Jumaat, 4 September 2015

KEADILAN JANGAN SILAP PILIH KAWAN

Bukan rahsia lagi, kepimpinan Pas yg diwakili oleh Timb Presiden, Ustaz Tuan Ibrahim dan beberapa pimpinan kanan Pas telah mengadakan pertemuan dengan kepimpinan KEADILAN yg diketuai oleh Presiden, DS Wan Azizah dan beberapa pimpinan kanan juga.

Dikatakan, KEADILAN menawarkan jalan damai semua parti Pembangkang sebagaimana yg dihajati oleh Ketua Umum DS Anwar yg kini berada di penjara. KEADILAN khabarnya memberi cadangan agar Pakatan Rakyat 2.0 melibatkan KEADILAN, Pas, Dap dan GHB (Amanah).


Namun, idea ini ditolak oleh Pas terutamanya apabila melibatkan Dap yg mana Pas telah meluluskan di dlm muktamar mereka hubungan dengan Dap telah putus. Bak kata Ustaz Tuan Ibrahim, keputusan MSU wajib dipatuhi oleh Pas. Tentang GHB pula, Pas berpendapat GHB tidak ada beri nilai tambahan kepada Pakatan Rakyat jika menerima parti baru tersebut.

Ertikata lain, Pas menolak idea perpaduan yang mahu diusahakan oleh KEADILAN.

Hari ini, kita dImaklumkan pula bahawa GHB (Amanah) enggan menerima Pas sebagai rakan di dalam Pakatan Rakyat 2.0. Hujah mereka, Pas sudah pasti tidak dapat bekerjasama dengan Dap dan tentunya Pas tidak selesa juga dengan GHB (Amanah). Mana mungkin Pakatan Rakyat 2.0 boleh mantap di dalam keadaan sedemikian? Maka, keputusan GHB (Amanah) ini selari juga dengan kehendak Pas. Masing-masing tidak mahu bersama.

Pendapat aku, aku tidak salahkan DS Anwar atau KEADILAN yg mahu usahakan perpaduan kerana memang kita digalakkan menyatukan pihak yang berbalah. Namun, KEADILAN harus terima hakikat bahawa masing-masing ada prinsip dan sebab musabab untuk menolak usaha KEADILAN itu. Pas dengan hujahnya dan GHB (Amanah) pula ada fakta lojiknya tidak bersetuju Pas berada di dalam Pakatan Rakyat 2.0. Setakat ini aku tidak tahu apa pendapat Dap.

Pendapat peribadi aku, jika KEADILAN benar-benar ingin wujudkan Pakatan Rakyat 2.0, kita mestilah tahu siapa yang betul-betul ikhlas untuk bersama kita. Kita patut tahu, siapakah di kalangan rakan-rakan kita yang selama ini sanggup bersusah dan bersenang bersama kita. Kawan yang baik adalah kawan yang tahu menghormati kita dan tidak sesekali menyakiti kita. Kawan yang telah menunjukkan kesetian berkawan bahkan kawan yang sanggup berkorban tatkala kita susah, itulah kawan kita yg patut kita jaga.

KEADILAN jangan silap pilih kawan. Menyesal kemudian tidak berguna!!

32 ulasan:

  1. Pilih pas , aku lepas tangan takkan undi PKR

    BalasPadam
    Balasan
    1. DIHARAP ADA PIHAK YG BUAT LAPORAN POLIS, JAKIM DAN ROS TERHADAP SEBUAH PARTI DI MSLAYSIA KERANA MEMPERKENALKAN AMALAN BAIAH SONGSANG HINGGA MEMECAHBELAHKAN KEHARMONIAN KELUARGA SERTA MENJEJASKAN KESUCIAN AGAMA ISLAM. TINDAKAN TEGAS PERLU DIAMBIL KPD PARTI TERSEBUT SEBELUM KEADAAN BERTAMBAH PARAH DAN MENJADI AMALAN TIDAK SIHAT DI NEGARA KITA. SIASATAN PERLU DIBUAT SAMADA IA BERTENTANGAN DGN ISLAM ATAU TIDAK SERTA SELARI DGN PERLEMBAGAAN PARTI ATAU SEBALIKNYA. DIHARAP ADA TINDAKAN SEBELUM AGAMA ISLAM YG SUCI INI TERCEMAR DENGAN TINDAKAN AHLI POLITIK YG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB.

      Padam
    2. Langgah bai'ah boleh dipanggil AMANAH ke?

