Sabtu, 31 Januari 2015

SUDAH TIBA MASANYA ANWAR BERSUARA DAN TEGAS

BILA mahu berani buat keputusan?  Soalan ini aku tujukan kepada semua pimpinan di dalam PR.  Keputusan yang mesti diambil hanya ada dua pilihan, dan kami para pendokong PR sedang menanti keberanian kamu sebagai pemimpin.

Usah lagi buat kerja tidak cerdik main acah-acah atau main gertak-gertak lagi.  Mulanya kita mungkin seronok lihat permainan politik mereka tetapi semakin lama semakin menjemukan.  Bibir berkata mahu perkuatkan PR dan sanggup bersetuju untuk tidak bersetuju sesama PR, tetapi di dalam masa yang sama mulut yang sama juga setiap hari meludah ke muka masing-masing.  Susah sangatkah mahu buat keputusan yang berani?  

Persoalannya adakah PAS, PKR dan DAP masih mahu bersama?  Adakah PR tidak mahu DAP saja?  Atau PR tidak ingin lagi kepada PAS atau PR kurang selesa bersama PKR?  Mungkin juga DAP dan PKR tidak mahu lagi PAS berada di dalam PR, atau pun sebaliknya PAS yang sebenarnya mahu lari dari PR?  Mungkin mustahil mahu sebut PAS dan DAP menolak PKR jika dilihat di dalam situasi sekarang.  

Tidak perlu berkias-kias atau sengaja buat tektik agar parti kita ditendang keluar.  Keberanian buat keputusan itu perlu.  Jika mahu bersama, pimpinan mesti bersedia untuk bertemu dan berbincang.  Jika berbincang pun tidak mahu, tetapi terus menerus menyerang sesama kita, ertinya kita tidak ikhlas dengan kerjasama ini.  Tahukah kamu sikap kamu sebagai pemimpin telah mengheret para penyokong masing-masing membuang masa dengan 'perang saudara' ini.  Sebaliknya kamu terus memakan elaun kamu sebagai Wakil Rakyat.  Di mana sikap dan tanggungjawab kamu?

Sudah terlalu lama Umno berehat sambil menonton peperangan kita.  DAP kecam PAS kerana Hudud sedangkan bukan baru PAS memperkatakan tentang Hudud ini.  PAS dasarnya Islam dan tentulah Hudud adalah sebahagian dari dasarnya.  Ini bukan benda baru.  Begitu juga PAS, bukan baru-baru ini kita tahu DAP menentang hukum Hudud.  Di zaman Almarhum Ustaz Fadzil dulu pun DAP menentang Hudud bahkan sebelum itu juga.  Namun, Almarhum Us Fadzil tidak pula mencari alasan untuk menjauhi DAP kerana isu Hudud.  Di situ terpapar kebijaksanaan Almarhum menangani isu ini.  Peranan Anwar juga ada untuk mententeramkan keadaan.  DAP pernah keluar dari bekerjasama dengan PAS kerana isu ini.  Tetapi apabila Anwar keluar dari penjara, Anwar berjaya cantumkan semula DAP dan PAS untuk bersama Pembangkang.

Banyak tuntutan Islam yang sewajibnya kita perjuangkan yang DAP sokong penuh.  Basmi rasuah, sistem mahkamah yang adil, basmi kemiskinan, mantapkan ekonomi, pendidikan dan pertahanan, dan banyak lagi kewajipan yang Islam sendiri tuntut telah mendapat sokongan padu DAP bahkan tidak keterlaluan jika kita katakan ada beberapa aspek DAP yang merealisasikannya di P.Pinang.  Cuma satu yang DAP tegas menolaknya iaitu Hukum Hudud.  Apakah kerana satu ini, kita sanggup hilang yang lain?  Di situlah patutnya ada kebijaksanaan. 

Aku mahu tegur Anwar selaku Ketua Pembangkang.  Anwar jangan terlalu menjaga hati kawan-kawan.  Anwar mesti tegas sebagai pemimpin.  Anwar mesti sanggup terima kritikan dan Anwar juga perlu kritik mana-mana pemimpin sekutu yang "malas' ini.  Anwar tidak lagi boleh dedahkan dirinya menjadi bahan hentaman apatah lagi oleh rakan-rakannya sendiri.  Kita tahu Anwar tidak mahu keruhkan lagi keadaan tetapi sikap yang seperti positif itu akan membuatkan para pendokong PR yang bencikan Umno tidak melihat Anwar tegas.  PR mesti ada disiplin juga.  Terlalu banyak kenyataan pimpinan PR yang seolah-olah berputus arang macam sengaja mahu disepak keluar. 

