Sabtu, 25 April 2015

CALON PKR PERMATANG PAUH - MENGAPA KAK WAN ?

SECARA peribadinya, aku mengharapkan agar calon lelaki yang lebih muda, bertenaga dan vokal untuk mengisi kekosongan calon mewakili PKR di Permatang Pauh. Aku telah banyak menulis termasuk di dalam blog aku mengapa aku memikirkan demikian.
 
Datin Seri Wan Azizah - Presiden PKR (Calon P044 Permatang Pauh)
Paling utama, aku melihat Kak Wan terlalu dibebankan dengan amanah dan tanggungjawab bukan sahaja di dalam politik bahkan tanggungjawab beliau sebagai isteri yang sentiasa memantau perkembangan suaminya di dalam tahanan di Sg Buluh. Tentulah baginya mahu melihat suaminya yang telah dikongsikan oleh rakyat sebagai pejuang negara sentiasa berada di dalam keadaan selamat dan sihat di sana. Tidak ringan bebanan kepada Kak Wan dan tidak ramai dari kita yang mampu memikulnya.
 
Majlis pengumuman calon malam tadi
Rupanya bukan aku saja yang berpandangan demikian, tetapi ramai di kalangan pemerhati di luar sana pun mahu agar tiada lagi bebanan ke atas Kak Wan. Sebab itu nama-nama seperti Saifuddin Nasution, Yusmadi, Chegu Bard dan tokoh-tokoh muda Permatang Pauh disebut-sebut wajat menggalas cabaran hebat ini.

Akhirnya, malam tadi parti telah buat keputusan bahawa sejarah kehebatan Permatang Pauh wajar dipertahankan. Parti mahu usaha pihak-pihak musuh untuk melenyapkan 'roh' Anwar di Permatang Pauh wajib dilawan. Parti melihat walaupun Anwar terpenjara, namun 'roh' pembakar semangat atau 'bau-bau' Anwar masih tetap dapat dihidu oleh masyarakat Permatang Pauh.

Tentu ada yang berkata, kenapa mesti keluarga Anwar? Ya, keluarga Anwar memang tidak putus untuk meneruskan perjuangan. Bukan menjadi satu kesalahan pun jika kita memiliki isteri, anak mahu pun cucu yang ingin meneruskan perjuangan yang baik. Apa yang penting, mereka bukan naik di dalam politik kerana ditunjuk oleh Anwar. Mereka diiktiraf sebagai pejuang oleh rakyat. Mereka juga telah diuji dengan ujian yang berat-berat dan tidak semua ahli politik mendapat ujian dan mampu menghadapi ujian sehebat yang dialami oleh Kak Wan serta keluarganya.

Faktor lain, PR kini masih belum stabil. Kita tiada tokoh yang boleh diyakini untuk diletakkan sebagai Ketua Pembangkang. Kak Wan dilihat mampu menjadi Ketua Pembangkang walaupun ada yang menyebut Kak Wan tidak layak sewaktu beliau mahu dicalonkan sebagai MB Selangor. Malangnya yang berkata demikian tidak pernah membawa hujah atau fakta sebab musabab Kak Wan tidak layak. Kak Wan punyai pengalaman menjadi Ketua Pembangkang. Kak Wan tidak pernah tewas di dalam Pilihanraya bahkan tetap menang walaupun bertanding di luar Permatang Pauh. Yang menyebut Kak Wan tidak layak itu bagaimana? Adakah mereka miliki rekod seperti itu?

Walaupun aku merasa harapan aku untuk melihat tokoh-tokoh muda ditampilkan di Permatang kali ini gagal, namun aku tetap melihat bahawa pandangan orang lain terutamanya di akar umbi mungkin tidak sama dengan pandangan aku. Berbeza pendapat dan pandangan itu baik tetapi jangan kerana kehendak kita gagal, kita menuduh pendapat orang lain itu salah.

Selaku ahli dan penyokong parti, akhirnya kena akur bahawa sesiapa pun yang diamanahkan oleh parti itulah calon yang mesti kita sokong dan bantu. Berbeza pendapat sebelum dimuktamadkan, tetapi bila keputusan telah dibuat maka lupakan perbezaan. Ini lah yang turut aku lakukan sewaktu krisis MB Selangor dulu. Ternyata, Alhamdulillah, kesannya amat baik.

