Rabu, 15 Julai 2015

SELAMAT BERSUSAH BERSAMA KAMI BUAT WADAH BARU GHB

SELAMAT datang Gerakan Harapan Baru (GHB) untuk meneruskan kesinambungan wadah politik berlandaskan Islam, melawan kezaliman dan menuntut keadilan di bumi Malaysia ini.  GHB diumumkan sebagai satu lagi wadah politik yang akan bersama KEADILAN dan Dap untuk meneruskan langkah yang sedikit terencat sekarang bagi menghadapi rejim Umno/Bn.

Pakatan Rakyat yang dahulunya adalah melibatkan KEADILAN, Pas dan Dap nampaknya seperti tiada jodoh yang berpanjangan kerana ada suara-suara yang menzahirkan rasa tidak puas hati hingga ke tahap kebencian dan mengugut untuk bercerai.  Dap berkata putuslah hubungan dengan Presiden Pas tapi tetap bersama Pas.  Ertinya, mahu terus berbaik dan berkawan dengan si anak, namun tidak berkenan dengan perangai si ayahnya.  Pas pula bertindak lebih 'berani' dan hebat.  Pas tidak tolak Kit Siang atau Guan Eng, malah lebih berani apabila Pas menolak batang tubuh Dap keseluruhannya.  Ertikata, Pas beranggapan kerana Dap tidak mahu berkawan dengan 'ayah' (Presiden) maka kami dari keluarga si ayah tidak mahu berkawan dengan seluruh keluargamu (Dap).  Begitulah keadaannya sekarang.

Di atas kertas belum bercerai walaupun kata-kata nista dan cerai dilafazkan di khalayak ramai bahkan satu dunia sudah tahu usul memutuskan hubungan dengan Dap telah diluluskan tanpa bahas di dalam Muktamar, iaitu badan berkuasa penuh di dalam Pas. Katanya, usul tersebut belum muktamad kerana Majlis Syura belum luluskan.  Nah, baru-baru ini Majlis Syura Ulamak telah pun bertindak tepat menyokong usul dari Dewan Ulamak itu.  Maka, sah atau tidak cerai itu?  Katanya lagi, belum sah lagi kerana tidak dibawa lagi di dalam AJK Pas Pusat.  Atau, sebenarnya telah sah cuma tunggu AJK Pas Pusat saja laksanakannya.  Itulah situasi pelik bin ajaib yang berlaku di dalam PR sekarang.

Secara peribadinya, aku rasa amat tepat pada masanya GHB muncul untuk menenangkan situasi.  Umno/Bn kini memang di dalam keadaan amat lemah.  Pemimpin mereka kini telah terlondeh segala-galanya, bayangkan jika sampai ke tahap akaun bank laki bini pun didedahkan orang.  Maka, ini lah waktu dan saat yang paling baik GHB berada dalam satu saf perjuangan rakyat yang telah diamanahkan di dalam PRU 13 yang lalu.  Kita tidak mampu lagi untuk melayani drama "Hudud" yang dipersembahkan oleh Umno untuk membuli umat Islam.  Kita tidak sanggup lagi melihat Hudud dijadikan modal untuk merealisasikan cita-cita UG yang tidak pernah digemari oleh Almarhum Tuan Guru Nik Aziz.  Kita mahu Hudud dilaksanakan atas kesedaran ugama bukan untuk mainan politik untuk mencipta perpecahan.

GHB tentunya tidak percaya kepada Umno/Bn untuk merealisasikan Hudud.  GHB tentunya mahu melihat Islam itu bukan hanya tertumpu kepada Hudud semata-mata tetapi kebajikan rakyat juga satu kewajipan agama.  GHB tentu merasa sedih melihat masih ada lagi rakyat yang merempat tiada tempat tinggal, tiada pendidikan dan masih berada di dalam khemah menjelang Raya.  Ini bukan cara Islam mentadbir.  Islam  itu syumul, bukan hanya terkandung Hudud di dalamnya.  Justeru itu, GHB merasakan tiada pilihan melainkan turut sertai jihad menentang rejim Umno/Bn.  GHB tidak akan sesekali bersetuju bahawa Najib perlu dikekalkan sehingga PRU 14 untuk meneruskan kezalimannya.  

Mudah-mudahan GHB akan menjadi wadah yang efisyen untuk berganding bahu bersama kita semua.  Mana-mana wadah lain yang tidak mahu bersusah payah berjuang dan hanya mahu berada di dalam keselesaan dengan menggosok belakang Umno, biarkan mereka dengan uslubnya. 

