Khamis, 25 Jun 2015

HJ HADI ARAHKAN SOKONG AZMIN, APA YANG PELIKNYA?

APA yang pelik dan hairannya jika Presiden Pas telah mengeluarkan arahan kepada semua Adun Pas di Selangor untuk mempertahankan kerajaan PR di bawah Azmin di Selangor?  

Pas sekarang masih di dalam PR, maka tidak pelik jika semua Adun Pas wajib pertahankan kerajaan PR.  Bahkan Dap pun kena bersikap begitu.  Apa yang peliknya jika salah satu dari parti di dalam PR tidak menyokong MB dari PR tetapi menyokong yang bukan dari PR atau MB Bebas.  Itu memang pelik kerana sejarah pernah melihat keadaan sebegini.

Jika dahulu ada arahan agar bertahan untuk menyokong TSKI sebagai MB Selangor yang sudah Bebas setelah dipecat dari PR, kali ini berbeza.  Kembali kepada hakikat dan realistik.  Apa yang peliknya?

Situasi ini mungkin berbeza jika salah satu dari parti di dalam PR telah terkeluar dari PR.  Maka, tiada sokongan terhadap Azmin sebagai MB Selangor, itu juga tidak menghairankan.  Seperti yang aku sebut, jika TSKI tetap disokong walaupun bukan lagi MB mewakili PR, pelik apanya jika selepas ini Azmin pula tidak disokong bukan kerana Azmin MB Bebas tetapi ada parti yang terkeluar dari PR yang tidak akan menyokongnya lagi.  

Aku harap kerajaan PR tetap memerintah di Selangor samada salah satu dari komponen PR terkeluar.  Rakyat sudah tolak Umno/Bn di Selangor dan rakyat tidak juga terima parti yang cuba berjinak dengan Umno/Bn. 

14 ulasan:

  1. Memanglah tidak pelik, sebabnya di situlah sang menantu dapat modal untuk beli pil kuda...kah kah kah!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. duit bang!!! duit bang!!! takut hilang duit.

      Padam
  2. Memang patut sokong pun...

    esok kalau azmin ajak sokong pakatan 2.0 jgn tak sokong pula...

    dulu lepas pru13 semua nk lantik azmin mb hanya pas yg tentang habisan....

    kona lipat baik punyer ini ayoh ping marang

    BalasPadam
  3. Dok napok jalang doh kedepang bro..semok..
    dok u teng guane ???

    BalasPadam
  4. hai Din,kau tak rsa pelik ke,menagapa arahkan?tak payah arah lah .kan semua dah tahu,cuma mana ada pakatan lagi ,kan dah musnah .sepatutnya hadi diam je.tunggu je ,ada hal nanti baru corner pula.payah apa,kan dia biasa corner.sebab beliau dah kecut telur gara2 ada pasukan akan tubuh pakatan 2.pegi lah dengan hadi.

    BalasPadam
  5. selagi menantu abah ada jwtn diperangsang selagi itulah ada sokongan hadi...

    BalasPadam
  6. DAP dh runtuhkan PR dgn menyatakan PR x wujud, PAS n azmin Ali tetap pertahankan PR khasnya d Selangor... mm, semakin menarik politik ni...

    BalasPadam
  7. esok hadi tukar pendirian tu..... bukan tk biasa kan

    BalasPadam
  8. pas wajib diperbetulkan kalu tidak hapus kerana kepimpinan AJK baru sekaran Nampak lembapnya mereka.Yang cergas dan bersemangat dicantas tinggal yang belum teruji lagi.Dr Zuhdi Marzuki sila jawab ,Dr kuat kencam AJK lama prograsif ,saya cabar Dr Zuhdi Marzuki baiki PAS

    BalasPadam
  9. Seorang lagi Ustz nasarudin Tantowi hanya pandai guna lutut dan siku jah orang lain guna otak la kalu nak bepolitik.Tak layak jad YB Termerloh Pru 14 pasti kalah kalu letak dia lagi.Ingat tu deh

    BalasPadam
  10. Parti Islam baru adalah pilihan terbaik kepada kumpulan G18 terutama dinegeri-negeri pantai barat. Kalau kekal dgn PAS pun nampaknya akan lingkup juga. Bagi Kelantan parti islam baru akan berada dlm keadaan ( 60% parti islam baru dan 40% PAS ). Di Kelantan org yg bersifat paku 6 " saja yg akan kekal dgn PAS. Jumlahnya dah tak seberapa.

    BalasPadam
  11. Pelik ler suruh adun2 jadi JEBON lak ?

    BalasPadam
  12. Tak pelik Din...hadi nak pertahankan Din Ayam punya elaun dan saham di perangsang.Budak tadika pun tahu guuu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mcm baguz je berok atas ni..

      Padam