Jumaat, 18 September 2015

HABIS IDEA, WALAUN MAIN ISU LOGO AMANAH


SAMADA logo Amanah itu diciplak atau ianya satu kebetulan, dari segi kebijaksanaan untuk mempromosikan parti baru ini lebih baik ianya ditukar.  Lagi pun Parti Amanah Negara belum pun didaftarkan atau diluluskan oleh ROS dan belum pun ada bendera resmi Amanah ini.

Memanglah logo itu tiada kaitan dengan dasar atau prinsip parti berkenaan.  Baik atau buruknya parti itu terletak pada dasar dan kepimpinannya.  Namun, logo itu tidak kurang pentingnya kerana melalui logo dan bendera itu nanti segala program dan aktiviti Amanah ini boleh dipromosikan.  Tidak lah bijak jika ada logo lain yang seakan-akan menyerupai logo Amanah.

Biarkan bendera Pas dikatakan seakan bendera Jepun mahupun Bangladesh atau mana-mana sekalipun, bahkan Jalur Gemilang pun seakan-akan bendera Amerika Syarikat, namun memandangkan Amanah masih baru dan masih belum diluluskan oleh ROS, maka tidak terlewat untuk menukar logo berkenaan.

Cuma pelik sedikit apabila yang kecuh tentang logo Amanah ini adalah dari walaun.  Mungkin sudah kehabisan idea untuk mencari salah dan silap Amanah.  Percayalah, jika logo Amanah ini nanti ditukar, walaun hati busuk ini tetap terus mencari salah Amanah.  Maklumlah, "Bai'ah cerai talak tiga" sudah tidak laku lagi kerana di dalam dunia ini bukan Pas sahaja yang ada Ulamak.  Mereka yang berani keluar Pas yang terikat dengan Bai'ah ini lebih awal mendapatkan pandangan dan hukum berkaitan isu Bai'ah cerai talak tiga ini.

Jadi, tidak pelik jika mereka menggunakan isu logo Amanah sebagai satu isu besar seolah-olah berdosa besar menggunakan logo yang hampir sama dengan pihak lain.  Lucunya mereka tidak cermin parti mereka sendiri.  Bukankah puak-puak ini memang suka menghukum?




9 ulasan:

  1. Logo tu boleh tukar sebab tak melibatkan ugama dan akidah tapi bab talak tiga ni pada aku kena rujuk kepada mahkamah. Ulamak sebelah sini cakap jatuh talak, ulamak sebelah sana cakap tak jatuh. Jadi, kena cari pihak yang betul-betul neutral untuk membuat keputusan. Yang terkesan adalah individu tu sendiri. Kalau tak jatuh talak, alhamdulillah, tapi kalau jatuh talak, mcm mana? sanggup ke tanggung dosa bersedudukan sampai akhir hayat? Hidup didunia ni walau seratus tahun sekalipun tak sampai satu saat pun dibandingkan waktu di akhirat. jadi, fikir-fikirkan lah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu antara dia dgn Allah...x yah kamu sebok2. Lg pun dia dah memilih kaedah fekah yg dibenarkan. Jd apa lg nak kecoh2...

      Padam
    2. SAYA SANGAT BERSYUKUR ATAS REJEKI YANG DIBERIKAN KEPADA SAYA DAN INI TIDAK PERNAH TERBAYANKAN OLEH SAYA KALAU SAYA BISA SEPERTI INI,INI SEMUA BERKAT BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA YANG TELAH MEMBANTU SAYA MELALUI NOMOR TOGEL DAN DANA GHAIB,KINI SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTANG-HUTANG SAYA BAHKAN SAYA JUGA SUDAH BISA MEMBANGUN HOTEL BERBINTANG DI DAERAH SOLO DAN INI SEMUA ATAS BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA,SAYA TIDAK AKAN PERNAH MELUPAKA JASA BELIAU DAN BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU OLEH RAWA GUMPALA MASALAH NOMOR ATAU DANA GHAIB SILAHKAN HUBUNGI SAJA BELIAU DI 085 316 106 111 SEKALI LAGI TERIMAKASIH YAA MBAH DAN PERLU ANDA KETAHUI KALAU MBAH RAWA GUMPALA HANYA MEMBANTU ORANG YANG BENAR-BANAR SERIUS,SAYA ATAS NAMA PAK JUNAIDI DARI SOLO DAN INI BENAR-BENAR KISAH NYATA DARI SAYA.BAGI YANG PUNYA RUM TERIMAKASIH ATAS TUMPANGANNYA.. DANA DANA GHAIB MBAH RAWA GUMPALA

      Padam
  2. TAPI LOGO PAS PULAK
    CIPLAK
    BENDERA JEPUN DAN BENDERA BANG LA DESH

    BalasPadam
  3. Org x AMANAH yg sesukahati langgar sumpah x peduli semua tu.. asalkan DAP suka no hal..

    BalasPadam
  4. Amanah sangat bila dapat duit dr DAP. Sanggup gadai ugama demi menjaga hati DAP. Tahniah krn dipimpin oleh ulamak tersohor mat sabu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kau hari2 pergi belanja beli barang kedai DAP apa jadah

      kan bagi umnu semua cina DAP

      dungu

      Padam
  5. 1 MALAYSIA pun tiru kan....

    BalasPadam
    Balasan
    1. 1 israel

      dlm dunia ni tkde benda yg tk tiru

      tiru benda yg elok memang baik

      tp kalau benda tk baik jgn kita tiru... walaupun ia dtg dari seorang yg mengaku ulamak dan org yg mengaku dr parti isle

      ingat, imam dh kena lempang dek org gila

      jgn sampai Allah hina ulamak pula mcm tu nnti

      Padam