAN MB SELANGOR SELAGI......

TERBARU difahamkan PKR melalui mesyuarat MPP malam tadi telah membuat keputusan bahawa jawatan MB Selangor sekarang ini haruslah ditukar bagi memantapkan lagi kekuatan PR di Selangor khususnya.  PKR juga telah menamakan DS Wan Azizah, Adun Kajang untuk DICADANGKAN kepada Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang akan bermesyuarat Rabu ini.


Banyak berita di dalam FB yang telah mewar-warkan bahawa DS Wan Azizah selaku Presiden PKR bakal menggantikan TS Khalid Ibrahim.  Berita ini tidak tepat kerana TIDAK SEMESTINYA cadangan dari PKR ini wajib dipatuhi oleh Pakatan Rakyat.  DS Wan Azizah hanya satu calon dari PKR sebagai MB Selangor sekiranya PR masih mahu mengekalkan PKR sebagai MB Selangor.  Harus diingat, PAS memiliki lebihan satu Kerusi di Dun Selangor, dan tidak mustahil jika PAS turut menamakan calon MB dari parti tersebut.

Sekiranya Majlis PR bersetuju untuk menerima DS Wan Azizah sebagai MB Selangor yang baru, tentunya tiada sesiapa pun boleh menuduh DS Anwar atau PKR menggunakan kuasa 'veto' bagi menentukan Kerusi MB Selangor.  Aku yakin, para penyokong Azmin mahu pun TS Khalid mungkin ada segelintirnya akan membuat dakwaan yang bukan-bukan terhadap DS Anwar.  Tetapi aku cukup yakin kebanyakan daripada ahli-ahli PKR matang dan boleh berfikir secara rasional tentang isu ini.


Asasnya bagi aku cukup mudah.  Sesiapa pun calon yang bakal menduduki Kerusi MB Selangor calon itu mahu tidak mahu mesti melalui tiga proses 'wajib' ini ;

1.  Calon itu mesti mendapat sokongan dari partinya sendiri.  Seandainya PR mahu letakkan calon PAS sebagai MB Selangor, calon tersebut juga semestinya perlu dapat sokongan dari parti itu sendiri.  Mana mungkin seseorang itu boleh dilantik menjadi MB Selangor tanpa 'restu' partinya sendiri walaupun parti-parti sekutu menyokongnya.

2.   Bakal MB Selangor itu juga perlu mendapat perkenan dari rakan-rakan di dalam PR.  Seandainya PKR mencadangkan DS Wan Azizah sebagai MB Selangor, ditakdirkan PAS atau DAP tidak bersetuju, mana mungkin DS Wan Azizah boleh menjadi MB Selangor.  Begitu juga jika PAS meletakkan seorang tokoh untuk dinamakan sebagai MB Selangor, tokoh itu juga perlu mendapat sokongan dari PKR dan DAP.  Itu konsep yang WAJIB diikuti untuk menjaga perpaduan di dalam PR.

3.   Laluan terakhir adalah perkenan Sultan Selangor.  Di dalam hal ini aku tidak menyatakan WAJIB mendapat perkenan Sultan tetapi perkenan Sultan itu perlu.  Sekiranya pihak Istana memahami konsep Raja Berpelembagaan, tidak timbul pihak Istana mahu menolak mana-mana calon samada dari PKR mahupun PAS.  Sekiranya ditolak juga, maka terjadi satu krisis perlembagaan negeri yang amat malang.

Maka, tidak timbul soal pertukaran itu membelakangkan rakyat kerana yang menentukan siapa MB Selangor juga adalah dari parti-parti di dalam PR dan juga Adun-Adun PR yang mewakili rakyat.  Jika ikut kepada kehendak dan kepuasan sendiri, tentulah para penyokong Azmin mahu pun TS Khalid akan mendakwa mereka punyai sokongan kuat dari rakyat Selangor.  PAS juga boleh mendakwa mereka lebih layak menduduki jawatan itu kerana mereka lebih Kerusi.  Kita tidak perlu marah kepada PAS jika PAS mahu menjadi MB Selangor, tetapi tertakluk juga kepada perkara Perkara Nombor 2 di atas.

