Jumaat, 3 Julai 2015

BILA SEMAKIN RAMAI DARI PUAK KITA SERTAI DAP, ERTINYA DAP BIJAK ATAU KITA BIJAK?

AKIBAT semakin ramai orang-orang Melayu berugama Islam menyertai Dap, sebuah parti yang sering dilabel sebagai rasis, anti melayu dan anti Islam, maka ada sekumpulan yang merasa susah hati dengan perkembangan menarik ini.

Dap ternyata bijak berpolitik.  Disaat mereka difitnah dan dilabel anti Melayu, Dap semakin mendekati Melayu.  Dikala mereka dituduh anti Islam, bukan saja Dap mendekati umat-umat Islam bahkan perkembangan Islam di P.Pinang juga dipertingkatkan.  Apa lagi yang mahu kamu label Dap ini?

Hati mereka sakit kerana yang ramai menyertai Dap itu adalah dari kumpulan mereka.  Kenapa mereka lari tinggalkan perjuangan kamu yang kamu anggap suci dari langit itu?  Hati mana tidak sakit, jika kita sendiri gagal membela nasib kaum yang seugama dengan kita di negeri yang kita perintah, tetapi Dap datang membantu di negeri kita yang sampai kini masih ada yang mendiami khemah buruk untuk berbuka puasa dan bersahur di dalamnya.  Dap teruk dari Firaun kah?

Cukup-cukuplah hati mu yang sakit.  Hentikan lah dendam kesumat itu.  Suluh lah diri sendiri.  Jika tidak sendiri yang tersalah, masakan rakan seperjuangan semakin lari dan mereka mencari wadah lain.  Jangan salahkan Dap selagi kamu tidak lebih baik dari dia.

Sekarang mereka mainkan sentimen benci Dap kononnya Dap mahu rosakkan Melayu dan Islam apabila semakin ramai Melayu Islam mendekati Dap.  Apakah malu untuk mengatakan kita salah kerana kita lebih teruk perangai dari Dap hinggakan orang meluat?

16 ulasan:

  1. sangat kesian dgn tahap pemikiran saudara,adakah dgn sokongan kepada dap itu membuktikan dap benar dan parti lain salah,inilah masaalahnya jika tidak belajar sejarah islam,nabi berdakwah adakah semua terima islam,yg dah islam pun jadi munafiq,bukankah dizaman nabi ada si munafiq yg dengki dgn rasullallah,itu perkara biasa dalam perjuangan,masaalahnya yg pergi itu adakah lebih baik,atau sekadar pergi sahaja tanpa merugikan sesiapa,adakah islam rugi dgn s.samad said kedalam dap,islam tak rugi,dia sendiri yg rugi....kalau kamu hidup dgn prinsip islamlah,kalau kamau hidup dgn prinsip dunia,nak mengejar kemenangan semata,memang rugi sangatlah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wahai abdul hadi tolong cermah sikit tentang apa yang a samad rugi dengan meyertai DAP sekiranya dia tidak menukar akidahnya malahan a samad amkin kuta akidahnya denagn yakain bahawa jiwanya makin tenang beribadat apabila melihat bangsa kapir tidak memfinah sesama agama tidak membaruakan kawan tidak mentololkan sahabat,DAN mana lebih baik a samad said dapat berdakwah melalui bahasa pertuturanya bahawa islam guna bahasa yang indah yang tidak mengguris hati sahabat tidak seprti kamu yang memmakai islam tetapi bahasnay jijik,kotor,najis.berbau bangkai,beginikah islam kamu?fikir dan muhasabahlah.wahai HADI .samada kau presideng atau kau munafif menyamar.atau kau benar2 nama hadi tapi kesian dengan anam itu.

      Padam
    2. Betul2....dap mmg terbuka...semua blh tgk...marilah kita semua bersama2 menerajui rejimen ke 10 parti dap semalaysia

      Padam
  2. Jgn terkejut lepas ni di muktamar dap akan ada seruan

    Takbirrrr

    Insyallah kami akn segerakan binaan masjid gua Musang (malu umno pas Kelantan)

    Hantar tahfiz ke Turkey oleh dap

    Cetak alquran karem oleh kami dap

    Dan anjurkan wacana islam oleh dap

    Sapa ssuruh g18 sembap...

    BalasPadam
  3. Kah kah kah yg sebenarnya DAP taklah bijak tapi melayu haprak yg bahlol ! ......kerana sedikit budi dah tergadai body ......... tu belum lagi Dajjal datang tabur budi sewaktu manusia hidup dlm kesempitan di akhir zaman ......... maka lebih ramailah lagi melayu bahlol terhutang budi dan tergadai body serta akidah nanti !

    BalasPadam
  4. sapa teraju 1MDB...DAP laaa...sapa kebas duit MARA...DAP laa...sapa kebas duit TABUNG HAJI..DAP laaaa...sapa naikkan minyak..DAP laaaa...sapa kenakan GST...DAP laaaa...sapa bunuh ALTANTUYA..DAP laaaa...sapa kebas duit KWSP...DA laaaa...

    yg lain korang tulis sendiri....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Meluat nk muntah aku bila di gay tua ni masuk bg komen. Kalau sigay ni dpn aku mau aku sepakk muka dia kaw2

      Padam
  5. saya pun berkira nak join dap.

    BalasPadam
  6. Rejimen ke 10 parti dap....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bintang 3 boleh diganti dgn bulan sabit...nak solat boleh...nk oktofest pun boleh...semua boleh kecuali:
      Jgn sebut perkataan hudud
      Jgn larang umat islam nk murtad
      Jgn hala spkear masjid ke luar
      Jgn halang oktofest
      Jgn halang nama allah
      Jgn terima jakim
      Jgn kata dap anti islam

      Padam
  7. pemimpin baru pas hari ini mesti muhasabah diri jangan nyesal lepas ni pas tak jadi tarikan dah akibat tak berapa cerdik berpolitik.ingat paas kuat ka kat klntan pun belum tentu menang lepas ni

    BalasPadam
  8. jangan dok ngaku ulamak sangat gak kerana prestasi andaa kami dah nilai.Cakap biar Nampak hemah sikit baru orang akan dekat.Dan satu lagi usahakan tautan kasih dengan bekas pemimpin lepas yang banyak berjuang dan Nampak perjuangannya bersama rakyat.Dr Zuhdi dan Hassan tantiwi cuba demo piker sikit sebelum cakap dan bersedia untuk kalah pilihan raya

    BalasPadam
  9. semua umat manusia adalah makhluk Allah termasuklah yang bukan Islam. Maka peluang umat Islam untuk memperkenalkan keindahan Islam dalam parti DAP adalah amat dialukan.. Biarlah di cerca, di hina dan dimaki oleh puak yang mengaku Allah tuhan sekalian alam tetapi dalam masa sama menghasut supaya yang bukan Islam berterusan jadi kafir. Allah amat mengetahui.. Wallahua'alam..

    BalasPadam
  10. Hahaha...dari komen2 melayu bangang dlm blog ni dah terbukti bagaimana mudahnya melayu digula-gulakan. Ohh yaa...fitnah jgn lupa tabur.
    Yg kes Mara tu bukti apa jadi bila puak penyokong pembangkang terajui syarikat kjaan. Komisyen nak masyukk je.
    Kjaan BN patut buat pembersihan kasi terajang kluar puak2 ni dari jabatan dan agensi kjaan. Bikin onar lps tu fitnah kjaan BN.

    BalasPadam
  11. Tanpa nama baca Alquran lebih banyak dari blog....

    BalasPadam