Rabu, 15 April 2015

KERUSI PERMATANG PAUH - INI BUKAN GELANGGANG UNTUK CALON WANITA

SIAPA calon PKR di P044 Permatang Pauh?  Terdapat khabar angin yang menyebut calonnya ada dua orang dan kedua-duanya wanita.  Bila sebut wanita, aku hanya terbayang adalah DS Wan Azizah dan Nurul Hana, anak kepada DS Anwar dan Azizah.

Anwar memang bertuah kerana memiliki keluarga yang mewarisi darah perjuangannya.  Isterinya naik di dalam politik bukan ditunjuk oleh Anwar, begitu juga Nurul Izzah yang naik di dalam kerjaya politik hasil dari sokongan ahli parti dan rakyat.  Tentu ada yang cemburu dengan keluarga Anwar, sebab itu timbul dakwaan PKR adalah parti anak beranak sedangkan tuduhan itu gagal mereka buktikan.  Adakah Mahatma Gandhi yang mewariskan perjuangan di kalangan keluarganya dianggap sebagai kronisme?  Salahkah keluarga Anwar mahu berjuang apatah lagi rakyat mengakui kebolehan mereka?

Namun, di Permatang Pauh kali ini berbeza.  Kita bakal berdepan dengan situasi yang jauh lebih sengit kali ini.  Kita juga memerlukan calon yang lebih bertenaga, vokal dan mampu menggerunkan Umno/Bn di Parlimen nanti.  Gelanggang kali ini aku rasa bukan untuk Azizah atau Nurul Nuha.  Gelangang kali ini mesti diisi oleh calon lelaki, anak muda yang terbukti berani, vokal dan teruji kesetiannya kepada parti.  

Siapa calon itu?  Kita ada Saifuddin Nasution.  Kita ada Sdr Fariz Musa, Chegu Bard atau Yusmadi.  Mereka adalah golongan muda yang vokal dan telah teruji.  Aku sendiri melihat pandangan ramai di luar sana yang mahukan golongan seperti ini mewarisi Kerusi yang ditinggalkan oleh Anwar Ibrahim.  Anwar wajib dibela dengan menampilkan tokoh yang tidak kurang lantangnya di Permatang Pauh.

Inilah harapan kita.  Usah lagi dibebankan Azizah dengan tugasan berat seperti ini.  Beliau sudah ada tugas berat sebagai Presiden PKR dan sebagai Adun Kajang, bahkan beliau juga perlu komited untuk meneruskan usaha dan perjuangannya membebaskan suaminya Anwar dari penjara.  Kita harus simpati dengan bebanan yang beliau pikul.  Nurul Nuha bukan tidak layak, tetapi belum cukup kuat untuk bertarung di gelanggang keramat itu.  Nuha perlu terus dilatih dan beliau adalah aset kita di masa hadapan.


3 ulasan:

  1. Kan dulu datin kata nak bersara dan jaga cucu... ketika menyerahkan kerusi kpd DSAI?... sekarang ini, bukan saja kajang, malah Pmtg Pauh pun dia nak sauk???? kalau mcm ni, dia samalah dgn DSAI.... P***r A**m jugak...

    BalasPadam
  2. Dah parti anak beranak la jadinya. Ckp betul2 la...ni nak perjuangkan sipapa jahat atau nk perjuangkan rakyat? Terus terang la senang gua nak angkat kaki blah dari parti keluarga 69 ni.
    Boring laa mcm ni...

    BalasPadam
  3. DIN...PANDAI KO POSTING BERLAPIK KAN...LU PON DAH MELUAT TGK ANUAR LAKI BINI ANAK BERANAK NI.......RAMAI LAGI PEMIMPIN YG SESUAI DGN WAWASAN TAPI NENEK KIPAS JUGAK YG MENYONDOL KEDEPAN...

    BalasPadam