      Padam
    3. Baiah, Tuan presideng dgn parlimen macamana selalu ponteng parlimen..lagi mahu bela benang yg basah..Sealau cakap tak serupa bikin

      Padam
  2. Sudahlah Pakatan berpecah.Pas berpecah.peprangan sekarang adalah antara Pas dan GHB ,PKR bagamana ni .takan tak tahu perasaan peminpin GHB dan pengikut yang terlalu benci dengan Pas.Janagnlah terlalu lembut untuk bersetuju dengan Pas.sepatutnya kita biarkan dulu Pas bersendirian atau dia bersama dengan Umno dulu.kita tenguk sejauhman Pas hendak pergi .Biarakan .ini tidak ,belum apa2 Wan AZIAZAH seolah2 terus terima semula Pas.Ajarkan dulu perbuatan khianat dia tu.nanti kami merajuk kalau PKR bersama dengan Pas.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak merajuk silakan.. korang bkn ramai pun org melayu..

      Padam
    2. hahahahh..dulu tuang preding ko halau semua jebon-jebong...tapi sekang kenapa melalut sakan..Kalau PAS kuat dia buat DEK ajerr...hahahhaha..Kata 9k sebulan ahli baru...kenapa nak kesah parti nyamuk..hahhahhah

      Padam
  3. Satu hari di kelas 6C.

    Cikgu Yuzaidi: woi hadi mung kijo tak buat asyik tido, ponteng, tido. Esok besar mung nak jadi apa hah!
    Hadi : buat gapo belajar rajin2 buat rugi keno bayar ptptn. Baik dapat result teruk lepas tu gi KU... di kedah atau g timor tengah. Balik senang masuk KPM jadi che gu sekolah.
    Murid-murid lain: btoi juga mung nghoyak, abe aku upsr teruk pak die hantar p sar di penang tup2 dpt masuk uia. Sekarang ni dah jadi tukang baca doa di sk.
    Hadi: kawan2 jom main kepimpinan melalui tauladan.
    C. Yuzaidi : grr begang tapi btui juga aku sendiri jgn kata spm, upsr teruk, pentas kecemerlangan pun aku tak pernah naik kui kui kui.
    ****
    Kepimpinan melalui teladan.

    BalasPadam
  4. biarkan pkr,pas dan umno,dan entah apa2 lagi bersama.....ghb,dap dan parti sosialis dlm satu pakatan.....kita pun tahu parti sosialis sentiasa bersama2 dgn pakatan dlm apa2 keadaan sekali pun,dr nasir,aru dan dr jaya sentiasa bersama2 kita dlm men entang kezaliman umno pada rakyat marhaen,selama ini pun yg menolak parti sosialis secara total untuk bersama2 pakatan ia lah pkr,kini pkr dan join pas umno,maka pakatan terima le parti sosialis ikut serta dlm pakatan....semoga kita pakatan 2.0 bertambah kuat,aku 32 thn ahli pas seumur hayat,kini aku akan tinggalkan pas dan aku rasa nak masok parti sosialis je....aku rasa berjuang bersama2 golongan marhaen lebih ikhlas....daripada aku tertipu selama 32thn jadi ahli pas kerana selama ini aku mengharapkan kaum alim ulamak le membela rakyat2 yg tertindas akan tetapi ulamak2 sekarang telah mengunakan ugama sbagai jambatan mereka untuk jadi kaya,pakai kereta besar,bini banyak,rumah banglow,pakai perhiasan mahal2,makan sedap2....tapi rakyat marhaen menangis air mata darah demi men eruskan kehidupan yg semakin terhimpit....hanya org miskin le aje yg akan merasa apa yg o-org miskin rasa.....org kaya bertambah kaya....org miskin hidup terus menderita....di mana kah hak org2 miskin ini......org kaya tiap2 tahun buat haji dan umrah.org miskin makan ikan busuk dan bubor nasi untuk meneruskan hidup yg serba dhaif ini........YA ALLAH kau beri le kami rakyat marhaen kekuatan jiwa dan kau bantu le kai ...YA ALLAH kami berserah pada mu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cikmatgelap merasakan baru dapat hidayah setelah 32 thn bergelumang dlm PAS.. adakah hidayah itu kerana GHB lebih wala' kpd DAP? Selama ni pas x mahu tunduk pd DAP!!

      Padam
    2. Asyik-asyik perkauman, apa kena mengena dgn DAP, Masaalahnya presiding ko tu cakap tak serupa bikin...peghii dah..kalau MP PAS berjuang kerana islam dah lama MP Temerloh dan bukit gantang letak jawatan...disitu mereka menang kerana DAP CINA..da berani ka..letak jwatan..cakap berdegar-degar islam,perkauman cina...la..BILA BAB FULUSSSS....SEMUA habiss hancussss...PAS .PARTI AJARAN SESAT...

