Ahad, 11 Oktober 2015

MESYUARAT MPP MALAM INI - USAH BICARA SOAL PERJUANGAN JIKA TAKUT HADAPI RISIKO!!

BENARKAH Parti KEADILAN kini telah mula dipermainkan oleh Pas?  Apakah mesyuarat khas MPP malam ini adalah salah satu dari tanda bahawa KEADILAN sanggup berbuat apa saja demi mengikut kehendak Pas?  Oleh kerana Pas tiada di dalam gabungan Pakatan Harapan (PH), maka KEADILAN terpaksa membuat petisyen untuk menentukan KEADILAN menanti Pas?

Jika benar, aku tidak faham mengapa petisyen perlu dibuat hanya kerana PH tidak menyenaraikan Pas sedangkan semua tahu KEADILAN, Dap dan Amanah bersedia untuk menerima Pas bersama di dalam satu gabungan, namun Pas memilih untuk mencipta berbagai alasan agar parti itu tidak dikotori dengan 'najis' Dap dan Amanah.  Bagi Pas, hanya KEADILAN sahaja yang 'suci bersih' yang boleh mereka buat kawan walaupun sebelum ini bermacam-macam mereka perkatakan tentang Keadian.  Kita tahu layanan Presiden Pas terhadap Anwar.  Kita juga tahu apa Presiden Pas katakan terhadap Kak Wan selaku Presiden KEADILAN.  Semua tahu kisah fitnah edar pil kuda yang dilakukan oleh Presiden Pas terhadap calon-calon KEADILAN, cuma nama tidak disebut kerana takut disaman dan juga kerana tiada bukti atau saksi.  

Apa pun yang Presiden Pas atau beberapa pimpinan wala perkatakan kepada KEADILAN, Dap dan Amanah, namun demi rakyat dan negara ini kita masih bersedia untuk terima Pas.  Maka, tawaran menyertai PH dibuat juga kepada Pas.  Oleh kerana Pas merasakan partinya kuat bersendirian sepertimana yang sering pimpinan mereka laungkan, maka Pas tidak mahu terlibat di dalam PH.   Tetapi, mengapa Pas di Selangor membisu?  

Adakah Pas di Selangor sudah hilang 'wala'nya terhadap kata-kata Ketua Dewan Ulamak Pas Pusat, Dr Mahfodz yang ada menyebut Pas akan tarik diri dari bekerjasama dengan KEADILAN termasuk di Selangor?  Apakah kita lupa amaran dari Pas sebelum ini bahawa jika KEADILAN berkawan dengan Amanah, maka Pas akan putuskan hubungan dengan KEADILAN di Selangor?  Mengapa Pas masih lagi buat selamba di Selangor?  Sewajarnya sebuah parti Islam sikap istiqomah mesti ada dengan sebarang tindakan dan kata-kata.  Apakah kerana KEADILAN menjadi MB Selangor maka menyebabkan beberapa pimpinan Pas di Selangor yang duduk di kerusi empuk Exco dan memegang jawatan di dalam GLC Selangor hilang 'Wala'nya?   Bayangkan jika bukan dari KEADILAN kerusi MB Selangor, adakah anda yakin Pas akan menunggu seperti sekarang?

Kepada KEADILAN, kita telah cari jalan sebaiknya iaitu menjadikan semua sebagai kawan atas asas melawan rejim itu lebih utama.  Tetapi di dalam berkawan, kita tidak boleh memaksa orang lain untuk bersama kita.  Kita patut boleh membaca kawan-kawan yang mana ikhlas berkawan dengan kita kerana hanya "tentera-tentera" yang ikhlas, jujur dan istiqomah melawan rejim sahaja yang boleh menjatuhkan rejim ini.  Kita tidak perlu bergaduh sesama kita hanya kerana ingin membela orang yang tidak pernah suka kepada kita sebenarnya.

Keputusan Mesyuarat MPP malam ini aku yakin, KEADILAN sudah matang membuat keputusan.  KEADILAN mesti berani buat keputusan demi rakyat.  USAH BICARA SOAL PERJUANGAN JIKA TAKUT HADAPI RISIKO.




6 ulasan:

  1. Kesihan dekat kak wan dan anwar,ada pemimipin2 PKR yg hanya penting diri sendiri.Bila presiden dah buat keputusan dikira muktamad,ikut ajerlah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kenalkan nama saya Pak ,Beny Sutomo betul-betul mengakui bahwa ramalan AKI SAIF bener-bener top dan di jamin “JITU” 100% tembus adapun ramalan ini di dapat melalui “RITUAL KHUSUS” jadi anda jangan ragu-ragu lagi untuk mengikuti ritual AKI SAIF karena nomor ritual AKI SAIF meman selalu tepat dan terbukti, jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan HUBUNGI/SMS di ((( 081355048468))) dan cukup bergabung dengan AKI SAIF untuk menyelesaikan syaratnya anda sudah bisa mendapatkan angka 2D 3D 4D yang bisa merubah nasib anda sekeluarga karna saya sudah membuktikanya 3X putaran bener-bener langsung tembus dan kini sekarang giliran anda Semua untuk membuktikan Trima Kasih.

      Padam
  2. bikan peminpin yang bermazahab Pas membuat keputusan mengikut selera mereka.kiat lihat sejauhman mereka nak pergi.Amanah jangan gangu gugat.biar rakyat yanga akan membuat keputusan,Birakan.

    BalasPadam
  3. Seharusnay PKR inagt apa yang dibuat oleh peminpin Pas pada DSAI .apa yang telah duiusahakan oleh Pas terhadap hukuman yang dikenakan pada DSAI .ada apa2 yang kamu lihat,Langsung tiadk ada tindkan pun samada membantah,menyerang,pihak2 yang zalaim malahan mneyokong pula ,Atau memang peminpin 25 PKR ini dah nak mampos.

    BalasPadam
  4. 3 itu lebih baik dari satu
    serumpun lidi lebih kuat dan bermakna dari sebatang lidi..
    itu lah nasihat ku pada PKR.
    jika PAS sudah merasakan mereka kuat dan tidak mahu bekerjasama..lupakan lah.
    perjuangan ini utk rakyat bukan utk tengkolok sendiri

    BalasPadam
  5. pkr sudah khianat. mrk2 yg cinta sgt kat pas tu, eloklah masuk pas dr jadi gunting dlm lipatan.

    perbuatan khianat kan haram. kalau dah setuju tp pusing buat benda lain, dah ikut Sunnah hadilah...

    jawatan punya pasal sanggup gadai perjuangan dan agama.

    BalasPadam