Rabu, 25 November 2015

SKANDAL DEMI SKANDAL, KE MANA HILANGNYA EZAM ?

Ezam Mohd Noor, Bekas Senator dan Penasihat Najib
EZAM Mohd Noor, mantan Ketua Pemuda Keadilan (kini disebut AMK), adalah seorang pimpinan muda yang amat berpengaruh di era reformasi dan selepasnya.  Tidak salah jika waktu itu ramai yang berpendapat Ezam bakal mewarisi perjuangan Anwar, bekas bosnya sewaktu bersama-sama di dalam Umno dahulu.
Namun, hayat Ezam dalam arus perjuangan rakyat tidak lama.  Beliau akhirnya terpedaya dengan Umno dan menyertai Umno di zaman Pak Lah atas alasannya Umno waktu itu sudah berubah.  Baginya Umno waktu itu amat benci rasuah. Umno mahu reform, dan Ezam mahu membantu Umno untuk reform.  Beliau tidak belajar dari sejarah bekas bosnya Anwar yang tinggalkan ABIM dan menyertai Umno atas hujah yang sama iaitu ingin membaiki Umno dari dalam.  Ini yang disebut oleh Almarhum Ustaz Fadzil Noor, Presiden Pas waktu itu bahawa tidak akan berjaya 'mencuci najis dari dalam tong najis".

Ezam serah borang sertai Umno kepada Pak Lah
Apa alasan Ezam untuk menyertai Umno? Katanya, “Ketika saya buat keputusan berjumpa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyatakan hasrat untuk kembali kepada UMNO, tidak ada sebarang rundingan atau perbincangan mengenai isu jawatan atau kedudukan saya dalam parti.  “Seperti yang pernah saya jelaskan, saya masuk UMNO kerana tertarik dengan dasar yang dibawa oleh Abdullah sejak kebelakangan ini untuk memerangi rasuah secara besar-besaran.  “Keterbukaannya itu yang menarik minat saya untuk menyertai UMNO dan ia berbeza dengan pemimpin-pemimpin UMNO sebelum ini yang menolak kepada perubahan,” katanya.
Selepas Pak Lah, Najib ambil alih tampuk pemerintahan negara.  Rezeki Ezam semakin bertambah dengan lantikan Senator dan kemudiannya menjadi Penasihat kepada Najib bertaraf Menteri.  Ramai yang menjangka tentulah kepimpinan Najib lebih bersih dan telus kerana memiliki Penasihat seperti Ezam, bekas Pengerusi GERAK iaitu satu NGO yang bergerak menentang rasuah.
Jangkaan ramai orang meleset.  Rupa-rupanya Ezam diberi kedudukan istimewa di dalam Umno hanyalah untuk dijadikan anjing pemburu kepada Anwar.  Waktu itu, di mana saja ada PRK sudah pasti Ezam akan diusung ke kawasan pilihanraya untuk mencaci dan menghina Anwar.  Anwar memiliki jiwa yang bersih, sedikit pun Anwar tidak kisah dengan serangan bekas anak didiknya itu.  "Saya mahu berdepan dengan PM, bukannya cicak mengkarung", Kata Anwar.
Kepimpinan Najib yang menjadi bos Ezam memperlihatkan satu-satunya PM paling teruk dan kotor di dalam sejarah tanahair.  Sejahat-jahat Mahathir, beliau pun respek dengan Najib yang lebih teruk darinya.  Kini, Mahahir menyerang Najib dengan berbagai isu seperti 1MDB dan duit di dalam akaun Najib sebanyak RM 2.6 Bilion.  Mana suara Ezam?  Mengapa Ezam membisu apabila bosnya diserang bertalu-talu dari dalam dan luar negara.  Bahkan, Najib terus diserang oleh ahli-ahli partinya sendiri.  Ezam sedikit pun tidak membantu Najib, bahkan Ezam terus diam dengan berbagai skandal yang menjelekkan rakyat.
Mungkin, apa yang Ezam mahu sudah tercapai iaitu kedudukan yang selesa di bawah Pak Lah serta Najib.  Tugasnya mencaci dan menghina Anwar pun sudah selesai apabila Anwar dipenjarakan.  Itulah wajah sebenar Ezam.  Beliau hanya berjuang untuk perutnya.  Segala janji yang pernah beliau lafazkan untuk membasmi rasuah ternyata gagal.    Bahkan, Umno semakin tenat sekarang.

