Isnin, 16 November 2015

SALAH DAP JUGA MAKSIAT BERLELUASA DI LUAR BANDAR?

BENARKAH kesemuanya salah Dap?  Oleh kerana Dap menguasai bandar-bandar, maka berlakulah maksiat minum arak dan judi?  Peliknya, setelah terputusnya hubungan kita dengan Dap maka baru timbul bahawa maksiat berlaku di tengah bandar kerana adanya Dap dan kita pun berlawan sesungguh hati dengan Dap.

Sampai sekarang aku tengah berfikir, di Bandar Kuantan, contohnya boleh dikatakan tiada pun Dap dan jika ada pun tidaklah sekuat mana.  Kuantan diwakili oleh MPnya, YB Fuziah Salleh (Keadilan), dua lagi Dun diwakili oleh calon Keadilan serta calon Pas, satu lagi diwakili oleh Umno.  Dap tidak bertandingpun di Kuantan.  Kuantan pula dikawal selia pentadbirannya oleh MPK, di bawah kerajaan negeri dikuasai Umno.

Di mana boleh disandarkan maksiat berlaku di bandar-bandar kerana Dap?  Belum ditanya lagi bandar johor Baharu yang besar itu.  Ibu Negara, Kuala Lumpur juga di bawah DBKL, di bawah Menteri Wilayah, iaitu Kerajaan Pusat yang dipimpin oleh Umno/Bn.  Di mana salahnya Dap?

Siapa yang berkuasa di dalam mengeluarkan lesen judi dan arak selama ini, jika kita menganggap bahawa Dap adalah pencetus maksiat judi dan arak di bandar-bandar?  

Bolehkah kita mengaku bahawa di setiap felda dan kampung-kampung juga kini berleluasa maksiat?  Apakah kita tidak tahu maksiat juga banyak berlaku di kampong-kampong termasuk di felda-felda?  Bukan saja aktiviti minum arak atau berjudi, gejala buang anak juga dijuarai oleh anak-anak gadis Melayu Islam di luar bandar.  Apakah ini tidak serius berbanding arak dan judi?  Salah Dap jugakah gejala ini berlaku di luar bandar?  Bagaimana pula di Bandar Kota Baharu atau Kuala Terengganu atau di segenap pelosok kampong di Kelantan dan Terengganu?  Tiadakah masalah sosial yang meruncing?  Lupakah kita gejala Aids yang tertinggi adalah di negeri Kelantan, apakah Dap juga menjadi penyebab?  Kuatkah pengaruh Dap di kedua-dua negeri Pantai Timur itu?

Sikap meletakkan salah ke atas pihak lain hanya kerana kita tidak lagi berkawan dengannya adalah satu sikap paling tidak bertanggungjawab.  Kita lupa kita sebagai penganut berugama Islam telah gagal mendidik anak bangsa kita ke arah yang lebih baik, malahan kita semakin berbaik dengan Umno/Bn yang ternyata menjadi punca banyak masalah sosial yang semakin berkembang.  Kita patut malu bahawa bangsa yang paling tinggi di dalam gejala membuang bayi ini adalah bangsa Melayu Islam terutamanya di luar bandar.  Kita hanya nampak Dap, kita tutup mata dengan Umno dan Mca.


25 ulasan:

  1. Maaf tuan.. tulisan tuan mmg nampak macam macai dap.. ketika dap tuduh pas nak buat jahat di kelantan x de plk tuan komen panjang2 macam ni.. tapi bila dap diherdik sikit terus keluar hujah2 yg panjang..

    Ternyata amanat haji hadi tetap relevan di mana PAS tetap menentang UMNO lantaran UMNO masih mempertahankan perlembagaan sekular. Buktinya PAS tetap tergamak nak lawan UMNO spt yg ditunjukkan di rompin dlm prk yg lalu..

    Sekurang2nya PAS berjaya membuktikan bhw adalah salah samasekali tuduhan PAS bersekongkol dgn UMNO bila mana PAS berani melawan UMNO di rompin wpun sblm itu UMNO puas memujuk agar PAS jgn bertanding, krn di prk cempaka sblm itu UMNO sanggup berkorban x bertanding melawan PAS.. Sampai tahap tu rupanya keberanian PAS menyanggah UMNO!!..