   

46 ulasan:

  1. Kesilapan GHB adalah ianya di wujudkan untuk ganti PKR dan bukan ganti Pas

    Kami dah cadangkan pada pru13 untuk di tubuhkan party ABU

    Untuk ganti umno dan pas

    Tapi takde sekor pun yg berani... Harus Ibrahim pun tak berani... Setakat NGO a.b.u jer

    A.b.u lah yg menyatupadukan rakyat Malaysia menentang umno dan pas

    Lebih baik sokong Pasma bertanding pru14... Nama pun pas...ma... Senang nak curi ahli pas ... gHB ni mcm nak curi ahli pkr jer

    Copy 100% party pas cuma dan guna prngalamn 30 tahun dlm pas untuk klon party mcm pas tapi buang perangai sesat hadi Ping ...

    Kalau nak buat party bilang kaun baik jer join pkr dap...

    Tolonglah buat party '100%' melayu yg boleh pecah belahkan umno dan pas !!!!

    Seperti Party A.B.U

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagiku A.B.U.&. B.N. Gerakan Haru Biru (GBH). Entahlah, nasiblah, apa lagi bahana yang kita kena tanggung. Tuang presideng & The UG Teamlah yang telah memporak perandakan harapan rakyat, Nasharudin Mad Isa diam diam dah dilantik oleh umnobaru sebagai Duta Malaysia ke Arab Saudi. Pus n Umno main kayu tiga ngan kita ni si rakyat.

      Padam
    2. Ada lagi lidah2 lks menyalak ug yh x jgk jadi2...tu yg agak jd frust smpi naik gila babi...udah2lah menyalak meroyan...alih2...masih jgk ahli pas...xke memalukan diri sendiri...kutuk bkn main...hihi..btw...dap pun dh cuak...wadah baru pun xdaftar2 lagi...hihi

      Padam
    3. #AsalkanbukanPASpig

      Padam
  2. UMNO-BN tidak perlu lagi bersusah payah bertungkus lumus melawan PR, BN boleh tidur lena selenanya kerana golongan ini telah mengambil alih tugas untuk menjatuhkan PR. Satu gabungan yang dipanggil Golongan Haru Biru.

    BalasPadam
  3. SAYA lebih menghormati mereka sekalipun dituduh kecewa dari kabilah PAS yg mulutnya Isle isle, jubbah, jubbah TAPI kelaku
    1. Berpolitik dalam mutamar mengunakan Cai ( mengalah cara Israel)
    2. Mulut lonkang Membaruakan Jemaah parti sendiri
    3. Menjebon, mentololkan Jemaah saudara seagama
    4. Menuduh tanpa saksi pengedar pil kuda dan MENGHUKUM dengan meletakkan calon Pas
    5. Mulut isle isle tapi PONTENG dewan Rakyat sedangkan ada isu penting dibahas
    6. Memutus hubungan tetapi sebok nak elaun jawatan di Pulau Pinang. Ada telur kalu letak jawatan Ostad oii.
    KESIMPULAN
    1.Anggota harapan baru lebih bermaruah dari Jemaah Pas yg mendokong Kepimpinan Cai. kerana duit dan jawatan di Penang dan Selangor mcm alas an nak kekal pegang jawatan.
    2.Team Harapan baru anda lebih bermaruah dan Parti anda memang sedikit lemah TAPI dengan sokongan PKR dan DAP maka Harapan baru tetap akan kuat serta ada kuasa tawar menawar PAS dlm Pakatan 2.0 tinggal 2/3 sahaja lagi dan lg 1/3 diambil oleh harapan Baru. 3.Terserah PAS nak bersama atau keluar PR, Realitinya ialah jd PAKATAN BER-4
    4.Jika ada adun Pas Selangor menyertai Harapan Baru wajar diberi jawatan Exco atas kapasiti Pakatan Ber-4. Maka 1 exco Pas perlu dikurangkan diserah pada Harapan Baru. Jika pas tak setuju kena keluar dari Pakatan 2.0 . Kerajaan negeri tetap teguh kerana 2 adun Pas ke pasukan Harapan Baru ( PKR. DAP dan Harapan Baru tetap ada Majoriti Mudah)

    utuhkabin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sbb tu kami nak jadi lidah lks...nilai spt isle tp x isle....meroyan hari2 mcm nk gegar satu malaya...alih2 ahlibpas lagi...adehhh