Jelas, Ezam sertai Umno hanya kerana inginkan kesenangan.  Aku bersimpati dengan Naib yang terus memelihara Ezam sebaik mungkin namun Ezam jadi bisu, tidak langsung dapat membantu Najib untuk menjawab berbagai persoalan.  Najib bersendirian, Ezam entah ke mana selepas apa yang beliau mahu dari Umno telah pun tercapai.

22 ulasan:

  1. Mana Pengkhianat seangkatan dengannya? mereka mengkhianati perjuangan parti yang mereka sertai demi kepentingan peribadi bukan kepentingan parti dan pengiikut parti.
    Karang kita akan lihat sejauhmana pula Allah akan perlihatkan perjuangan parti-parti serpihan PAS yang baru ditubuhkan, mereka bukan sahaja mengkhianati parti malah melanggar baiah mereka dalam perjuangan ISlam....Cuma oleh kerana demi keduniaan mereka terlali untuk memahami hakikat BAIAH ITU DAN BAIAH YANG MEREKA IKRARKAN.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bodoh, nak komen lari tajuk, bodoh diam2 aje pergi jalan lah dengan pas ko tu.

      Padam
    2. Khianat apa pak hussin woii.....banyakkan membaca...bagaimana dengan tuang presideng Hadi yang khianat dengan Pakatan Rakyat? Ponteng Parlimen?? Tak ke namanya khianat rakyat tuh??

      PAS akan tenggelam nanti kerana khianat dengan rakyat....tunggu dan lihat....hukum kebenaran akan terbukti nanti....sama sama kita tunggu dalam PRU 14

      Padam
    3. apa nak heran pada makhluk yg sokong tuan hardy oldboy...sedangkan ayah pim pun ada penyokong tegar dan macai tegar...kahkahkahkah

      Padam
    4. hussin, jom pekena teh tarik. nak pekena ketum tak boleh sebab salah dan dilarang..

      Padam
    5. Bang Husin Mohd Rejab, sokong PAS.. sokong Hadi, biarlah berpada-pada. Halatuju PAS selepas berpresidengkan Hadi dah jadi kabur. Tak tahu kemana hala, kemana arah tujuan. Segalanya berubah selepas Tuan Guru Nik Abdul Aziz meninggal dunia. Cuma Husam yang masih kekal membawa obor perjuangan arwah Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

      Padam
    6. Pengkhianat sebenar ialah pemimpin PAS sekarang ni in Husin sebab dia orang ni dah geng UMNO BN, Haji Hadi pula dah nk jadi penasihat umno bn. Jd pe nasihat tntu dpat banyak elaun puluh ribu sebulan, tu kan kejar dunia. Yang keluar PAS tubug AMANAH tak dpt apa pun, mcn mana en. Husin kata dia kejar habuan dunia? Fikirlah sendiri gulungan manager kejar dunia.

      Padam
    7. Banyak telan pil kuda ke pak hussin woiii

      Padam
    8. Khainat taik kucing Hussain Woi, mu tahu tak aku terpaksa dipindah tempat kerja kerana menjemput penceramah yg aku pun tak tahu yg dia tu org PAS. Kerana kes tu aku kena tukar yg pemimpin PAS nak bermesra pulak tu tak khianat ke.

