Khamis, 30 Julai 2015

RAMAI AHLI UMNO BARU KENAL APA ITU KEZALIMAN

SEBAIK saja mantan TPM, Muhyidin Yassin terus bercakap secara terbuka tentang skandal 1MDB sewaktu beliau merasmikan Mesyuarat Umno Bahagian Cheras baru-baru ini, dalam tempoh 24 jam beliau terpecat.

Rata-rata ahli Umno amat kecewa kerana pemimpin mereka masih gagal di dalam melakukan perubahan.  Najib yang memperkenalkan transformasi di dalam pentadbiran kerajaan, ternyata beliau gagal merealisasikan di dalam partinya sendiri.  Kezaliman terus berlaku dan Umno terus kekal dengan corak pemerintahan di era Mahathir.   

Di zaman Mahathir, Musa Hitam menjadi mangsa.  Kemudiannya DS Anwar pula yang memecah rekod Timbalan Perdana Menteri yang dipecat dari kerajaan dan parti malah lebih zalim lagi terus difitnah seterusnya terpenjara.  Rekod beliau ini belum ada yang mengatasinya.  Jika Musa Hitam keluar dengan sendirinya, Muhyiddin pula dipecat, bezanya beliau tidak diaibkan atau difitnah.  

Ternyata umno semakin parah dan hilang kredibiliti untuk menjadi tunjang kerajaan yang memerintah.  Bagaimana Umno mahu menunjukkan contoh kepada rakan-rakannya di dalam Bn yang sedang berkrisis seperti MIC, jika Umno lebih parah dari MIC?  Umno kini ditertawakan oleh MIC.  Waktu ini menjadi ahli Umno adalah amat memalukan.

Sering kita sebut, ramai ahli Umno yang selama ini tidak peka kepada kezaliman seperti yang telah berlaku kepada DS Anwar, tetapi apabila berlaku atas batang hidung mereka sendiri, baru mereka kenal apa itu kezaliman.   Masih adakah yang berminat untuk terus dikenali sebagai orang Umno?  Tidak malukah sesiapa atau mana-mana parti yang ingin bersama umno?  Di mana muka pemimpin parti politik yang selama ini setuju Najib terus berkuasa sehingga PRU14 ini hendak menyorokkan muka mereka?

16 ulasan:

  1. kah kah kah!
    Tindakan PM Najib membuang timbalannya ada tepat. PM Najib tidak akan melakukannya tanpa melihat ke kiri dan ke kanan atau ke bawah dan ke atas. Beliau memperolehi pengajaran yang paling berguna dari bekas ketuanya dr. Mahathir.
    Semasa penyikiran Anwar yang dianggap lebih perkasa dan terpengaruh berbanding Muhyiddin. Dr Mahathir berjaya menyikir semua tentangan terhadapnya, setelah beliau menggunakan kelemahan kepimpinan UMNO disemua peringkat.
    Ramai pimpinan UMNO menyatakan sokongan kepada Anwar dan berpendapat bahawa Anwar tidak bersalah. Namun kelemahan dan rahsia telah mengunci mulut mereka dan menjadi rantai untuk bersama Anwar. Akhirnya bukan sahaja mereka tidak dapat bersama Anwar, bahkan mereka menentang Anwar seperti musuh yang paling dibenci.
    Siapa dari kepimpinan UMNO yang suci dari masalah. Masalah yang ada bukan sahaja akan menyusahkan mereka, bahkan boleh menyebabkan mereka akan tinggal berjiran dengan Anwsr.

    BalasPadam
  2. hj hadi,harun din......akan sentiasa backing

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju sangat, umngok masih kuat sebab ada parti simpanan iaitu parti amanat sushi.

      Padam
    2. Sabar tuan.. Pusingan pertama TGHH dah terbukti betul.. kalau diikut kata pembangkang lain yg awalnya nk jatuhkan najib, pasti kini muhyidin dah ambil alih maka UMNO bertambah2 lah kuat kembali di kala pembangkang yg kini agak lemah..
      Sekarang tgk apa dah jadi.. bertambah porak peranda UMNO bila TGHH 'memberi' sokongan yg membawa rebah!! Dan bertambah lah kucar kacir UMNO kini.. bacaan politik yg cukup 'unexpected'..😄

      Padam
    3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  3. menyokong umno dan menyokong pimpinan dua perkara berbeza. Kezaliman umno dan kezaliman pemimoinannya juga berbeza.

    BalasPadam
  4. Muhyiddin patut kecewa digugurkan. Tapi yg herannya yg kalah bertanding lebih2 pulak meroyan hingga nak tubuh parti baru.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Orang UMNO bukan kaki lawan bagi menegakan kebenaran sbb itu dapat merdeka dg meminta sedekah dan jadi pak turut pada penjajah sama seperti orang Tanpa Nama. Orang Tanpa Nama ni kita nak panggil apa haa??????

      Padam
    2. Tapi ada lagi yg paling menakjubkan, dah dihalaunya melalui undi cai, marah pulak bila orang nak tubuh parti baru...ingat!!!! keluar parti bukannya keluar ugama..

      Padam
  5. Bagaimana kalau muhyiddin masuk pkr....?????????????

    BalasPadam
  6. PKR dah mereput...

    BalasPadam
  7. Kah kah kah PKR mmg dah mereput dan membusuk ............... sbb tu nama besar spt profesor Aziz Bari pun lari masuk DAP ............ ayuh macai dpd terus menerus menjadi balaci DAP lebih terus jadi ahli DAP sebenar .......... serlahkanlah dirimu yg sebenar tak usah terus diselubungi oleh kemunafikan !

    BalasPadam
  8. Kah kah kah PKR mmg dah mereput dan membusuk ............... sbb tu nama besar spt profesor Aziz Bari pun lari masuk DAP ............ ayuh macai dpd terus menerus menjadi balaci DAP lebih baik terus jadi ahli DAP sebenar .......... serlahkanlah dirimu yg sebenar tak usah terus diselubungi oleh kemunafikan !

    BalasPadam
  9. PKR - Parti Kian Reput.

    BalasPadam