      Padam
  5. Sudah terang lagi bersuluh, takkan PKR TAK NAMPAK KOT, Nak masuk lubang anakonda kali ka berapa!!!kak wan ingat tak last sekali pilihanraya kat permatang pauh!!siapa yg buat onar last-last minute kak wan,habis geng-geng ug hasut orng kg supaya jgn undi kak wan,siapa yg datang tolong kak wan!!!itu tak kira geng2 ni belasah kak wan masa MB selangor dulu,tak kira mereka main kayu tiga di damansara,tak kira lagi kat sg nibol pi mkn pil kuda, tak kira lagi kat ganu dan kat semenyih, betapa EKSYENnya depa bila tawan Kedah.Depa kata tak payah pakai buku jingga.Menag terengganu apa geng2 PKr dapat.Tapi Pas ADA SATU dun SAJA DEKAT PENANG, Tapi dia dapat lebih seribu jawatan dibawah DAP.. Kawan macam ini tak boleh pakai, dia dah bagi tahu, dia sahaja nak jadi KETUA (walaupun hampeh),tak pernah nak berterima kasih pada kawan2/rakan2 yg menolongnya.MOTTO PAS, HAK KAMU HAK AKU...HAK AKU..AKU PUNYA..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Di permatang pauh pas kurang bantu sama juga di rompin pkr kurang bantu.. tp pas x merungut pun.. pas berjiwa besar..

      Di sgor, pas terpaksa akur pd sultan sgor berbanding PR.. wpun itu langkah yg pedih tapi itu yg paling tepat..

      Berkenaan 3 penjuru, pkr kurang berhati2 dlm memilih calon..sbb tu pas terpaksa bertindak krn bimbang akan kejadian lompat parti di perak berulang.. kalau ketika itu adun pkr ada langgan pelacur cina dan ini diakui di tv, apalah sgt dgn tuduhan pil kuda yg kurang besar berbanding pelacur cina..

      Di penang pas dpt jawatan banyak kerana ahli pas ramai berbanding pkr..



      Padam
  6. Jangan mengharap hasil yang besar dalam PRU 14 nanti, PAN masih baru lagi tetapi untuk long term gabungan PKR,DAP dan PAN akan membuahkan hasil yang hebat terutama bagi genarasi muda

    BalasPadam
  7. Dulu Kita kata Pas lalang

    Nampak gaya.... Pkr dah start melalang

    Takut kena tangkap masuk lokap tak mcm pemimpinnya Anwar Ibrahim... Anak buah Anwar suka ambik jalan PLAY SAFE ..

    PAKATAN 3.0

    DAP AMANAH PERKASA

    ( mintak tolong daftar perkasa sebagai party politik )

    Vs

    PKR PAS UMNO

    BalasPadam
  8. PARTI PAS DAN PERLEMBAGAANNYA TAK ADA YANG SALAH TAPI SEGELINTIR PEMIMPINNYA YANG SALAH DAN BERBUAT ONAR > SEMUA ini kerana DIA dan pemimpin jemaahnya kunun pewaris nabi TAPI
    1.dia hina presiden pkr konon tak ada kelayakan jadi mb?
    2. Muktamar dan dewan ulama memutus dgn DAP Penang TAPI MASIH KEMARUK nak pegang jawatan di Penang, letak jawatan la KALAU MASIH ADA TELUR DAN MARUAH- lain le kalu masih cinta duit untuk bayar bil letrik dan kereta ha ha ha
    3. ahli mengeboo pemimpin2 pro, sebelum muktamar suruh keluar parti TAPI bila nak tubuh GHB slps muktamar mereka mula MEROYAN
    4. dia gagal bentang ruu dlm mesyuarat pr wlpn dah janji?
    5. dia dan penyokong2 melabelkan pemimpin2 pro dgn pelbagai gelaran jebon, tolol, barua yg tak Islam? tp mulut isle isle kunun padahal mcm mulut Longkang
    6. masih lagi bertahaluf siyasi dgn dap di Selangor dan kutuk PKR tp masih mau bersama-sama geng PKR takut parti lenyap pengaruh.
    7. Jadi calon Pas kena Cagar BINI.....Baiah yg bidaah-kesesatan
    8. dia selalu ponteng sidang parlimen?
    9. dia mencanangkan hudud Allah swt tapi tak ada satu hudud pun dlm ruu yg nak dibentangkan diparlimen yg DIA ponteng?
    10. Macam merestui pemilihan muktamar lebih jilake dari Israel @ yahudi dengan MENGGUNAKAN CAI, Ulama pas pula MACAM seronok gila guna Cai
    dan banyak lagi...AKU MEMERHATI KEHAIRANAN KELAKU MEREKA

    BalasPadam
  9. Itulah politik...
    Masing2 ada buah silat yg tersendiri...
    UNTUK MENGALAHKAN UMNO BN-GST (TerBaN-GSaT), TIDAK ADA SATU PON PARTI2 PEMBANGKANG YG BOLEH BERSENDIRIAN, WAJIB BERSAMA... SEKURANG2NYA BERSAMA DARI SEGI, PEMBAHAGIAN KERUSI UTK BERTANDING... WALAUPON TIDAK BERSAMA DLM SATU PAKATAN.
    PAS BERTANDING KAWASAN DIA SENDIRI..
    PKR BERTANDING KWS CAMPORAN.
    DAP BERTANDING KWS MAJORITI CINA.
    AMANAH? KEMUNGKINAN KAWASAN PKR JUGA.