Kita kena akui, Umno/Bn hanya boleh ditumbangkan sekiranya kita lebihb kuat seperti tahun-tahun sebelum ini.  PKR tidak kuat tanpa DAP dan PAS.  Begitu juga sebaliknya.  Usah perlu mendabik dada.  PKR tidak boleh dabik dada hanya kerana dapat perintah Selangor dua penggal.  DAP pun tidak perlu merasa kuat pertahankan P.Pinang dua penggal.  PAS pula tidak perlu merasa mempunyai jentera yang kuat maka kemenangan pasti akan dicapai.  Semuanya perlu muhasabah diri. 


20 ulasan:

  1. Hanya segelintir pemimpin PAS yang bermasalah dan mengambil tindakan yang sengaja mengeruhkan hubungan dalam PR Selagi ada kesempatan masa mereka akan membuat apa juga supaya PR dilihat lemah Dalam masa yang sama mereka terus memberitahu untuk kekal bersama PR !

    Sedangkan pemimpin PAS yang lain tak ada masalah dengan pemimpin lain dalam DAP dan PKR Ramai ahli PAS yang inginkan PR lawan BN Tak kan lah kerana segelintir pemimpin tersebut kita ambil tindakan keluarkan PAS Sama lah juga tak kan lah nak jauhkan DAP semata mata hanya kerana hudud

    Tegas macamana? Buat mesyuarat pun sama Yang di persetujui lain yang dibuat lain Siapa yang langgar kesepakatan PR dalam isu MB Selangor

    Bila hal seperti ini kita serahkan kepada pemimpin ambil tindakan sama lah seperti kita beri kuasa kepada Hj Hadi menentukan setiap tindakan untuk PAS Kita serahkan pada Anwar dan bila Anwar mengambil keputusan berdiam kita tak sabar dan menganggap nya tidak tegas

    Kita mahu ahli PAS menjadi Hakim Lihat apa yang berlaku sekarang dan apa yang akan jadi kemudian Presiden telah di putuskan membuat fitnah oleh mahkamah dan melanggar kesepakatan dalam PR Selamat maju jaya kepada PAS dengan Hj Hadi dan UG


    BalasPadam
  2. Bagi tempuh kepada PAS untuk buat keputusan muktamad samada keluar atau bersama PR Kalau masih terus dengan PR segera aturkan mesyuarat kepimpinan tertinggi PR

    PAS tentu akan buat mesyuarat untuk membuat keputusan Lain lah kalau Hj Hadi sendiri yang buat keputusan ikut suka dia

    BalasPadam
  3. Masalah yang menimpa PR sekarang bukan masalah dari PAS saja. LKS dah berkeras untuk memboikot mesyuarat presiden PR kalau PAS berkeras dengan agenda Hudud yang menjadi sebahagian dari teras perjuangan PAS. Persoalan disini, bagaimana dan siapa yang harus bersemuka dan memujuk LKS supaya jangan mencampuri urusan umat ISLAM dan siapa pula yang berani untuk menegur dan menasihati TGHA supaya ketepikan agenda Hudud yang menjadi teras perjuangan yang dibawa PAS dari dulu hingga kini. Hudud bukan saja menjadi agenda PAS saja sebaliknya ia adalah tanggungjawab umat Islam dan sepatutnya ia menjadi agenda seluruh umat Islam. Siapa dan bagaimana?

    BalasPadam
  4. Din,
    Siapa Anwar Ibrahim untuk bertegas dengan hukum ALLAH SWT? Anwar sepatutnya berrtegas kearah melaksanakannya bukan bertegas kearah menghalang. Anwar lupa siapa dia sebenarnya, Anwar lupa bahawa dia adalah seorang pemimpin Islam. Jangan jadi lalang yang tiada teras kekuatan.

    BalasPadam
  5. Fokus penjara sudahlah. Tengok2 keluarga tu. Anak pun dah ada bercerai berai. Dulu nak angkat bini sangat jadi MB. Sebab nak sangat adi PM sangat beli kerusi kafir walaupun akan menrugi kuasa melayu. Apa beza PKR dengan umno.

