Isnin, 15 Jun 2015

SAMADA PAS BERSEDIA UNTUK BERSAMA KITA, SERANGAN TERHADAP UMNO/BN WAJIB DIPERTAJAMKAN LAGI

KEADILAN telah mengeluarkan kenyataan tegas mereka berhubung dengan krisis yang berlaku di dalam Pakatan, terutamanya yang melibatkan Pas dan Dap. Ketegasan KEADILAN adalah bahawa Pakatan mesti meletakkan keutamaan kehendak majoriti rakyat lebih 52% yang mahukan Umno/Bn ditumbangkan dan negara ini diambil alih oleh kerajaan baru bernama Pakatan Rakyat.

Ini hasrat rakyat dari berbilang kaum.  Namun demikian, KEADILAN melalui kenyataan resmi Presidennya menyatakan KEADILAN memahami rakan-rakan di dalam Pakatan mempunyai beberapa masalah dalaman dan ini juga pernah dilalui oleh KEADILAN sendiri. KEADILAN tiada hak untuk menentukan rakan-rakan mereka di dalam arah perjuangan dan pendekatan yang ingin mereka ambil.  Jika Muktamar Pas ingin menentukan usul bahawa Pas mesti putus hubungan dengan Dap, maka itu adalah kehendak Pas dan KEADILAN mesti menghormatinya.

Jika ini berlaku, Pas tidak mahu bersama Dap di dalam menumbangkan rejim Umno/Bn, KEADILAN tentunya tiada pilihan lain selain dari duduk bersama Dap yang telah menyatakan komitmen mereka bahawa musuh mereka adalah Bn.  Aku sendiri pun tidak setuju KEADILAN terlalu memaksa Pas untuk bersama di dalam Pakatan di dalam masa yang sama Pas tidak mahu berkawan dengan Dap.  Itu politik songsang yang tentunya tidak menjamin penyatuan di dalam Pakatan di dalam masa yang panjang.

Sekarang bukan masa untuk menuding siapa yang bersalah atau yang memulakan krisis ini.  Setiap parti tentu pernah lakukan khilaf, tetapi selama ini boleh kita selesaikan atau kita lupakan.  Tetapi, apabila Pas sendiri meletakkan permasalahan perbezaan pendapat ini diselesaikan melalui Muktamarnya, dan Dewan Ulamak Pas yang juga majoritinya adalah juga dari kalangan Majlis Syura Ulamak iaitu badan tertinggi di dalam PAS, sukar untuk kita mengerti apakah usul dari Dewan Ulamak untuk memutuskan hubungan dengan Dap itu bakal ditolak oleh Majlis Syura kerana majoritii individu di dalam Majlis Syura itu juga yang meluluskan usul tersebut di dalam Dewan Ulamak.  Bahkan, Mursyidul Am juga ada sewaktu usul ini dibincangkan di dalam Dewan Ulamak.  Apakah mereka akan merubah keputusan yang mereka sendiri bawa?

Atas perkembangan inilah, maka mahu tidak mahu, seberat mana sekalipun, Pakatan (KEADILAN dan Dap) mesti bersedia untuk menerima keputusan dari Pas nanti.  Maka, sewajarnya lah KEADILAN menyatakan bahawa Pakatan kini membuka kepada semua termasuk NGO yang mempunyai iltizam bagi merealisasikan kehendak rakyat majoriti ini untuk bersama-sama Pakatan agar serangan kita kepada Umno/Bn terus dipertajamkan. 

18 ulasan:

  1. PAS hebat kerana 1. Pemilihan menggunakan Cai
    2 Ada presiden yg men tolol dan barua kan orang
    3 Ada kunun ulama tapi jebon kan orang
    4 Ada pro ulama yg cinta fitnah dalam menjayakan matlamat

    JADI kalau masih ada TELUR dan Maruah lepas kan lah jawatan di Pulau Pinang atau lebih bertelur lepas jawatan di Selangor.
    Tak perlu U-Turn nanti telur Dewan Ulama nak letak mana.
    Mudah saja patuhi Muktamar dan dengar kehendak Dewan Ulama masa muktamar dulu.

    PAS memualkan dgn cai, fitnah, tolol, siku, lutut dll > Memalukan Agama Islam saja.

