Rabu, 7 Oktober 2015

LANGKAH AZMIN SONGSANG !!

TINDAKAN Azmin, MB Selangor yang menyebut Pakatan Harapan tiada kena mengena dengan Kerajaan Negeri Selangor satu perkataan yang bersifat seperti angkuh.  Apakah Azmin merasakan Pakatan Harapan itu tidak mendapat sokongan kuat dari akar umbi berbilang kaum dan fahaman politik?  Bukankah majoriti dari mereka ini menyokong terdirinya kerajaan Selangor kini di bawah Azmin?

Azmin bukan teruk sangat.  Azmin yang suka menjadikan dirinya teruk.  Kalau Azmin belum bersedia sekalipun untuk mengisiharkan Kerajaan Selangor sebagai Kerajaan Pakatan Harapan, sekurang-kurangnya dia tidak perlu berkata Pakatan Harapan itu tiada kaitan dengan Selangor.  Bayangkan, pada waktu pilihanraya nanti apabila kita berkempen, rakyat menjawab "kami tiada kaitan dengan kamu dan parti kamu".  Apa perasaan kita waktu itu?

Azmin tidak perlu menjadi MB yang mudah dicucuk hidung oleh kumpulan minoriti.  Kita bukan mahu Azmin menjadi pak angguk kepada sesiapa, kita cuma mahu setiap pemimpin mesti akur dengan disiplin berorganisasi dan mesti menghormati keputusan bersama.  Mengapa Kerajaan Negeri P.Pinang lebih berdisiplin di dalam hal ini?  


5 ulasan:

  1. Azmin ohh Azmin kemenangan dia diMP Gombak dan DI DUN bukit antarabangsa adalah kerana undi cina dan lain2 bangsa.orang2 PAS tak mengundi dia.Teringat masa malam mengira undi di kedua2 tempat dia kalah teruk di undi melayu,AU1,2,3,4,5 dan lembah keramat undi PAS ramai yg tak undi dia.Lagi nak tunjuk lagak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lebih baik kai nasihat kolid semak, hanisampah midin, mariah bosan baca quran carey dan seangkatan dgn mereka...dpt 100% undi cina blum tentu dpt blk deposit

      Padam
  2. Apa la Azmin ni..
    tak hormat presiden
    itu yg boleh berpecah tu
    rakyat lihat tersangat janggal

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lawan presiden xper kan...dulu kau jgk galakkan barua2 lwn tghh...amacam? Jgn byk songel lagi

      Padam
  3. Klu kjaan pimpinan melayu menarik geran sek cina...dah.melalak.semua cina2 xXkira apa parti...tapi kamu semua diam membisu bila kjaan pimpinan dap berbuat demikian? Mana ckp2 jagoh nak pertahan islam dan melayu kamu? Apakah sifat dengki sakit hati terlalu kuat sehingga sanggup mengorban pendidikan anak bangsa? Kamu semua spesis umno ke? Rasis ke klu melayu mempertahan anak bangsa sendiri? Atau nak kene tggu smpi putrajaya jgk dulu? Atau kamu rasa bangga anak bangsa diperlakukan sedemikian...krn dendam politik kamu? Atau kamu tersepit krn terlalu byk mkn budi? Mana jagoan2 kencang disini? Dimana kamu? Tepuk dada tanya iman...

    BalasPadam