    BalasPadam
  6. PKR yang panas buntut sekarang,mereka mana ada grassroots support.Bila pemilihan parti,tut..tut.Samseng India ramai.Nepotisma terlalu tebal dalam PKR,sebagai bekas ahli saya rasa DSAI telah hilang kredibiliti dan halatuju parti dah bercelaru.Penyingkiran TKSI adalah satu kesilapan besar dan ada kemungkinan Sgor akan dirampas balik olih BN semakin hari semakin cerah jika PR tidak berhenti bertelagah.Hanya Azmin saja yang ada kemungkinan kredibilitinya olih piahak lawan atau kawan,RR,Nurul.DSWA saya rasa telah menjadi liabiliti mengakibatkan mereka diheret ke Makhamah di atas tuduhan memfitnah.Kalau kes lain ok lah,tapi kes fitnah ini kalau tak ada bukti kukuh ianya amat memalukan.

    BalasPadam
  7. Untuk menawan putrajaya, Pakatan Rakyat hendaklah menawan hati penduduk luar Bandar yang terdiri daripada orang melayu islam. Untuk menawan hati orang melayu islam hendaklah tawan melalui Hukum Hudud. Setakat isu minyak naik 20sen, turun 20sen, tak menyentuk hati kaum melayu luar Bandar. Setakat isu rasuah, orang melayu luar Bandar angguk buat buat paham. Tindakan PAS menarik golongan pengundi luar Bandar dengan Hukum Hudud amat menyentuh perasaan kaum melayu Islam luar Bandar. Jadi, bila dapat tawan hati pengundi melayu luar Bandar, dapatlah tawan putrajaya. Insyaallah.

    BalasPadam
  8. Selama dalam PR PAS tetap dengan agenda hudud

    Hudud di mainkan dengan ligat selepas isu MB Selangor dengan tujuan untuk mengalih kebodohan Hj Hadi membuat keputusan dalam isu tersebut dan kes saman fitnah Kalau kena halau atau keluar dari PR alasan sebab hudud padahal punca sebenar Hj Hadi

    Kalau macam ini punya perangai ulamak tak payah lah nak buat hudud

    Bukan baru PAS cakap pasal hudud dah bertahun Orang melayu dengar dah tak ada benda Kita tahu hudud hukum Islam Nak buat hudud Malaysia kena jadi Negara Islam bukan hanya pemimpin nya je yang Islam
    dan bukan 'negara di mana agama nya Islam' dan memberi kebebasan kepada penganut agama lain

    Sebelum ini ada pemimpin UMNO kata Malaysia Negara Islam sekular hehehe Lepas tu PAS sibuk nak buat hudud

    Selesaikan dulu yang Malaysia ada lah Negara Islam Ini Haji Hadi kena berkerjasama dengan Haji Najib Kalau tak selagi itu lah LKS tolak hudud

    BalasPadam
  9. Tidak keterlaluan saya nyatakan bagi PR untuk menawan hati penduduk luar bandar.Mereka tidak akan lupa cemuhan orang bandar yang mengatakan mereka golongan bodoh kerana masih menyokong BN pada PRU 13.Tambahan pada ini kebanyakkan mereka telah pun celek komputer dan mengikuti kedudukan situasi melalui media elektronik dan cetak.Terlalu banyak kepincangan yang telah dipamerkan olih PR didalam mentadbir negeri diperintah,janjix pilihanraya tidak ditepati,Kenyataan pembesarx parti bercanggah,rasuah,nepotisma,dan perkara buruk yang mereka selalu tuduh BN lakukan,berlaku,malah terok lagi.Sudah lebih setahun setengah PRU partix masih berpolitik dasn kurang bekerja.Ini amat berbeza dengan BN terutama UMNO,Dilihat mereka kurang berpolitik tapi giat menunaikan janjix pilihanraya,memberi bantuan terus pada orang luar bandar saperti infrastruktur,subsidi,BRIM dan sebagainya.Contoh terbaik adalah semasa bencana banjir besar barux ini.Kesungguhan kjaan memberi bantuan amat menyakinkan yang Kjaan benarx mengutamakan kebajikan rakyat terutama luar bandar.Sepatutnya pihak PR ambil kesempatan ini,tapi malangnya pembesarx mereka main wayang,hanya selepas ditegur baru bertindak tetapi macam melepas batuk ditangga saja.Malah ada pula komponen PR menyalahkan pihak parti kawan tidak berkebolihan dan lemah dalam mengatasi bencana ini.Sikan ini amat merugikan kerana jangan anggap orang luar bandar tidak memerhati gelegat sombong mereka ini.Nasihat saya untuk PAS,selesaikan dulu masaalah dalam parti sebelum turun untuk mendapat sokongan orang luar bandar terutama di dalam perkara HUDUD.Sedar ke atau tidak dari kalangan pembesar PAS yang akar umbi sekarang dalam keadaan dilema dan kurang yakin pada parti disebabkan adanya NGOs dalam parti saperti PASMA dan GIK.Akar umbi sekarang tidal lagi aggresif didalam mematahkan hujahx pihak lawan tetapi terpaksa menjadi punching bag.Berani saya tulis di sini jika kemelut perbalahan antara parti di dalam PR ini tidak diselesaikan dengan baik,usahkan PUTRAJAYA,dapat ditawan,negerix diperintah pun kena tawan.Salam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Buat apa pun macam tu jugak
      Pusing macamana pun macam tu jugak
      Tuhan pun tak buat apa apa selagi orang Atau bangsa itu sendiri tak nak berubah Orang kampung selagi tak terantuk selagi tu lah tak berubah Macam kau punya komen UMNO kerja kuat masa banjir tapi tenaga siapa kalau tak tentera JPA Bomba Ananda Krishnan bagi hutang pun Orang Kampung peduli apa