    Cinta Duit Nampak & MEMBANGUN BERSAMA KEPIMPINAN CAI

    BalasPadam
    Balasan
    1. persoalannya...knp dap sgt anti dgn pas?
      1. adakah krn hudud...x lojik...pas bkn baru...dari dulu dap dh tau dasar pas
      2. krn undi cina? separa lojik...dap dah menguasai undi cina...so mungkin dia nk tunjuk dap x takut melayu...but why?
      3. krn undi melayu? x lojik...knp nak undi melayu dgn menghina org melayu sedangkan melalui pas...melayu mendekati dap
      4. krn ros? ada lojik...mungkin bn dah peras ugut dap...ada perjanjian blkg mati...lemahkan pr...dap still survive dgn undi cina...tp pkr akan tersungkur excpt kawasan majoriti non malay...pas mungkin akan tertempias jgk...tapi bn selamat..najib xkan bodoh sgt tak guna leverage ros...smpi skrg pun ros x buat keputusan lagi...so...follow najib order...or ros bubarkan dap...well u can go to court...tapi court nak bersidang...mkn 2 to 3 years...in the mean time dap sure berpecah...igt semua dlm dap mangkuk lks lge semua ke? ros batal...berebut depa tubuh dap baru...so dap akan berpecah dan terkubur...so demi survival dap...lemahkan pr utk bg ruang bn menang pru14...dap survive...bn or umno survive...imagine...dgn 1mdb, gst, ringgit merundum, rosmah...yet najib still konfiden...igt najib konfiden kosong ke...so dun b surprise klu ada early pru...once pr betul2 pecah...things will fall into their places and boom...tapi kene tabik kt dap...depa buat kerja halus dgn menggunakan org dalam pas sendiri...gunakan keldai utk usik core belief of pas...seolah2 mcm gunakan org dalam dap utk buang kecinaan dlm dap...sure akar umbi memberontak...and itu yg dap nak..an excuse to destroy and weaken pr...kesian keldai2..they think they were doing benda suci...

      Padam
    2. Atau cuba kamu lihat dari sudiut DAP pula..kenapa PAS sangat anti dgn DAP.bla bla bla..hingga persoalan ke 4..mungkin BN peras ugut Pas, ada perjanjian belakang mati untuk lemahkan pr.. bla bla bla..

      Padam
  2. Kemana perginya mat senik ularmak yang mengaharu-harakan kepimpinan PAS tu sembunyi balik belakang presiden kot,janganlah bila dah buat onak dalam muktamar yang mencemarkan semua ahli PAS dan penyokong yang tidak berdosa terus berdiam diri yang menjadi mangsa ahli yang sedang berenak-enak dengan pendapatan lumayan dari kerajaan negeri PR

    BalasPadam
  3. Kau spin apa Din? PR tak akan dapat 52% majoriti rakyat kalau tidak bersama PAS.

    Kalau nak maintain 52% atau lebih lagi pada PRU 14 nanti elok DAP dan PKR berpaut pada PAS. Jangan tinggalkan PAS.

    PKR lemah Din, nak kumpul rakyat 10 ribu pun payah, sama jugak DAP. Apabila digabungkan dengan PAS baru dapat lihat lautan manusia. Betul kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. 15 jun 11:24, kau apa cite beb ? kalau yg balut serban besar ada ke dlm hinpunan lawan umno,bn , Depa nak join umno ada ler .

      Padam
    2. tu dulu bro,,,,cuba tengok lepas ni.....ishish sedihnyaaa....

      Padam
  4. Kita bersabar shj lah. Tunggu keputusan pemimpin tertinggi.. adab berjemaah patuh pd kepimpinan..

    BalasPadam
  5. Kita bersabar shj lah. Tunggu keputusan pemimpin tertinggi.. adab berjemaah patuh pd kepimpinan..

    BalasPadam
  6. Tunggu keputusan apanya DAP dah istihar menolak kerjasama dgn PAS. PAS lembab macam siput.. Baling batu sembunyi tangan..

    BalasPadam
  7. Biarkan saja DAP melalak...

    BalasPadam
  8. Insaflah Melayu. Semestinya Muslim adalah menyembah Allah, hanya Allah. Sila fahami ayat 1 hingga 3 di surah Kafirun. Dan sedarlah bahawa yang mempertuankan selain Allah, apatah lagi yang memperajakan selain Allah, adalah yang menyembah selain Allah. Sebenarnya, siapakah yang Rasulullah pertuan-rajakan? Dan bagaimanakah Rasulullah masuk Islam? Perangi atau tolaklah propaganda Munafik dan ajaran sesat yang dipanggil Syahadah.

    BalasPadam
  9. Bangsa Melayu dilahirkan hanya untuk menjadi boneka kafir harbi. Melayu Islam yang tidak beriman pada imannya sendiri amat mudah untuk dibonekakan.

    Tanpa boneka maka akan lemah lah keseluruhan kafir lahanat termasuk ekonomi mereka. Fikir-fikirkanlah wahai Melayu. Ingatlah generasi kita.

    BalasPadam
  10. manusia walaupun bernama pemimpin tapi kurang tarbiyyah maka iapun akan hanyut mengikut arus dan jika ada puin puin yang hanyut pun sudah dikatakan sebagai pulau untuk tempat berpaut... orang orang kafir itu sekali kali tidak akan redho sehinggalah kamu mengikuti mereka...

    BalasPadam
  11. Aku taknk ckp byk...PADAN MUKA KORANG

    BalasPadam
    Balasan
    1. Puak kapir dan puak sesi touching anjing baru tau langit tinggi rendah...hahaha

      Padam
  12. Kalau PR bersatu dengan PAS Baru InsyaAllah kejayaan boleh dicapai kerana sememangnya rakyat semakin terhimpit dengan GST dan sebagainya.

    BalasPadam