    Bagaimana pula dgn tuduhan bhw PAN bersekongkol dgn DAP.. agak2 ada x keberanian walaupun sedikit utk PAN menyanggah DAP??

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam wan rosli

      kalau berani sangat awat tak toloak bajet 2016...siap berkecuali lagi.......p bertanding tu x mebuktikan apa2 pun...UMNO tak bertanding di du n chempaka tu sebab depa tau akan kalah......mcm mana wan rosli tau UMNO puas pujuk PAS?

      Padam
    2. setakat nak lawan umno tapi bagi menang umno wat pe Wan ? Cht.Damanasara,Sg.Aceh dah terbukti PAS mau umno menang .

      Padam
    3. Semua salah dap..duit kwsp..kwap..tabung haji..pnb..yapeim..zakat..semua di balun oleh lim kit siang..mmg salah dap..

      Padam
    4. As salam semua !

      Wan Rosli main-2 kat sini pulak? haha

      PAN mender tu encik wan? Permanent Account Number ker Personal Area Network ??

      Come on ! Sapa nak berhujah pun agak-agak ler... At least, get the basic thing right, mate. Baru nampak cerdik !

      Parti Amanah Negara, akronimnya "Amanah" lah bro ... fgs !!

      Padam
    5. MAAF.. aku x tergamak nk panggil amanah.. buat muka selamba langgar sumpah baiah dan harta wakaf x layak dipanggil amanah..

      Padam
    6. Well, it as simple as that, dah nama didaftar, diberi gitu kita pakai ler tak gitu?

      Gua pun mintak maap ler, kalau pasni takder orang sudi nak panggil lu dengan nama "Wan Rosli".

      Sebabnya, lu pun tak layak pakai nama yg didaftarkan sbg "Wan Rosli" sebab bersikap kurang ajar di 'rumah orang' lagi bodoh sombong, tak paham bahasa !

      Padam
    7. Kenalkan nama saya Pak ,Beny Sutomo betul-betul mengakui bahwa ramalan AKI SAIF bener-bener top dan di jamin “JITU” 100% tembus adapun ramalan ini di dapat melalui “RITUAL KHUSUS” jadi anda jangan ragu-ragu lagi untuk mengikuti ritual AKI SAIF karena nomor ritual AKI SAIF meman selalu tepat dan terbukti, jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan HUBUNGI/SMS di ((( 081355048468))) dan cukup bergabung dengan AKI SAIF untuk menyelesaikan syaratnya anda sudah bisa mendapatkan angka 2D 3D 4D yang bisa merubah nasib anda sekeluarga karna saya sudah membuktikanya 3X putaran bener-bener langsung tembus dan kini sekarang giliran anda Semua untuk membuktikan Trima Kasih.

      Padam
  2. salam wan rosli

    memang lah PAN berkerjasam dengan DAP kenapa tuan ni bodoh, tapi tidak semetsinya PAN ikut ckp DAP 100%

    BalasPadam
  3. Inilah masalahnya apabila pax dipimpin oleh org yg letak otak kat siku ngan lutut...

    BalasPadam
  4. Wan Rosli... Artikel admin kali ni mengulas pasal kenyataan Tuang Presideng PAS yang Wan Rosli puja dan sanjung tu. Kononnya risau sangat DAP akan kuasai bandar-bandar seterusnya kegiatan judi dan minum arak akan berleluasa.

    Wan Rosli tahu tak,, faham tak istilah SKOP? Artikel admin kali ini cuma membincangkan atau mengulas skop kenyataan Haji Hadi tentang kaitan DAP, arak dan judi aje, Kalau nak ulas semua pasal kebejatan UMNO, nanti tak terbaca pulak En, Wan Rosli.

    Genting Higland, pusat judi terbesar dia Asia Tenggara.. itu kerja DAP ke? Lesen buat kilang arak di Petaling Jaya nun.. kerja DAP ke?

    Nasihat saya, janganlah En. Wan Rosli terlalu taksub memuja muji Hadi Awang. Juga nak ingatkan.. Hadi Awang tak MAKSUM tau! Jadi, gunalah akal yang Tuhan kurniakan kepada En, Wan Rosli untuk menilai...

