Rabu, 23 Disember 2015

HUBUNGAN PH - PR, KEADILAN PERLU MANDAT AKAR UMBI

APA jua pendapat dan pandangan orang ramai terhadap kemesraan Presiden Pas, Hadi Awang dengan Presiden Umno, Najib Razak harus kita raikan.  Pendapat yang menyatakan ini satu permulaan yang baik untuk memperkuatkan barisan Pakatan Harapan tanpa membuang masa yang panjang menanti kemasukan Pas, itu satu pandangan yang boleh dipersetujui.  Pendapat lain, mana mungkin Pas akan bersama Umno hanya kerana kemesraan yang terjalin itu kerana Pas hanya mahu 'menasihati' rejim yang zalim, itu saja.  Pendapat ini boleh dipakai dan boleh saja ditertawakan.

Pendapat peribadi aku, apa pun keputusan KEADILAN selepas perkembangan mutakhir Pas ini haruslah mengikut kehendak akar umbi.  Kehendak akar umbi mesti didengar kerana akar umbi adalah kekuatan kepada parti.  Pemimpin hanya berada di atas, mereka jauh untuk melihat apa yang berlaku di bawah.  Pucuk di atas mereka hampir kepada buah dan kadangkala mereka terlalu asyik di atas tanpa menyedari akar pada batang pokok itu sedang diracun.  Jika dibiarkan, racun-racun ini akan memusnahkan batang dan cabang pokok ini sekaligus mematikan pucuk dan buahnya.  Itu yang dibimbangi.

Apakah tidak baik untuk kita mendengar pendapat akar umbi?  Atau kita merasakan kita sudah terlalu bijak melihat situasi sekarang?  Mungkin juga pemimpin ingin bermain selamat yang akhirnya parti tidak selamat?

Seandainya majoriti akar umbi mahu bebaskan KEADILAN dari Pas maka kita harus menghormati kehendak mereka.  Kenapa sekarang ini mereka tidak mahu lagi kepada Pas?  Kenapa sekarang?  Tentu ada sebab musababnya cuma mereka tiada saluran untuk sampaikan pandangan mereka.  Keputusan MPP KEADILAN selalunya dilihat sebagai wakil suara akar umbi.  Secara teknikalnya memanglah begitu, tetapi di dalam keadaan tertentu dengan perkembangan yang baru, tentulah suara-suara dari MPP tidak semestinya suara dari akar umbi.  Adalah lebih baik KEADILAN dapatkan mandat dari akar umbi berkaitan isu ini.  

Ahli-ahli KEADILAN bukan mahu melihat parti ini hancur.  Mereka mahu parti ini kuat dan tidak mudah diperbodohkan.  Kita mahu kawan yang kuat tetapi kita lebih mahu kawan yang setia.  Kawan yang kuat mungkin dapat membantu kita, tetapi tidak mustahil dengan kekuatan mereka kita juga akan ditentangnya.  Waktu itu, baru kita tahu betapa pentingnya kesetiaan.  Kawan yang lemah, mereka bersedia untuk susah atau senang bersama kita. 

9 ulasan:

  1. Tak tahulah PKR NI, KAWAN yg siang-siang lagi kita tahu TIKAM kita dari belakang,lagi mahu berkawan!!!itu kawan yg tak nyatakan terang2 berkawan dgn musuh,sekarang KAWAN kita terang2 berkawan dgn MUSUH lagi mahu berkawan.

    BalasPadam
  2. wahai PRK.....buatlah keputusan dengan menolak permainan PAS..PAS sudah terdesak..PAS skrg hanya perlu kpd nyawa sekarang..sebab tu PAS tak pasti sama ada nak kpd PKR atau UMNO?wpun aku pengundi tetap PAS..aku dah anggap PAS sebagai PARTI YG KELIRU..PAS TAK TAHU KE MANA NAK PERGI

    BalasPadam
  3. silap taip ..PKR bukan PRK

    BalasPadam
  4. angka togel kontol bapak lu.

    BalasPadam
  5. Saya sokong PAS terus bekerjasama dgn PKR demi kelangsungan Islam.. Kalau dgn UMNO kita cuma nk tarik ahli2 UMNO shj x perlu serius sgt..

    BalasPadam
    Balasan
    1. yg sukakan pas dlm pkr cuma azmin sahaja.PAS adalah kawan yg tak boleh diharap.suka tikam kawan dari belakang.islam yg dibawa oleh pas ialah islam u-turn.

      Padam
    2. Saya faham perasaan PKR bila kita PAS cuba bekerjasama dgn UMNO.. Tapi percayalah pasti akan ada sesuatu yg x dijangka berlaku.. In shaa Allah.. Sesuatu yg amat baik..

      Padam
  6. kalau PKR dan kuncu-kuncunya PAN dan DAP dah rasa kuat apa perlunya lagi PAS

    Kegelisahan PH amat jelas bila PAS ingin menjalinkan kerjasama dengan UMNO

    Rakyat kini amat simpati dengan PAS bila PH ditubuhkan atas nafsu DAP - tambahan pula pemimpin PAN terlalu menghina PAS yang meletakan mereka dipersada politik negara

    PAS jangan bimbang rakyat yang mahukan Islam pasti bersama mu

    BalasPadam
  7. PAS lebih suka bekerjasama dgn MCA.bila bekerjasama dgn umno semestinya bekerjasama dgn MCA.hehheheh rakyat yg macamna nakkan PAS yg kaki kencing.suka kencing merata-rata. cuma rakyat yg suka dikencingkan sahaja yg sukakkan pas.

    BalasPadam