Rabu, 30 September 2015

TENTANG KHUTBAH BERUNSUR FITNAH DAN CETUS UNSUR PERKAUMAN

BARU-baru ini kecuh isu Khutbah Hari Raya Aidil Adha di seluruh Negeri Pahang yang dikeluarkan JAIP mengandungi unsur-unsur perkauman, sentimen keagamaan berupa fitnah dahsyat terhadap Dap.  Meskipun nama Umno, PKR, Pas dan Amanah disebut, namun Dap disebut dengan jelas sebagai parti anti Islam.

Masyarakat yang bijak mesti tertanya-tanya apakah hanya Dap sahaja yang kononnya anti Islam?  Bagaimana dengan MCA atau Gerakan?  Jika Dap dikatakan anti Islam hanya kerana tidak bersetuju dengan hukum Hudud, apakah MCA dan Gerakan bersetuju dengan Hudud?  Bahkan, Umno sendiri belum pernah bercita-cita untuk melaksanakan hukum Allah tersebut meskipun telah memegang tampuk kuasa melebihi 50 tahun.  Lupakah kita bahawa Umno melalui kuasa yang ada pada mereka pernah menghalang hukum Hudud dilaksanakan di Kelantan?  Tidakkah kita tahu Umno juga melalui kuasanya telah menggagalkan RUU Akta Syariah yang dibawa oleh Hj Hadi dari dibahaskan di Parlimen?  Bukan sekali Umno menunjukkan sikapnya seolah-olah tidak suka kepada hukum Islam.  Mengapa ini tidak langsung disentuh di dalam teks khutbah tersebut?

Tidak lain tidak bukan hanyalah kerana minda kita termasuk orang-orang yang memegang kuasa di institusi agama buta sejarah atau tidak mengambil tahu perkembangan politik tetapi mahu bercakap seperti orang politik.  Kalau lah Lim Guan Eng berkata, paling kurang pun peruntukan perkembangan syiar Islam di P.Pinang lebih jauh tinggi berbanding di Negeri Pahang, tentu malu kita di Pahang.  Itu belum lagi Lim Guan Eng kata, bumi P.Pinang tiada Pusat judi terbesar seperti di Genting.  Atau, Guan Eng cabar Tok Peti Pahang usulkan agar Pahang laksanakan hukum Hudud.  Guane gamaknya?

Pelik lagi ajaib, PJ Pas Perak, Razman Kastam pun sokong teks khutbah berunsur fitnah tersebut.  Beliau tidak baca pun teks berkenaan tapi terus menyokong buta.  Begitukah contoh akhlak Islam yang mahu kita tunjukkan kepada Non Muslim?  Razman lupa, mimbar masjid pernah digunakan untuk memburuk-burukkan Pas sebelum ini.  Itu dulu, mungkin tidak lagi sekarang.  Sebab apa?  


11 ulasan:

  1. PAS TAK SALAH TAPI SEGELINTIR PEMIMPINNYA KUNUN ULAMA TAPI MEMBAWA ONAR PADA LEBEL ISLAM SEPERTI
    1. Pemimpin yg bermulut longkang yg membarua, mentolol dan menjebon Jemaah sendiri.

    2. Mengamalkan kekarutan Baiah mencagar isteri. Kenapa tak lump sum ahli pun cagar bini masing-masing

    3. Muktamar dah kata putus dgn DAP tapi masih terhegeh - hegeh pegang jawatan di Penang. Sayang elaun ke. Maruah macamana ?????

    4. Dulu merepek anjing tapi kini merepek salak Babi kat bukit pulak dlm kongres

    5.Sebelum muktamar bukan main nak halau mat sabu dan rakan, tapi lepas muktamar bila nak tubuh parti baru MEROYAN pula lebai lebai semua

    6. Paksa yb yg keluar letak jawatan. Gila ka, kalau letak 5 tahun tak boleh bertanding pilihanraya.

    7.SAYA sedih PKR curi YB Pas, ini sudah menghina, memperlekeh PAS. Tp ajak join Pakatan 2.0 tp curi MP Pas. Ini khianat jadi Pas mesti tinggalkan PKR dengan meletak jawatan exco di Selangor. Woii depa curi MP Pas tu. Tak kan nak tengok ja, Lain la kalau Amanah yg curi kurang la rasa kena KENCING nya. Mana Maruah Pas.

    AKHIRNYA AKU MEMERHATI KELAKU MEREKA SEPERTI AKU MEMERHATIKAN USTAZ USTAZ SAMPUL.....selamat tinggal pas yg akan bungkus di pantai barat dan jd suam suam kuku di pantai timur kerana 3 penjuru. YG CANTEEK UMNO AKAN KEMBALI DI KELANTAN.

    MEMBANGUN BERSAMA KEPIMPINAN CAI

    BalasPadam
  2. Mengapa sahibulsamahah mufti Pahang tidak menggunakan pendekatan nasihat cara berhemah bukan sebagai menyokong sebelah pihak ,ini tidak adil bagi ketua agama islam cara begitu.biar kita tunjuk islam ini indah dan disenangi oleh semua agama dan orang kafir,tetapi akalu begini caranya mana ada bangsa kafir hnedak mendekati islam .mufti seharus bijak mneggunakan fikiran untuk berdakwah.bukan cara tersebut.malu aku.

    BalasPadam
  3. Apa2..jgn usik dap...mengamuk kami nnt...

    BalasPadam
  4. Baik khutbah atau apa sahaja kalau dari kerjaan ni selalunya susah dipercayai kerana selalunya tidak betul. Bayangkan misalnya berita jam 8 malam tadi yang menyebut bahawa DAP memainkan isu perkauman untuk mengekalkan pengaruh. Sekali dengar macam ok. Cuba fikir dua atau tiga kali ayat tersebut. Bagi saya ayat itu menggambarkan ramai rakyat Malaysia yang menyokong isu perkauman. Itu sebab DAP kekal utuh. Betulkah begitu.

    BalasPadam
  5. heran apa PAS yang selalu menghentam Umno dan kepimpinannya disetiap kutbah dimasjid2,mistilah menyokongnya,sekarangni Amanah pula jadi sasaran,harap2 dilain masa jangan guna faedah kepartian didalam masjid,baik ceramah,pengajian,kutbah,kerana dlm masjid macam2 jemaah ada

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku setuju ,dalam masjid gunakan tempat kempen hentam Amanah dan pakatan ,puji BN ,Pas dan MCA,

      Padam
  6. mufti pahang sila isi borang umno atau pasug...

    bertanding PRU14

    dulu konon tak boleh berpolitik dlm masjid.. sekarang dia yg langgar

    BalasPadam
    Balasan
    1. mufti ni tak payah isi borang .dia dah comform sokong BN ,sekarang dia dapat sokongan dari Pas lagi.makin hebat dia nanti.kita minta dia teruskan membantai DAP dalam setiap khutbah jumaat.

      Padam
  7. berani ke mufti pahang ni cerita pasal rompakan balak

    atau pasal minum arak

    atau pasal berjudi kt genting highland

    nak mampuss.... tak makan nnti mufti ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Woi ,kau ingat mufti pahang makan nasi ke .dia hanya makan menggunakan niat aje,semua pakai niat aje,dia tak cakap fasal rompak balak,minum arak berjudi sebab dia tak tahu pun hal itu.habis cerita,

      Padam
  8. Suara mufti Pahang dan Kelantang amat ditunggu2 oleh pemimpin Parti Almalaun Semalaysia...suara UG.

    BalasPadam