      Padam
    2. Lebih bermaruah?? dah telingkup abis... naik diatas pengorbanan ahli, kini caci parti sendiri kerana kecewa...tau sedar tak sedar mereka tu dah mula di makan 'sumpah'... Lihat lah alasan dan cakap-cakap semuanya aku betul dan pandail belaka...hang yang langgar bai'ah dikatakan parti pulak yang langgar bai'ah... boleh caya ke???nak bawa harapan baru konon...Harapan kerana Nafsu sendiri saya ... pengikut dibodoh-bodohkan... Selamat membawa HaraPAN BARU....KERANA APA? SEBAB AKU KECEWA!!.. KERANA ADAJUGA SI KEMTOT AKAL TAKLID BUTS JE...

      Padam
    3. Kalau tengokkan di sosial media puak ulamak ulamak PAS ni yang tengah tersembur sembur air liur busuk duduk merendahkan orang lain. Ulamak mulut busuk. Dah pegang jawatan dan mengaku PAS masih kuat tetapi melatah macam ulamak bapuk

      Padam
  4. PAS hipokrit, ambil keputusan utk putus hubungan DAP tapi masih bersama dgn PKR. Apa ni? Adakah semasa krisis MB Selangor dulu PAS bersama PKR? Semasa PRK Permatang Pauh tempuh hari yg PAS tak mahu DSWA atau dari keluarganya jadi calun tu mengambarkan PAS bersama PKR? Pemimpin kanan PAS dari group UG ada bersama dgn PKR kah semasa PRK Permatang Pauh dulu? Tiba-tiba cakap nak bersama PKR pula, Nampak sangat hipokerit nya tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ghb lagi hipokrit...masih ahlibpas lg...hihi

      Padam
    2. cuba faham sikit ghb masih belum ditubuh lagi mestilah dia ahli PAS. Tengoklah selepas ghb ditubuhkan adakah dia masih ahli PAS.

      Padam
  5. Orang yang kononnya bermatian perjuangkan hudud sebelum memegang kuasa di putrajaya adalah orang yang ke jepung pada sesi pembentangan.Saya lagi percaya Pkr dan dap akan melaksanakan hudud setelah mengubah segala halangan undang2 dengan kuasa dalam tangan ditampuk pemerintahan putrajaya.Orang yang hipokrit ialah orang yang berdegar2 mahu melaksanakan hudud tapi gagal menilai rintangan yang wujud pada masa sekarang dan pada masa hadapan.Selagi undang2 yang ada gagal menghukum rakyat mahupun pemimpin yang bersalah, apakah kita hendak hukum hudud yang dilaksanakan itu menghadapi nasib yang sama.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nah kau...lidah dap sekor lagi...

      Padam
    2. Pimpinan PAS secara common sense nya tidak menunjukkan akhlak yang baik. Presiden sendiri pun kaki tuang parlimen, mengata jemaah sendiri dengan perkataan budak tak habis sekolah ali ba ta. Pengikut dia apatah lagi tahap kebodohannya. Ko yang tolol.nak mengata orang lain. Terserlah otak siku dan lutut korang ularsemamak woiii

      Padam
    3. powertrain1648....cakap jangan guna siku dan lutut...guna akal fikiran...jangan jadi macam sebuah parti tuh yang guna siku lutut utk berpikir...

      Padam
  6. gerombolan hanyut banjir

    BalasPadam
  7. INI SEMUA POYOOOOOO...

    SEMUA NAK KUASA JADI PEMERINTAH SBB NAK REMBAT DUIT RAKYAT

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul3x. Macai2 langsung ternganga, bos kaya namun macai merempat.

      Padam
  8. pascai bole join bn.. dan bole laksanakan hudud.. amacam? ke dah rasa mcm kene tipu.. dh berpuluh tahun pengalaman pun masih bodoh sombong..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aduih...berentila jd lidah kapir yg duk tuduh ug tp x jgk jadi2...btw...hang ni masih ahli pas lagi kan....hihi

      Padam
    2. SOKONG. PAS sekarang bukan setakat bodoh sombong tapi bodoh seperti otak dilutut dan siku, sombong tolol barua broker

      Padam
  9. sebagai org islam.. aku sokong ulamak... tapi sorry bukan yg mengaku ulamak mcm PAScai

    BalasPadam
    Balasan
    1. Poyotin

      Bukankah ramai ahli pas menang pru kerana org kapir nih?

      Bukankah nasharudi. Mat Isa sahkan wujud bincang untuk UG di perak dan Selangor?