      Padam
    9. Kenalkan nama saya Pak ,Beny Sutomo betul-betul mengakui bahwa ramalan AKI SAIF bener-bener top dan di jamin “JITU” 100% tembus adapun ramalan ini di dapat melalui “RITUAL KHUSUS” jadi anda jangan ragu-ragu lagi untuk mengikuti ritual AKI SAIF karena nomor ritual AKI SAIF meman selalu tepat dan terbukti, jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan HUBUNGI/SMS di ((( 081355048468))) dan cukup bergabung dengan AKI SAIF untuk menyelesaikan syaratnya anda sudah bisa mendapatkan angka 2D 3D 4D yang bisa merubah nasib anda sekeluarga karna saya sudah membuktikanya 3X putaran bener-bener langsung tembus dan kini sekarang giliran anda Semua untuk membuktikan Trima Kasih.

      Padam
    10. hehehheehe.........semua yg lari PAS,itu ikut pemimpin penipu kamu..kamu buat-buat lupa hussen oooiiii...Pemimpin kamu berba'iah di parlimen semasa awal sessi parlimen bersama ketua agama negara yg dipertuan agong,tapi ketua kamu langgar semacam.........ponteng..selalu pula..kalau pembunuh dipanggil pembunuh bersiri..kalau pemonteng dipangil pemonteng bersiri..boleh dikatakan semua sesi parlimen dia ponteng..kenapa duit elaun dia ambik..bukankah dia yg ajar langgar ikrar/bai'iah di parlimen.Lain kali pak hussen ooi..cermin2lah muka sikit.

      Padam
  2. dalam politik tiada istilah kawan dan lawan.. yang penting kedudukan terjamin itu je..

    BalasPadam
  3. Kita tunggu pertandingan 3 penjuru di Kelantan sapa akan jd MB takut nanti Pas sekadar korek telinga dan hidung sahaja lah

    BalasPadam
  4. some ppl aren't loyal to u,they are loyal to thier need in u,once thier need changes so does thier loyalty....

    BalasPadam
  5. Usah layan - usin tu ceroi, tak tau apa benda nk bercakap. Balek buat homework la usin ooi... Sok cikgu marah hwork tak siap

    BalasPadam
  6. Jangan taksub dengan Pas. Pas bukan agama. Lihat visi dan misi perjuangannya yang diterjemahkan dalam perlembagaannya. Adakah selari dengan apa yang dibawa oleh tuang presideng sekarang?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selari iaitu tetap perjuang hudud dan menentang sape2 yg ingin menentang islam.. sbg cth sape2 yg langgar sumpah baiah dan harta wakaf..

      Padam
  7. Ooo islam tu ajar ckap barua,tolol,anjing ker,islam ajar khianat dgn langgar prjanjian ker,islam ajar ponteng ker,islam ajar mkan duit balak n guru yik ker wan rosli ceroi?bodoh brtingkek tingkek kau ni.byk mkan pil kuda wal daun ketum.

    BalasPadam
  8. saya AHMAD SANI posisi sekarang di malaysia
    bekerja sebagai BURU BANGUNAN gaji tidak seberapa
    setiap gajian selalu mengirimkan orang tua
    sebenarnya pengen pulang tapi gak punya uang
    sempat saya putus asah dan secara kebetulan
    saya buka FB ada seseorng berkomentar
    tentang AKI NAWE katanya perna di bantu
    melalui jalan togel saya coba2 menghubungi
    karna di malaysia ada pemasangan
    jadi saya memberanikan diri karna sudah bingun
    saya minta angka sama AKI NAWE
    angka yang di berikan 6D TOTO tembus 100%
    terima kasih banyak AKI
    kemarin saya bingun syukur sekarang sudah senang
    rencana bulan depan mau pulang untuk buka usaha
    bagi penggemar togel ingin merasakan kemenangan
    terutama yang punya masalah hutang lama belum lunas
    jangan putus asah HUBUNGI AKI NAWE 085-218-379-259
    tak ada salahnya anda coba
    karna prediksi AKI tidak perna meleset
    saya jamin AKI NAWE tidak akan mengecewakan


    BalasPadam