Khamis, 29 Oktober 2015

PAKATAN HARAPAN MESTI WUJUD DI SEMUA NEGERI

TUBUHKAN segera Pakatan Harapan (PH) di setiap negeri samada negeri yang diperintah oleh Pembangkang atau tidak, kecuali Kelantan yang diperintah oleh Pas.  P.Pinang yang KM nya adalah dari Dap manakala Selangor yang MB nya adalah dari KEADILAN memang patut menjadi kerajaan Pakatan Harapan sekarang ini.

P.Pinang telah pun istihar negeri itu adalah Negeri PH.  KM P.Pinang tahu hasrat PH itu sendiri yang serius dengan objektif penubuhan PH.  Selangor masih bermain tarik tali dengan Pas, sedangkan di Kelantan kita pun tidak kisah atas nama apa kerajaan Kelantan kerana Kelantan di kuasai majoritinya oleh Pas.  Selangor memiliki 15 Adun Dap dan 13 Adun KEADILAN serta 2 Adun dari Amanah yang mewakili PH.  Pas memiliki 13 Adun sahaja. 1 Adun lagi adalah Bebas.  Ertinya, majoriti Adun Pembangkang PH di Selangor sudah cukup untuk menggambarkan Selangor dikuasai oleh PH.  Lojiknya, Selangor mesti diistiharkan sebagai Negeri PH.

Dikhabarkan telah pun keluar surat arahan dari KEADILAN Pusat kepada semua negeri termasuk Selangor mengarahkan Pengerusi MPN setiap negeri segera merealisasikan PH di negeri masing-masing.  Sehubungan itu, adalah menjadi kewajipan Pengerusi-Pengerusi MPN melaksanakan arahan tersebut yang mana telah diputuskan di dalam mesyuarat tertinggi KEADILAN Pusat.  KEADILAN mesti menunjukkan disiplin yang tinggi di dalam hal ini sekiranya mereka mahu ahli-ahli mereka juga berdisiplin terhadap parti.

Mewujudkan PH bukan bererti memusuhi Pas kerana PH masih berpegang kepada kenyataannya sebelum ini bahawa pintu sentiasa terbuka kepada Pas dan PSM samada ingin turut serta bersama PH atau tidak.  Terbaru, Pas telah nyatakan bersedia untuk bekerjasama dengan Umno/Bn.  Atas apa jua alasan sekalipun, ertinya Pas lebih awal buat keputusan untuk partinya.  Mengapa PH masih lagi terhegeh-hegeh untuk menentukan pendirian di setiap negeri?

Melihat kepada perkembangan mutakhir ini, amat penting sekali semua negeri mewujudkan PH secara resmi.  Tiada guna kita mengharapkan kepada parti lain untuk bersama kita sedangkan mereka tegas dan pantas telah membuat keputusan dengan siapa mereka lebih berselera.

6 ulasan:

  1. Setuju bro.. biarkan PAN akur dgn kehendak DAP yg menolak hudud.. kita tak boleh bersekongkol dgn PAN.. bahaya di dunia dan di akhirat..

    BalasPadam
  2. Tolong ulas sikit dengan kenyataan Dap agar umat Islam dibenarkan murtad.... Buat Amanah jangan terlebih jadi barua sampai isu besar disembunyikan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Berani ke diaorang ni melangkaui kehendak dewata2 dlm DAP?

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  3. tolak hukum hudud dgn tolak perlaksanaan(tangguh) ni lain maksudnya bro.kalau anda ikhlas carilah jawapannya..

    BalasPadam