Tentu ada yang bertanya mengapa TS Khalid perlu ditukar.  Lojiknya gila lah PKR jika sengaja-sengaja mahu menukar TS Khalid jika tidak bersebab.  Aku cukup yakin, di dalam MPP kesemua mereka telah pun maklum mengapa TS Khalid harus diganti.  Bahkan aku juga yakin, secara awalnya rakan-rakan di dalam PR juga sedikit sebanyak faham mengapa TS Khalid difikirkan oleh partinya sendiri tidak lagi boleh meneruskan perkhidmatannya sebagai MB Selangor.  Dan, pada Mesyuarat Pimpinan PR Rabu nanti tentulah lebih terperinci akan dimaklumkan mengapa harus ada pertukaran jawatan ini.  Jelas, bahawa tiada tindakan diktator atau membelakangkan sesiapa pun di dalam isu ini.

Jika ditanya pada aku secara peribadi, memang aku mahu TS Khalid kekal sebagai MB Selangor.  Tetapi apakah kerana kehendak aku dan sekumpulan yang sama seperti aku boleh melangkau keputusan parti sendiri dan keputusan PR?  Sudah tentu itu bukan politik yang matang.  Usaha dan kempen telah dibuat untuk menyokong seseorang yang kita suka, tetapi selebihnya kita harus kembali kepada keputusan secara berjemaah.

Tidak munasabah samasekali jika kita gagal mencapai kehendak kita, maka kita sanggup bersekongkol dengan Umno/Bn.  Jika itu pilihan kita, terbuktilah kita juga berpolitik kerana ada agenda peribadi bukan agenda kepentingan bersama.  

Kesimpulannya, kita serahkan kepada parti kita dan rakan-rakan kita di dalam PR untuk menentukan pengakhiran kemelut ini.  Langkah Kajang benar-benar menyedarkan sesetengah pemimpin mereka tidak boleh ego dan bertindak sesuka hati. " Kajang Move" pada aku berjaya. 

21 ulasan:

  1. aku tak faham kenapa org yg sering menjolok utk menurunkan seseorang tidak pernah dikenakan tindakan. Sebaliknya org yg disuruh turun (tanpa sebab/alasan yg konkrit) kena diturunkan? Kenapa harus menyimpan org yg sering menjolok tak tentu pasal? hebat sangat ke dia sampai tak boleh sentuh?

    Harus diingat, org seperti ini takkan duduk diam selagi hasratnya tidak tercapai. Apa jaminan mereka tidak membuat onar bila wan Azizah jadi MB?Sepatutnya PKR bertegas dgn kumpulan ini. masihkah kita ingat komen beliau ketika kita nak mengadakan blackout505? presiden dah beri watikah kpd TSKI jadi MB, kenapa tak nak patuh?

    walaupun pelbagai isu/alasan dimainkan utk menurunkan TSKI, itu cuma alasan semata2. Apakah keputusan penstrukturan air akan ditarik balik? dan banyak lagi perkara2 lain....

    Rakyat bijak menilai, lihatlah pemilihan parti yg lintang pukang. Siapa yg menyebabkannya kecoh? Ini adalah kumpulan yg sama yg teringin nak jadi MB. Aku heran, kenapa harus disimpan lagi. Apa jadi pada semua aduan2 yg telah dibuat?

    kesian pd wan azizah, maaf cakap beliau tidak sesuai sbg pentadbir, tapi apakan daya, dah suami suruh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Suami suruh ada makna tuuu...tempolok harus diisi. ..huhuhu

      Padam
    2. Mulut pencacai ni suka sangat berbunyi yang bukan2 dan menabur fitnah. Jaga saja parti UMNO ko tu.... Jgn sibuk sibuk pasal orang lain.

      Padam
  2. Untuk menstabilkan PR dan menjaga hubungan dgn istana, wujudkan jawatan Tim. MB. TMB sebagai check & balance yg sesuai dimainkan oleh Azizah. MB teruskan dgn Khalid. Azizah dan Khalid saling hormat menghormati antara satu sama lain.