      Tapi Allah sayang pakatan dan gagalkan usaha jahat ayoh hadi Ping Marang

      Tak baca whats app zuhdi zionis? Yg nak UG dgn umno?

      Suara yg kamu kata kapir ni sebenarny g18 yg islam lagi professional... Bukan dulu kamu pangkah g18 untuk terajui pas sedangkan kamu tahu mereka suara kapir? Apa kamu tak bersibahat? Knp kamu lantik g18 untuk jadi timb presiden ... Tetapi kata mereka lidah kapir???

      Kamu fitnah mereka sebab nak mereka jatuh supaya kamu boleh ramPAS jawatang mereka !!!!

      Poyorting tong ... Please train me to be dumb and stupid just like you and your whole family... I want to be powerstupid like you!!!

      Padam
    2. Mmg manusia sekarang ni pantang diuji sikit dgn kesusahan dan kesukaran terus merintih, memberontak dan meroyan ........ tengok puak2 macai dan balaci DAP depa dok kutuk ulamak dan marahkan ulamak bila dikatakan cari redha ilahi sbb depa utamakan redha undi dan cina Dap ........... depa nak tongkat langit tak ingat mati , nanti kat akhirat kita tengok apakah puak2 Dap akan membela depa dpd api neraka ?
      Bodoh piang puak2 macai PKR dan balaci DAP ni ......... la ni NASA sendiri pun akui tentang kebenaran Islam spt kehebatan lailatul qadar dan batu hajarul aswad hingga ada pegawai NASA yg telah memeluk Islam tapi kat malaysia ni ada melayu islam bahlol nak cemari Islam dgn agenda sekular, kristianisasi, cauvinisme , lgbt dan sebagainya .............. ulamak terus difitnah dan dicaci ....... LGE dan LKS dipuji dan restu dicari hanya kerana mengejar cita2 politik depa
      Jaguh spinner macai pkr dan balaci Dap spt greenboc, malaysia waves, gendang perang, libang libu , yong suka kuning, mso, cipan tapir tenuk, addin, sisi bukit, alhussyen, bloglistb dsbnya telah mengatasi utusan melayu , berita harian , tv3 serta rtm ! Depa tuduh TGHH suka kata barua dan tolol ………….. sebagai seorang ketua sesebuah organisasi adakalanya perlu ditegur agak keras anak buah yang buat kesalahan yg tidak wajar secara semberono walaupun berkali2 diingatkan bagi menimbulkan kesedaran lagi pun pun alquran pun ada sebut perkataan bodoh dsbnya kepada manusia yg degil seperti ini agar mereka sedar. Depa kata TGHH suka ponteng sidang parlimen sedangkan TGHH mungkin ada komitmen lain …………. Tapi hairan bila depa boleh pejam mata bila Anwar dan LGE ponteng sidang parlimen utk bercuti di New Zealand dsbnya. Depa kata Pas nak UG dgn umno ………….. tapi sampai sekarang tak da UG …………….. yg ketaranya PKR dan DAP yg bersungguh2 nak UG dgn umno tapi depa spin jadi CG (CaretakerGovernment) …………. nampaknya kembar siam umno yg terbit dari lubang taik yg sama lebih advanced dpd umno dari segi fitnah, tohmahan dan maki hamun ! .......... kalau kat hang pa semuanya boleh , u-turn boleh, UG boleh ,ponteng boleh, tolak hudud boleh, pesta beer boleh, jubo menjubo pun boleh.........apa2 pun boleh asalkan direstui oleh tuan guru khalifah almaksumi LGE dan LKS......... kapla bananana kau !!!!!!!!

      Padam
    3. Satu Harapan Baru?.....
      KALAU IKUT LOJIK?

      1. Menolong ribuan mangsa banjir berhari2,berbulan2, petugas makan tidur tak menentu, kalau ikut LOJIK lupakan dulu mangsa rogol, lagi pun hanya melibatkan sorang, boleh beri ganti rugi.

      2. Memerah otak dari pagi kepetang untuk merancang master plan untuk membasmikan kemiskinan, kalau ikut LOJIK demi kemashlahan, solat boleh ditangguhkan kerana merencatkan pemikiran yang penuh dengan idea bernas

      3. Memakai baju kurung atau kebaya, penuh dengan kesopanan dan keayuan, lagi pun sudah lebih kurang 98% sudah menutup aurat, kalau ikut LOJIK apalah sangat menutup kepala yang hanya tinggal 2% saja lagi auratnya, bukankah sepatutnya biarkan free-hair?

