Selasa, 28 Julai 2015

GERAKAN HARAPAN BARU MENGUBATI KEKECEWAAN KITA

MERUJUK kepada apa yang disebut oleh Nik Amar, bahawa Pas tiada masalah bersendirian sekiranya tiada lagi ikatan bersama KEADILAN setelah Pas menyingkirkan Dap, aku yakin dengan apa yang disebut oleh Nik Amar itu.  Ikhlasnya, memang Pas mampu bersendirian jika kita tidak bercakap soal ke Putrajaya.

Begitu juga dengan apa yang disebut oleh Dr Haron Din, Mursyidul Am Pas bahawa Pas akan menyingkirkan KEADILAN jika parti yang diterajui oleh DS Anwar dan Azizah ini menerima Dap dan Gerakan Harapan Baru (GHB).  Ertinya, Pas memberi pilihan kepada KEADILAN samada ingin bersama Pas atau DAR juga GHB.  Apakah KEADILAN tertekan dengan alternatif yang diberikan oleh Pas itu?

Kalau ditanya kepada Dap, Pas mahupun KEADILAN, semuanya tentu bersetuju bahawa untuk menjatuhkan rejim Umno/Bn ini tiada jalan lain melainkan dengan gabungan seperti sebelum ini iaitu Pakatan Rakyat.  Ini bukan teori kosong, malah telah terbukti bahawa rejim menjadi lemah dengan adanya pakatan pembangkang.

Takdir menentukan segalanya.  Kita tidak fokus untuk menjatuhkan rejim selepas PRU 13 yang lalu.  Kita tidak konsisten untuk mencapai agenda Buku Jingga yang telah kita persetujui.  Pas menghambat benda lain yang tiada kita gariskan di dalam Buku Jingga.  Mereka memikirkan bahawa Buku Jingga tidak Islamik tanpa Hudud.  KEADILAN pula melihat bahawa apa yang kita ingin capai di dalam Buku Jingga itu juga adalah kewajipan yang dituntut oleh Islam.  KEADILAN tidak melihat tanpa Hudud di dalam Buku Jingga maka kita gagal melaksanakan tuntutan Islam.

Apakah Dap selama ini menghalang semua agenda Islam Pas?  Atau, adakah KEADILAN yang dipimpin oleh orang Melayu Islam itu anti kepada Islam?  Jika Pas tidak beranggapan sedemikian, maka sebab apa Pas boleh hilang fokus?  Apa pun, Dap dan KEADILAN terus melihat Pas dengan caranya sendiri.  Pas yakin Umno akan membantunya menjayakan agenda Islam iaitu Hudud.  Terbukti setakat ini, bunga-bunga untuk Umno membantu Pas tidak kelihatan.  Bagaimana mungkin Umno mahu kepada Hudud di dalam masa yang sama mereka membawa akta zalim yang bercanggah dengan keadilan Islam itu sendiri, umpamanya akta POTA dilaksanakan?  Lojikkah Hudud mahu didukung serentak dengan POTA?

Pas gagal melihat helah Umno.  Paling mengecewakan bila Nik Abduh sendiri akhirnya mengaku bahawa Pas sanggup dan rela menjadi mangsa penipuan kerana Pas bukan pihak yang menipu.  Benar, penipu itu berdosa dan mangsa penipuan tidak berdosa.  Tetapi apakah dengan sengaja mendedahkan diri untuk ditipu berkali-kali itu menepati kaedah Islam?

Benarlah ramalan aku selama ini.  Silap perhitungan, yang dikejar tidak dapat manakala yang dikendung berciciran.  Hudud entah ke mana, Pas pula kehilangan rakan-rakan yang selama ini sanggup menangis dan ketawa bersama.  Umno pula semakin lebar senyumannya.

Alhamdulillah, wujudnya GHB ini, hati kita sedikit terubat.  Rupa-rupanya masih ada di kalangan Pas yang masih kenal wajah Umno.  Bersamalah kita mendoakan agar Pakatan Rakyat 2.0 akan menjadi kenyataan demi meneruskan perjuangan menentang rejim umno/Bn.  


18 ulasan:

  1. Betul tu tuan!!masih ada lagi rakan kita PAS yg masih kenal umno tu siapa!!biarlah mereka bersendirian mereka rasa mereka kuat.

    BalasPadam
  2. Ni blog syok sendiri ke gapo? Skrg ni org sibuk psl perubahan kabinet kjaan msia ko tak abis2 Lim Sabu harapan baru tu. Blog ko ni mmg tak relevan dgn peredaran peristiwa. Kahkahkah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kata blog ni tak releven tapi mu baca. Ikut suka dia la nak tulis apa pun.

      Padam
  3. Kjaan Bn akn tumbang tak lama lagi. Ahli parliamen yg sokong TSMY akan bertemu taklama lg dgn MP2 PAS dan PKR. Kjaan UG yg disebut2 selama ini akn muncul. Macai2 melayu DAPigs akan ternganga laa lepas ni. Tungguuuuuuuuuu.....