    HANYA FORMULA INI SAJA YG MEMBERI KEMENANGAN KPD PEMBANGKANG.

    KPD PARTI AMANAH, SILA PANCING AHLI2/PEMIMPIN2 UMNO, YG KECEWA DGN UMNO, ANAK2 MUDA ATAS PAGAR, ANAK2 MUDA TAK PERNAH MENGUNDI, ANAK2 MUDA DR NGO2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju tuan.. tapi PAS perlu juga bertanding kawasan DAP utk memberi peluang kepada calun dari DHPP..

      Padam
  10. Anwar mudah sangat percayakan org, bila dah terkena menyusahkan, Pascai khianat tahaluf siyasi PRU 13 tanding 3 penjuru, Pascai ni lakonan dia hebat, PRU14 BN akan dpt 2/3. Jika Pascai tak ditendang keluar dr PR, no vote 4 PKR kita keluar PKR.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anwar dok dalam mana dia tahu apa..

      Azming dok cerita karut nak tambah pas dalam pakatan 2.0..

      Elooo pas dah bungkus... Cawangan dah tutup... Ketua ketua kawasan dan org kuat politik pas dah cabut..

      Apa ada pada pas? ..maaf cakap mcm.kutu dok merayau nak menempel dgn PKR jer... Betul ahli pas pun org islam tapi ayoh pin besut pun dulu mgaku islam..

      Nak kesian tengok ahli pas dok menempel dgn kerajaan negeri utk beli susu anak.. Dah tu sapa suruh amalkan ajaran sesat...kembali ke jalan yg benar pilih parti yg benar selain pas dan umno

      Jgn kita menyesal Pas tutup kedai dan ahlinya merempat... Dulu umno bungkus di Selangor ada siapa memangis? Ada melayu memangis ?

      Padam
    2. Tak sedar diri rupanya malaysiabaru ni. Masa mng pru 13 parti PR mana yg paling kurang dpt kerusi sgor ?

      Padam
    3. Masa pru 13 party mana khianat pakatan rakyat ... Lawan kerusi milik kawan sendiri ??

      Padam
    4. Dah dijawab di atas sila baca..

      Padam
    5. Baca ka pebenda, memang PAS parti kianat, rakan, itupun nak bela lagi.

      Padam
    6. Ye ke khianat.. sekarang GHB kata kalau majoriti ahli kata tolak hudud GHB akan akur.. fuuuhhh lega.. nasib baik mereka dah keluar PAS.. sbb tu aku idamkan sgt2 mereka keluar parti..sampai tahap tuh.. mengerikan.. kalau mereka masih ajk pas benda mengarut ni yg nak diperjuangkan.. gumbira gumbira gumbira...

      Padam
  11. Bila Melayu Bangsat ingat Islam dia lebih dari orang lain,Inilah akibatnya.Ingat syurga tu untuk dia dan keluarga dia saja.Belum tentu lagi.

    BalasPadam
  12. PAS tanpa Hadi dan golongan fanatik boleh bekerjasama dengan PKR dan DAP. Syarat: patuh pada syarat bersama. Jika tidak boleh, maka elok PAS bersendirian.Jika hudud menjadi keutamaan PAS, maka tak sesuai lagi berada dalam Pakatan Rakyat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. PAS yg sepatutnya bg syarat.. korang sapa? Boleh ke tarik ramai melayu turun Bersih 4..?

      Padam
    2. Aku x pegi dn ramai juge kenkawan x pg tp sume sokong bersih dn ghb..apa hal

      Padam
  13. anwar dan pkr nak idup pn mintak ehsan pas lagi byk cakap…ghb baru tubuh parti..belum pn masuk pr…dh buat masalah…suka2 pulak nak arah sana sini..mcm mak bapak dia punyer PR tu….Din. ketua kau tu bagi sedar ckit….ajak2 lar duduk masjid

    BalasPadam
  14. ahhh tenang nyer parasit anwar dh keluar pas...

    BalasPadam
  15. Sama2 kita turun 16sept nnt di bkt bintang. Jgn lupa pkai tshirt merah ya. Tunjukkan kekuatan melayu kita pula....

    BalasPadam