    BalasPadam
    Balasan
    1. bukan tuan..macai pas...yg suka letak otak kt siku dan lutut

      Padam
  5. Baguslah kalau dah mengaku yg pan mmg bersekongkol dgn dap.. ini yg sy cuba pancingkan.. alhamdulillah berjaya..

    Sekarang ni pan bersama2 dap beria2 mengulang kononnya pas dan umno nak bergabung sdgkan mereka x mungkin bergabung lantaran pru umum nanti mereka tetap bertanding melawan satu sama lain.. jd ini bukti pas x sama spt pan yg hanya mengharap ikhsan dap.. jadinya kalau parti kita memerlukan parti lain utk survive, x semestinya parti lawan jg memerlukan parti lain utk survive..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tahniah Wan Rosli, Tak payah gusar dengan komentar mereka, undi popular melayu masih lagi ada dekat umno dan pas, mereka tak pergi ke mana, hanya akan melukut ditepi gantang bila PRU dating. Tanpa undi melayu Pan dan Pkr nak dapat sokongan siapa..

      Padam
    2. Saya dan 5 org kerluarga saya tak akan undi pas lagi.

      Padam
    3. Pasal melayu bangang lah..pemimpin zalim berleluasa..balun duit rakyat..kwsp..kwap..tabung haji..zakat..anak yatim..pnb..jadilah melayu bermaruah sikit..jgn redho aoa saja pemimpin buat..

      Padam
  6. Wan rosli xyah nak pancing..
    Mmg amanah,pkr dan dap bekerja sama membentuk pakatan harapan utk lawan bn dan parti yg menyokong bn...kita xmain sorok cam pas tu...
    .

    BalasPadam
  7. Wan rosli xyah nak pancing..
    Mmg amanah,pkr dan dap bekerja sama membentuk pakatan harapan utk lawan bn dan parti yg menyokong bn...kita xmain sorok cam pas tu...
    .

    BalasPadam
  8. Sy takkan undi umno dan pas lagi. Jika tempat sy hanya ade calon pas dan umno. Sy tidak akan turun undi. Calon selain umno dan pas, akan sy pikirkan krebaliti jika sy turun undi.
    Sekian, dimaklumkan.

    BalasPadam
  9. semua kena mainkan oleh umno-bn.....matlamat utama umno-bn adalah menghapuskan pembangkang....macam-macam propaganda dan kerja subversif dijalankan untuk tujuan itu tetapi pembangkang tak sedar diri dan tidak cerdik ....!!!!!!!

    BalasPadam
  10. Tanpa Nama 10.58 ... bukan pembangkang tak sedar diri tapi ada spy yang menyamar. Ada hamno dalam pas, ada hamno dalam dap, ada Hamno dalam pkr. Ada peminpin yg pentingkan jawatan dari rakyat.

    BalasPadam
  11. Lidah memang tidak bertulang, itu sebab sedap je tuduh orang berbagai2, ulama bukan tiket untuk hentam kromo sahaja. Kemunduran umat disebabkan malas berfikir.

    BalasPadam
  12. Kah kah kah ramainya barua Dap meroyan kat sini ! Pantang disentuh sikit Dap ! Alahai bertuahnya Dap dpt penyokong2 yg walak sebegini ! Ini yg buatkan Dap makin keras kepala manakala walaun2 pula makin keras kapla banana apabila diumpan dgn amoi2 seksi apatah lagi apabila dipeluk utk selfie ......... kah kah kah ........ walak jgn tak walak walaun !

    BalasPadam
  13. Anon 10:56 ...
    Sedih melihat Melayu macam kau ni. Ini bukan soal DAP atau PAS. Ini soal keBENARan yang diutamakan oleh Islam. Jangan biar Islam dipermainkan sama ada oleh orang orang Melayu maupun Cina atau India ...
    Sebagai seorang Islam ... jangan benarkan keMAKSIATan. KeBENARan dan keADILan perlu ditegakkan.

    BalasPadam
  14. Kejahilan umat Islam hari yang menyebabkan timbulnya bergaduh sesama sendiri, sehingga timbulnya ISIS dsbnya. Yang jadi mangsa adalah umat islam keseluruhannya.

    BalasPadam