Isnin, 19 Oktober 2015

JELAJAH PAKATAN HARAPAN MENERUSKAN HARAPAN RAKYAT


TERUS mara.  Itulah Pakatan Harapan (PH) terdiri dari KEADILAN, Dap dan Amanah, satu gabungan Pembangkang yang tidak pernah undur dari perjuangan menentang rejim.  Bersama Amanah, satu parti yang baru diwujudkan bagi mengambil tempat Pas yang masih belum bersedia untuk bersama gerakan ini.

Meskipun PH akan meneruskan kemaraan, namun Pas dan mana-mana parti yang ingin bersama merasai pahit maung perjuangan ini akan tetap dinantikan.  Hidup mesti diteruskan.  Jelajah PH telah pun bermula di Johor baru-baru ini.  Sambutannya amat menggalakkan.  PH bukan mensasarkan satu-satu golongan kaum atau agama sahaja.  PH adalah parti yang didokong oleh semua rakyat Malaysia yang mahu menamatkan rejim yang memerintah sekarang.  Amat malang sekali jika ada mana-mana pihak yang tidak mahu melibatkan diri bersama gerakan ini atau memilih jalan mudah, selesa atau memikirkan kepentingan masing-masing semata.

Awal November ini, Jelajah PH akan sampai ke bumi Tok Gajah, Pahang.  Lokasi pilihan PH di Pahang adalah di Temerloh.  Tarikh dan lokasi sebenar akan dimaklumkan kemudian.  Di dalam sejarah Jelajah Merdeka Rakyat sebelum PRU13 yang lalu, sambutan rakyat di Pahang kepada Pakatan Rakyat (PR) waktu itu tidak mengecewakan.  Apakah kali ini PH akan terus diyakini oleh rakyat Pahang bagi meneruskan perjuangan mereka?

8 ulasan:

  1. Kalau sekadar melaporkan sambutannya amat menggalakkan lebih baik laporkan sambutannya amat besar sehingga melimpah ruah di padang atau stadium dan borang habis dicetak.. x de siapa pun dapat lihat bukti..

    Sila tunjukkan gambar sebagai bukti.. walaupun gambar tersebut tunjuk sambutan yg melimpah ruah di sebuah kedai kopi..!!

    BalasPadam
  2. Wan Rosli Baghal Wal Kaldai20 Oktober 2015 pada 8:54 PG

    Wan Rosli ini kasi kahwin dengan Janda si OmakKau memang macam kelapa di belah belakang kapak - Memang sesuai sangat. Penanda aras beliau adalah kehadiran sesuatu perhimpunan atau mendengar ceramah PAS yang tadah "Tin Milo" . Jangan bodoh melantun-lantun lah Wan Rosli, undi penentu yang memenangkan sesuatu parti adalah golongan liberal atau atas pagar. Kamu nak harap ahli PAS berapa kerat sangat? Setakat itu sahaja lah cerita panjang pun tak berguna kepada orang buta maklumat dan berpendirian macam "kote gajah" ini, apa pun dia tak akan terima pendapat orang.

    BalasPadam
  3. kah kah kah hujjah dpd macai @ balaci Dap .......... kalau setakat hujjah maki hamun + carut ..... budak2 tak sekolah pun boleh ....... ini menunjukkan low mentality !

    BalasPadam
  4. ramai sungguh macai SARKIS kat sini...demi sesuap nasi untuk elaun mencacai...dua hinggit satu posting...Alif Mim Nun Wau....SARKIS....

    BalasPadam
  5. Ingat lagi himpunan hijau di Kedah Jun 2012. Himpunan ke Putrajaya. Melimpah satu stadium. At last satu Kedah jatuh merudum dalam PRU 13




    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye masih ingat.. tapi masa tu crowd ramai sbb kumpulan progresif yg panggil..

      Padam
    2. Ye masih ingat.. tapi masa tu crowd ramai sbb kumpulan progresif yg panggil..

      Padam
    3. Ye masih ingat.. tapi masa tu crowd ramai sbb kumpulan progresif yg panggil..

      Padam