Ahad, 20 September 2015

USAH DILAYAN KEPADA YANG TIDAK SUDI SERTAI PAKATAN 2.0

RAMAI yang ternanti-nanti apakah keputusan samada KEADILAN menerima Pas bersama di dalam Pakatan 2.0 di dalam keadaan ramai pemimpin Pas sendiri menunjukkan tidak berminat untuk sertai Pakatan 2.0, tetapi masih berminat dengan KEADILAN.

Kita bicara sekarang bukan tentang hubungan KEADILAN dan Pas.  Semua sedar, jika hanya KEADILAN dan Pas sahaja berjuang untuk menjatuhkan rejim, sudah pasti gagal bahkan apa yang ada pada KEADILAN dan Pas turut hancur.  Ertinya, Pakatan 2.0 bukan berkisar di antara KEADILAN dengan Pas sahaja.  Pakatan 2.0 itu mestilah turut melibatkan Dap dan parti baru iaitu Amanah.  

Sehari dua lagi Kak Wan akan lihat di dalam perjumpaan meja bulat siapakah pimpinan parti di dalam KEADILAN, Pas, Dap dan Amanah yang benar-benar berminat untuk mewujudkan Pakatan 2.0.  Tidak perlu wujud 'block' lain di dalam Pakatan 2.0 kerana strategi itu pasti gagal.  Sekarang tidak macam dulu yang boleh diasingkan sesama Pembangkang.  Sekarang semua kaum mahu melihat satu pakatan baru yang bersatu.

Setakat ini aku yakin, Pas pasti tarik diri dari menyertai Pakatan 2.0 namun mahu teruskan kerjasama dengan KEADILAN.  Aku harap KEADILAN jangan buat kerja gila dan bodoh seperti ini.  Jika mahu terima Pas, pastikan Pas juga boleh terima rakan-rakan yang lain iaitu Dap dan Amanah.  Jika Pas tetap tidak mahu terima Dap dan Amanah, ertinya Pas mahu agar Pakatan 2.0 tidak melibatkannya.  KEADILAN mesti teruskan Pakatan 2.0 walaupun tanpa Pas.  Jika serius Pas menolak, mahu tidak mahu Pakatan 2.0 mestilah ada di dalamnya KEADILAN, Dap dan Amanah.

Cukup-cukuplah bermain selamat kerana kamu tidak akan selamat jika tidak mahu mendengar suara di bawah.  Di bawah mereka mahu Pakatan 2.0 itu bersatu.  Tidak perlu ada Pakatan 2.0 di sebelah kanan, satu lagi pihak pembangkang tetapi di antara KEADILAN dan Pas saja.  Itu kerja main-main dan tidak serius untuk menumbangkan rejim.  Jangan buat main-main dengan rakyat.  Nanti, yang dikejar tidak dapat, yang dikendung keciciran.

Kak Wan selaku Ketua Pembangkang mesti tegas.  Harus terima parti-parti yang berminat untuk sertai Pakatan 2.0 sahaja, tanpa syarat ataupun ugut.  Yang tidak berminat dan merasa mereka kuat, hormati pandangan mereka.  Biarkan dia berjuang sendirian untuk ke Putrajaya.




10 ulasan:

  1. Jangan bermimpi untuk tumbangkan BN dalam PRU 14 nanti, apa yang perlu wujudkan PR 2.0 yang mantap mungkin PRU15 nanti mampu memberikan saigan pada BN

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kenalkan nama saya Pak ,Beny Sutomo betul-betul mengakui bahwa ramalan AKI SAIF bener-bener top dan di jamin “JITU” 100% tembus adapun ramalan ini di dapat melalui “RITUAL KHUSUS” jadi anda jangan ragu-ragu lagi untuk mengikuti ritual AKI SAIF karena nomor ritual AKI SAIF meman selalu tepat dan terbukti, jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan HUBUNGI/SMS di ((( 081355048468))) dan cukup bergabung dengan AKI SAIF untuk menyelesaikan syaratnya anda sudah bisa mendapatkan angka 2D 3D 4D yang bisa merubah nasib anda sekeluarga karna saya sudah membuktikanya 3X putaran bener-bener langsung tembus dan kini sekarang giliran anda Semua untuk membuktikan Trima Kasih.

      Padam
  2. Din...lu byk sgt minum ketum ke??? makin merapu artikal lu...

    BalasPadam
  3. org terdesak...bkn nk berunding pun...sekdr nk suruh pkr dan dap desak pas lepaskan kerusi2 yg dicilok parti imayam...jenis x amanah...cer mintak kawasan dap dan pkr...kene tengking la jwbnya ...takpun... pukkk... kene hentak dgn cangkul

    BalasPadam
  4. bapak suka amoi..anak pun suka amoi... haiyaaaa...sikali mau kina saman... balu mau mintak ampun... kinapa tarak talok muka itu mat sabu ka... usetaz ahmad awang ka... talak laku ka.. atau talak lalu

    BalasPadam
  5. Pas kini adalah alat kepada umno dalam usaha untuk melemah/ menghancurkan pembangkang. Murid sekolah rendah pun sudah boleh faham sekarang. Cuma terpulang kepada keadilan, samada roh umnonya masih kuat atau tidak dalam dirinya. Kalau dilihat kepada situasi hari ini, pas adalah kumpulan yang tidak diperlukan oleh pembangkang. Keadilan harus berfikir secara matang, seandainya pakatan 2.0 ini disertai juga oleh pas dalam masa seminggu sebelum pilihanraya pas memihak kepada umno. Apakah akan berlaku??????????

    BalasPadam
  6. Nampaknya umpan pok jib dah mengena...selepas pas keluar PR tak berbunyi lagi isu hudud..dulu kat Dun Kelantan Adun Umno sampai tersedu sedan menangis..la ni mana?Kita tgk usul kat parlimen ada berani ke diorg nak sokong?Pok jib gerenti takkan berani punya..telo dia dah kena kucil ngan Sabah/Srwk..mgkin ada yg dijanjikan Pokjib kat tok2guru ni...

    BalasPadam
  7. Pas sebuah parti yang ada pendirian. Jangan harap Pas nak lepas kerusi yang dibawa lari oleh pemimpin2 Amanah yang tak amanah....Lepas ni mintalah kerusi Dap untuk Amanah bertanding, sudah tentu LKS dan LGE akan bagi...

    BalasPadam
  8. Blog kau lesu dan menjemukan Din. Trafic slow. Tulisan kau no value contents. Yg regular dlm blog kau hanyalah bapak Rahmad Bastian Pak Junaidi Mbak Lestari dll mat endon yg dapati blog kau ni sesuai utk promosi Aki Rotak mapiau jamu dgn ntaj apa lagi produk cottage perkampungan indon.

    BalasPadam
  9. BRAPA BANYAK PAKATAN DAA
    2.0 PAH NI 3.0 PAH TU 4.0 LAST 10:0

    BalasPadam