      4. Meminum arak hanya segelas dua kerana meraikan orang kafir, kalau ikut LOJIK kenapalah sampai kena rotan dan sebagainya, bukankah sepatutnya dibiarkan, manalah tahu orang kafir itu dapat hidayah dengan ikram kita? atau memadai dengan hukuman kerja2 amal dirumah anak yatim dan orang tua.

      5. Menikmati penzinaan yang tak berapa lama, katakan satu hari satu malam, kalau ikut LOJIK kenapalah sampai kena rejam/rotan lagipun ia suka sama suka, kalau dapat anak pun akan bertambah zuriat2 yang pintar.

      6. Merompak, mencuri apalah sangat sekurang2nya mereka berdikari, kalau ikut LOJIK kita lupakan dulu mangsa kecurian kerana kita ada NGO yang akan bantu, kenapalah perlu potong tangan dan sebagainya.

      7. Babi yang dipelihara dalam kandang yang penuh hygienic dengan suntik vaksin terkini, kalau ikut LOJIK apalah sangat makan Babi Chop dengan sos termahal lagi pun hanya sekeping dengan kentang goreng, mungkin boleh memulihkan mereka yang hilang selera makan.

      8. Menukar Agama yakni murtad demi kebebesan berAgama dan hak asasi manusia lagipun ia mungkin menjadi satu kaedah mengelakkan perkauman, hidu bermuhibah, saling hormat-menghormati, kalau ikut LOJIK, biarkan mereka kerana mereka berkorban untuk kemashalan umat, kenapa perlu bendung dengan hukuman mati dan sebagainya?

      9. Berusaha kerasa sehingga menjadi kaya raya, selalu pergi Umrah, selalu buat Majlis Berbuka Puasa di Hotel2 mewah demi meraikan anak-anak yatim, selalu buat korban beratus2 ekor lembu demi sayangnya kepada fakir miskin, setahun sekali beri duit raya pada budak-budak sekola, kalau ikutkan LOJIK, kenapalah perlu bayar Zakat lagi?

      JAWAPANNYA : KERANA IA HANYA PERINTAH ALLAH SWT noktah.

      Membawa HUDUD ke Parlimen bukan bermakna kerja-kerja menghapus rasuah terabai, bukan bermakna kerja-kerja pemerintahn lain terencat, bukan bermakna tidak cakna serta peduli kesusahan rakyat, lagi pun bukannya siang malam asyik berbicara pasal Hudud seolah-olah Islam itu tidak Progresif....ianya berjalan beriringan kenapa masih ada segelintir yang masih sinis?

      JAWAPANNYA : KEIMANAN LONGGAR

      Padam
    4. Keimanan longgar bila jawatang dan wang menyebabkan amanat ayoh ping dinodai.

      Padam
    5. Wa mahu ucapkan salamat hali laya ! Sila latang rumah terbuka Dap ......... manyak hidangan spt babi goleng , babi pangang dll ........ semuanya ditonggeng halal kelana itu tuan galu LKS dan LGE kasi sembelih ......... lagi itu yam seng pun ade sama itu main majong pun ade . ....... kalau mahu lebih enjoy itu amoi Ipoh mali pun ade ......... jgn takut jgn segan itu dosa semua tuan galu LKS dan LGE boleh kasi ampun dan ada applovement dpd itu ulamak2 DAP punya ........ ini mcm punya balu butut2 Islam bukan itu macam tuan gulu haji hadi yg mahu hudud kasi susah sama melayu Islam mahu enjoy dan bikin kacau ekonomi olang cina mahu niaga itu judi , babi , yam seng sama itu amoi jual body maaa ........ kalau talak suka itu amoi , itu pondan pun wa ade boleh main bontot maaa ..........haiya itu pasal wa suka sama PKR dan Halapan Balu punya macai .......... ini macam wa butut2 ada halapan niaga kasi untung sebab olang melayu Islam boleh jadi customer wa

      Padam
    6. Orang dengan otak di siku dan lutut serta tolol seperti ko aje yang tak tahan dengan hidangan tu saudara. Apa la punya fikir ahli PAS ni

      Padam
  10. "Seruan ana kepada wakil rakyat di Parlimen dan ADUN secara jujur dan ikhlas supaya sahabat-sahabat meletak jawatan kerana tuan-puan adalah wakil rakyat bukan wakil DAP mahupun Gerakan Harapan Rakyat,” kata Ketua Dewan Ulamak PAS dalam isu penubuhan parti baru.. Ada bran ke?