      Bukan ahli PAS saja yang dalam dilema tetapi UMNO pun sama bukan saja dalam delima tapi konpuise teramat kerana Mahathir dengan Daim belasah Najib

      Biarlah UMNO perintah atau PR perintqh kita tak berubah pun

      Padam
  10. Akan tiba masanya Anwar akan di LIWAT kaw kaw dalam Penjara...

    Hee hee Suka nya Aku si Lahanat nie nak kena LIWAT...

    Aku tanya macai aper khabor...

    aku tanya macai apa khabor..

    Nuar Nak Kena Liwat dlm penjara... Tak nak offer bontot macai semua bagai ganti ker???

    wakakakak.. LIWAT Kemut Keliling.. Berpisah Tiada

    BalasPadam
  11. saya sebagai bekas penyokong pakatan sudah muak dengan politik 2x5 serupa dengan umno.PRU14 saya akan tidak mengundi

    BalasPadam
  12. Saya bekas pakatan tidak akan sia siakan hak saya,tetap mengundi pada yang benar memberi perkhidmatan terhadap Agama,Bangsa danNegara....Once bitten twice shy....cukuplah tertipu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tuan

      kita bukan Once bitten tapi 100 bittens many many shy
      Selagi UMNO dibiarkan berkuasa selagi itu lah urusan politik kita macam ni Jangan ingat bila PR berkuasa UMNO pun terus berubah

      Kita cuma belum pasti atau melihat adakah PR akan buat kerja kotor macam sekarang jika PR berkuasa di Putrajaya

      Padam
    2. Mmg PR pakatan lahanat PKR parti musibat. Aku haramkn jari aku pangkah manusia dari kelompok sialan itu. Cukup tertipu 2x.

      Padam
  13. Mati hidup semula pun tak akan pangkah PR...pakatan hanya menguntungkan DAP...hanya Melayu bodoh sahaja yg tak sedar diri ditipu dalam diam oleh DAP..

    BalasPadam
  14. Haramjaddah puak PR. Dulu sibuk nk turun harga minyak konon nk bantu rakyat turun harga brg. Ni minyak dah turun...harga brg langsung tak turun. Ni sibuk nk tlg bontot Anwar. Harga brg dia buat bangang

    BalasPadam
    Balasan
    1. bukankah macai ada kad khas iaitu kad tiada gst, ada sabsidi, kad ini khas utk melayu no otak

      Padam
    2. tokey mca dan gerakan tipo kau dah 50 thn lebey tak lah kau marah mmg terserlah macai

      Padam
  15. Hanya lagi beberapa hari samada Anwar akan dibebas atau di penjara akan di tentukan oleh Tuhan yang Maha Berkuasa Anwar tetap tabah dan tenang supaya menjadi teladan yang baik untuk kita ikuti Musuh akan lemah dengan kebenaran

    Dalam keadaan begini Anwar tidak berputus asa kepada Allah atau mengeluh dengan ketentuanNya Macamana Anwar boleh jadi kuat seperti ini ?

    Kalau setakat baca kitab belum tentu
    Kalau tiap tiap minggu bagi tazkirah pun belum tentu
    Kalau berzikir sampai kering mulut pun belum tentu
    Apa lagi kalau berserban berjanggut berjubah ...



    BalasPadam