    Saya yakin, bukan kehendak Azizah nak jadi MB. Begitu juga Khalid. Beliau sudah mempunyai apa yg beliau nak dlm hidup ini. beliau hanya ingin membantu PKR utk melakukan perubahan agar tidak sama seperti Umno. Khalid lebih percayakan azizah berbanding adun2 PKR yg lain....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Keh3 keluar dah self justifikasi jumud...ape citer pemilihan parti da setel ka.. bapa lama lgi mau tunggu oooiii hahahaha pkelentonganr

      Padam
  3. masalahnya anuar ibrahim nak jadi PM, bila khalid ibrahim x dgr dgr ckp dia, dia rasa hilang kuasa, so baik dia lantik pupet bini dia jadi MB, dpt dia control bini dia.. yang PKR ni xnak kena buang jawatan so pakat2 sokongla..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Patuhlah kepada ketua. Macam UMNO dan BN yang patuh kepada ketua mereka walau apa pun yang ketua mereka buat walau pun sangsi dan tidak jujur. Inilah masalah TSKI. Tidak mematuhi arahan ketua dan termakan pujuk dan hasutan dari pihak BN. Lawan TSKI. Kami ada di belakang ni..... Kalau TSKI tumbang, merekalah yang ketawa paling kuat.

      Padam
  4. buatlah macamana strategipun mr ketum. nak jadikan bini puppet atau sebagainya. kalau ditakdirkan kamu ke sg buluh, maka semuanya akan hancus. jangan ingat diri sendiri hebat sebagai perancang kerana Allah taala punya perancangan tetap mantap dan tiada kuasa boleh melangkauinya... kesian wan azizah.

    BalasPadam
  5. 1.Singkir sahaja orang yang bernama Anwar Ibrahim.
    2. Ramai generasi muda dah meluat & menyampah pada PKR. Tunggu PRU selepas ni, sabar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kenapa nak singkirkan DSAI pulak? Dia bukan mengacau ko pun. Pencacai langau ni... pg main jauh-jauh...syoooooooh.. bisisng

      Padam
    2. Kick out Anwar becoz he is the mother of all problems in Malaysia

      Padam
  6. Ahli Pkr bagaikan langau menghurung bangkai.gila kuasa nk kumpul harta.sanggup menyunyut rakan seperjuangan sendiri demi pangkat dan darjat...

    BalasPadam
  7. "ahli pkr sudah cukup matang..." .. geli hati aku. Rumahtangga sendiri kelam kelibut di sebut sebagai matang..kih..kih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ahli Pkr terutamanya anwar dah nak expired. Heheh

      Padam
  8. SHAH ALAM: PAS Selangor has never agreed to the proposal of removing incumbent Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim and replacing him with Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.It's Commissioner Iskandar Abdul Samad said neither PAS Selangor or it's central leadership had ever endorsed the appointment of a female menteri besar."During our previous meetings we have made the decision to stand behind Khalid in this crisis."We have also expressed that we never agreed to the proposal of replacing him in the first place," he said.

    BalasPadam
  9. Haru biru la ini parti. Semua pasal nk ikut ckp Anwar. Terlondeh la yg tersirat dan tersurat. Demi kuasa tak dpt jadi MB bini jadi pun kira masyuk jugak lah.

    BalasPadam
  10. Perghhh..watikah Presiden tu..hebat betul Anwar laki bini anak beranak....tolonglah jgn bg alasan..selagi namanya ahlul politik, selagi itulah nafsu terhadap kuasa, pangkat, dendam kesumat dan harta dihalalkan oleh cara..tak kiralah parti apa pun..barisan atau pakatan sama sahaja..rakyat tetap jadi mangsa...sudah-sudah la tu! korang semua ni dah jauh menyimpang!! kepada yg Islam, korang dah lupa ke Nabi tak pernah ajar politik kepartian melainkan menegak panji-panji kalimah syahadah??? ini semua pengamal BID'AH! -Rakyat Biasa-

    BalasPadam
  11. Pada aku PR itu sendiri tidak matang...pertelinkahan antara ahlilah menyebabkan kerajaan Pr terengganu, Perak dan Kedah terlungkup...jangan salahkan BN dan UMNO. Mereka bijak ambil kesempatan. Apakah kerajaan BN tak pernah tukar MB? Belajar dari mereka, sesuatu yang gawat diselesaikan secara berhemag dan berhikmah...sebesar manapun perbalahan mereka tangani....kita tak mahu ambil iktibar...yang jadi mangsa siapa? Bukankah rakyat dan penyokong? Pada aku, aku memang respek sama itu Pak Anuar, namun disudut hati, dia hanya bijak bercakap dan pencetus sesuatu isu dan keadaan....ending hampeh!

    BalasPadam
  12. laki bini gile kuasa....pencen je la......ini masa zaman muda kini....relakanlah kami yg cerah ilmu ini utk memerintah & membuat new orders & changes...

    BalasPadam