    Kumpulan Islam Progresif ikut (telunjuk) Democratic Action Party = KIPiDAP !!

    PAS tak perlu gentar - pemilihan saf kepimpinan baru membayangkan apa yg rakyat mahu - PAS tidak perlukan pemimpin yg kejar jawatan dan bersekongkol dengan orang kafir menghina orang atau parti Islam..

    GHB = Gerakan Haru Biru = Gerakan Harapan Barua

    BalasPadam
  11. Kelahiran atau tertubuhnya Parti baru ini... adalah semata mata.. untuk bakal penganggur Politik atau Pemimpin yg comitment hidup yg tinggi ( bakal dinyah olih penyukong sendiri) merencana masa depan sesama mereka untuk hidup dan ingin gunakan Ngo dan orang ramai sebagai talian hayat ... Kita tengik siapa yg kena tipu daya mereka.. pasti hangus akhirnya... sebab mereka ni tak bertaraf... kepanasan yg amat...

    BalasPadam
  12. gh pi la mkn babi dgn cina dap.. kami nak makan lembu nfc je...

    BalasPadam
  13. Bila sebut nama hadi teringat perbuatan dan pecakapan yang tidak baik.Jangan pula suatu hari nanti nama hadi ini macam nama hassan malek dan mat maslan yang sinonim dengan kebodohan.Suatu hari nanti akan ada orang berkata

    1. "janganlah awak hadikan orang" maksudnya seseorang kawan menegur kawannya supaya jangan mengumpat/fitnah/tipu/label orang lain.

    2. Ponteng - Seorang guru bertanya kepada muridnya "kenapa awak hadi kelas kelmarin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sapa punya anak haram bagi komen kat atas ni.

      Padam
    2. Esok saya nak cuti cikgu sbb saya nak menyertai GHB cikgu...
      Apa dia GHB tu? GHB ialah singkatan kpd GENG HAMBAT BABI cikgu... Kump sarkas yg kalah perang cikgu.

      Padam
  14. Bila tgok muka presiden ghb, terimgat kisah lama di kg dulu, setiap hujung minggu ramailah org kampung berkumpul dipinggir kampung untuk sama-sama menghambat babi. Elok sgt nama Ngo ni GHB - Geng Hambat Babi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila ternampak papan tanda pusingan u saya terus teringat parti PAS.

      Padam
  15. Bersusah susah dahulu GHB susah hingga akhirnya. Anak derhaka selalunya malang tak sudah. Puji bapak orang (DAP) tubi bapak sendiri. Dasar anak derhaka sumpah jadi katak lompat

    BalasPadam
  16. Setiap kerajaan diwujudkan utk mengutamakan kebajikan rakyat..bagusnya kerajaan mewujudkan tander bg kemudahan rakyat..pentadbiran di tadbir bg menjana kelangsungan pendapatan kerajaan bg melangsungkan kebajikan terhadap rakyat...tp skrg krajaan byk mewujudkan asas perniagaan dlm pentadbiran..sehinggakan segalanya di swastakan sehinggakan wujud sikap tamak haloba bermula dr individu sehingga kumpulan...maka akan ranap kerajaan setelah meletakkan kebajikan rakyat ke tahap beh skali..

    BalasPadam
  17. saya PAK SLEMET posisi sekarang di malaysia
    bekerja sebagai BURU BANGUNAN gaji tidak seberapa
    setiap gajian selalu mengirimkan orang tua
    sebenarnya pengen pulang tapi gak punya uang
    sempat saya putus asah dan secara kebetulan
    saya buka FB ada seseorng berkomentar
    tentang AKI NAWE katanya perna di bantu
    melalui jalan togel saya coba2 menghubungi
    karna di malaysia ada pemasangan
    jadi saya memberanikan diri karna sudah bingun
    saya minta angka sama AKI NAWE
    angka yang di berikan 6D TOTO tembus 100%
    terima kasih banyak AKI
    kemarin saya bingun syukur sekarang sudah senang
    rencana bulan depan mau pulang untuk buka usaha
    bagi penggemar togel ingin merasakan kemenangan
    terutama yang punya masalah hutang lama belum lunas
    jangan putus asah HUBUNGI AKI NAWE 085-218-379-259
    tak ada salahnya anda coba
    karna prediksi AKI tidak perna meleset
    saya jamin AKI NAWE tidak akan mengecewakan

    BalasPadam