Ahad, 21 Jun 2015

KEPUTUSAN DAP PAHANG TIADA BEZA DENGAN PAS DAN KEADILAN

DAP Pahang memutuskan untuk mematuhi apa jua keputusan yang dibuat oleh Dap Pusat berkaitan isu hubungan parti tersebut dengan Pas.  Meskipun Pas terlebih awal menyatakannya di dalam Muktamar parti Islam tersebut, namun Dap setakat ini belum mengikuti jejak langkah Pas itu.  

Keputusan Dap Pahang ini positif buat PR di Pahang kerana kesemua parti di dalam PR di Pahang ini bertindak sama seperti tindakan Dap Pahang.  Pas, di bawah Pesuruhjayanya yang baru, YB Ustaz Rosli Abdul Jabar juga menyatakan perkara yang sama berkaitan hubungan Pas Pahang dengan Dap.  Ertinya, Pas Pahang akan wala' dengan keputusan Pas Pusat yang katanya akan diputuskan pada tarikh yang belum ditetapkan.  Begitu juga dengan KEADILAN Pahang, keputusan Pusat pasti menjadi rujukan dan akan dipatuhi.

Bagi rakyat, apa pun keputusan yang bakal diambil mereka mengharapkan jangan sampai memusnahkan mood rakyat yang tengah memuncak untuk membenamkan rejim yang ada sekarang.   Jangan sampai rakyat muak dan jemu dengan sikap pemimpin yang tidak bijak membuat keputusan, ikut emosi dan melihat kepentingan di kawasan mereka sahaja. 


10 ulasan:

  1. Apa pun yang pasti aku dah tak berminat lagu dengan PAS ni walaupun sebelum ini PAS adalah parti harapan aku. Kemungkinan besar aku tak mengundilah.

    BalasPadam
  2. Tinggalkanlas PAS.mereka skrg dah kuat utk bergerak sdiri.presidengnya pun meloncat2 kesombongan.para ulamanya jg hebat mentafsir dan bebas drp hukuman penjara sbgmana yg lain akibat demo,bebas drp hukumam gantung n badan ganteng mandi minyak serta dibantu dgn bantuan 1malaysia,kekuatsn diku dan lutut serta penasihat pas jg masih berjaya mengekslkan jwtn di universiti walaupun penyokong lain telah menikmati tindakan.ketua pemudanya pula hebat berfalsafah dlm pesbuk n menjaja nama bapa di bumi nyata.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nk tinggal pas x pe tp jgn masuk dap pulak.. lg pelik jadinye..

      Padam
  3. Tak nak mengundi x pe.. jgn ngundi umno sudah.. x pyh nk merajuk2..

    BalasPadam
  4. pemimpin pakatan mesti ingat jangan permainkan rakyat yang memilih pakatan.Lihat mangsa rakus umno di Prak sedar diri sikit pemimpin baru pas rakyat lihat gelagat kamu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nasib baik BN ambil alih Perak dari Kjaan Boneka DAP. kalau tak jd mcm Penang skrg la. Melayu terhimpit. La ni gerai bazaar Ramadan pun diroboh!!

      Padam
  5. dari di tarik hidung oleh DAP biar bersendirian dalam menegakkan Islam....Allah tak perlukan DAP maka PAS takperlukan LGE dan LKS sebagai PENENTU apa boleh buat dan apa tak boleh buat...mereka bukan tuhan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya saya sgt setuju dgn kenyataan diatas.

      Masalah nya skrg ni dlm hampir semua blog dan forum kelihatan kenyataan berunsur kecewa merana dan maki hamun carut dan fitnah dari puak2 liberal pro DAP dari kalangan melayu agama takdpt dipasti.

      Puak2 ni sedang meroyan gila menyerang pemimpin Islam dan ulamak tanpa sedar sedikit demi sedikit Allah swt telah menunjukkan kebenaran didepan mata.

      Padam
    2. spesis yg tuan maksud tue telah ditutup hati mrk dgn lumut hitam hingga xbole befikir....dlm kepala mrk hanya pitnah & adu domba....spsis begini la yg snggup jual agama & bangsa sendri...malah kerabat rakan utk mengisi hawa nafsu & tamak haloba. ...

      Padam
    3. BARANG SIAPA MENDAHULUI NAFSU SERAKAH MAKA AQKAL MRK AKAN TERTUTUP.

      Padam