    BalasPadam
  4. cukup2 la kita bahas siapa betul siapa salah.. teruskan PR 2.0.. Yang penting sekarang agenda untuk menyelamatkan keadaan negara dan rakyat..kemampuan skrg lebih condong pada PR 2.0 Jadi PR 2.0 teruskan perjuangan rakyat. biarkan Pas. Pas pun ada kekuatan juga.

    BalasPadam
  5. kepimpinan pas hari ini hilang focus dah ,toleh harap dan penakut turun ke akar umbi.Masi lagi rasa pas sahaja kuat sebenarnya kemenangan pas ada gandingan dap,pkr dan rakyat yang benci umno.Sedarlah wahai pemimpin pas hari ini.

    BalasPadam
  6. umno dah nak karam tapi pemimpin pakatan asyik buruk rakan sendiri spt Pas dan GHB sudahlah buat kerja bodoh rakyat dah meluat ni.Satukan semula pakatan.Umno lemas dah ni TSmuhyidin dah di pecat.

    BalasPadam
  7. Tan Sri Moohyideen boleh join GHB...double jumlah ex-timbalan presiden!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasa2nya GHB x sedar yg kes rombakan kabinet terus tenggelamkan GHB.. org tgh sibuk nak jatuh kan umno dia sibuk nak tarik Muhyidin.. hahahaha..

      Kini terbuktilah strategi TGHD dan TGHH berjaya bila mereka hanya berpura2 sokong najib yg sebenarnya adalah utk memporak perandakan umno lagi.. Tahniah ulamak ku berdua yg ku kasihi ini.. !!! Allahuakbar 3x..

      Padam
  8. GHB hanya untuk orang kecewa yang hilang kuasa dan jawatan....pilihlah PAS, berjuanglah bersama PAS dan teruskan beristiqamah, InSha-Allah ada jalannya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. PAS sedang mabuk pil kuda, bila dah hilang mabuk pil kuda nanti, boleh timbang lah....

      Masa mabuk ni dia merapu & merepek teruk sanga:, fitnah, label melabel, adu dombanya dan banyak lagi pekara BODOH dibuatnya.
      Paling teruk tahap mabuknya, dia sokong BN.....sokong Najib...

      HILANG PERJUANGAN UNTUK TUMBANGKAN BN.....

      KEPADA RAKAN RAKAN YANG ISTIQAMAH DALAM PERJUANGAN, JANGAN DOLAK DALIK.... KITA SAMA SAMA TUMBANGKAN BN.

      Padam
    2. PAS sedang mabuk pil kuda, bila dah hilang mabuk pil kuda nanti, boleh timbang lah....

      Masa mabuk ni dia merapu & merepek teruk sanga:, fitnah, label melabel, adu dombanya dan banyak lagi pekara BODOH dibuatnya.
      Paling teruk tahap mabuknya, dia sokong BN.....sokong Najib...

      HILANG PERJUANGAN UNTUK TUMBANGKAN BN.....

      KEPADA RAKAN RAKAN YANG ISTIQAMAH DALAM PERJUANGAN, JANGAN DOLAK DALIK.... KITA SAMA SAMA TUMBANGKAN BN.

      Padam
    3. Hanya spin perkara yang sama, pil kuda, fitnah, adu domba dan perkara bodoh ( tidak diperincikan apa itu perkara bodoh), PAS dan umno berUG diratib sampai kehari ini, mana perginya UG yang diratib?..hanya itu saja senjata musuh PAS yang tidak terkesan pun.....ratiblah sampai berbuih mulut tu....kahkahkah.

      Padam
  9. Hanya spin perkara yang sama, HADI pil kuda, ABUDUH fitnah, SNAKE adu domba dan perkara TUAN bodoh ( tidak diperincikan apa itu perkara HADI bodoh), PAS dan umno berUG diratib sampai kehari ini, mana perginya DIN AYAM yang diratib?..hanya itu saja senjata PAS musuh ISLAM yang DAH terkesan dah.....ratiblah sampai berbuih mulut HADI tu...
    .kahkahkahkahkahkahkahkah.

    SAJA nak belajo RATIB HADI..kah kah kah kah kah ...

    BalasPadam
  10. HADI TAK KATA pecat TPM haram ..sama macam pecat MB selangor dulu tu...

    nak dengar gak faktua hadi pasal pemecatan ni...

    kah kah kah kah kah kah kah kah

    BalasPadam
  11. Itu urusan umno bukan urusan TGHA, urusan PAS dah selesai masa muktamar... tiada kena mengena dengan PAS....

    BalasPadam
  12. Betul lah tu TSKI mana ada kes mcm Muhyiddin dlm kes 600 juta lebih tu..

    BalasPadam
  13. lek eleh ..hari tu urusan PKR..apasal hadi bunyi....

    oooo pasal umno gang hadi....

    okkk..alasan diterima..

    sekian terima kasih...

    kah kah kah ..

    BalasPadam