Jumaat, 24 April 2015

MUSUH DEPAN BATANG HIDUNG PUN MASIH LAGI MAHU BERTELAGAH?

POLITIK adalah strategi dan peperangan. Ada pasukan sahabat, ada pasukan musuh. Kita boleh belajar dari tentera apabila bercakap tentang strategi dan peperangan menghadapi musuh.

Apabila berperang, panglima2 dari beberapa batalion akan berbincang tentang strategi untuk menewaskan musuh dan menawan kubu musuh. Lazimnya, di dalam perbincangan itu, berbagai pendapat di utarakan, dan berbagai perbezaan pendapat dan pendekatan menjadi perbahasan sesama panglima perang.

Ada panglima yg mahu agar musuh diserang waktu malam. Ada panglima yang mahu menyerang musuh di awal pagi. Ada yg mahu serangan bermula di sebelah kiri kubu musuh, dan ada yg mahu dimulakan serangan di sebelah kanan. Kadangkala perbincangan menjadi hangat dengan masing2 mengemukakan hujah dan pendapat masing2 untuk menghancurkan musuh.

Sedang mereka berbincang dan bertukar2 pendapat serta berbahas tentang strategi untuk menentang musuh, tiba2 musuh dtg di hadapan kubu mereka tanpa disedari. Apakah yg akan mereka lakukan?

Panglima2 yg bijak akan segera bertindak, berhenti dari berbalah dan bertukar fikiran lantas sama2 halakan muncung senjata ke arah musuh yang berada di depan mata.

Panglima yg bodoh akan terus bertengkar dan berbalah dan masih ingin mempertahankan pendapatnya sehinggakan musuh dengan mudah menyerbu, menembak kesemua mereka dan menawan kubu mereka.

Apakah kita tidak boleh berbeza pendapat dan pendekatan di dalam politik? Tentu saja boleh dan ianya boleh membantu memperkuatkan kita. Tapi, malang sekali jika kita mahu teruskan perbezaan ini tatkala kita berdepan dengan pilihanraya dan musuh kita semakin hampir dengan kita.

Isnin, 20 April 2015

PRK PERMATANG PAUH - USAHA YUSNI MAT PIAH UNTUK MALUKAN MAT SABU DAN USTAZ TUAN IBRAHIM?

PAS melalui Timbalan Presidennya, Mat Sabu dengan tegas menyatakan bahawa PAS tetap menyokong PKR di Permatang Pauh di dalam PRK yang akan diadakan pada 07 Mei ini nanti.  Begitu juga komitmen yang dinyatakan oleh Naib Presiden PAS, Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man yang menyebut bahawa PAS akan menerima dan menyokong sesiapa sahaja calon yang akan ditampilkan oleh PKR di Permatang Pauh.

Komitmen ini disambut juga oleh PKR Pahang apabila telah meyebut bahawa PKR tetap komited menyokong dan membantu sesiapa sahaja calon dari PAS yang akan ditampilkan oleh parti tersebut di Rompin yang akan mengundi pada 05 Mei ini.  Alhamdulillah, satu komitmen jitu dan positif dari kedua-dua pihak sekalipun terdapat perbezaan pendapat sejak kebelakangan ini.

Siapa Ustaz Yusni Mat Piah di Permatang Pauh untuk mengugut PKR di Permatang Pauh?  Adakah usaha beliau ini hanya untuk memalukan Mat Sabu dan Ustaz Tuan Ibrahim menjelang Muktamar parti berkenaan?  Pimpinan sibuk mencari jalan untuk bersatu, ustaz muda ini lain pula kerjanya.  Adakah beliau tidak belajar sejarah di Dun Sg Acheh sewaktu PRU 13 yang lalu di mana biasanya khianat itu akan menguntungkan musuh?  Apakah sememangnya beliau ingin musuh menang lagi setelah menang di Dun Sg Acheh angkara beliau masuk bertanding melawan Chegu Bard, walaupun terpaksa hilang desposit asalkan Umno/Bn menang?  Adakah ini waktu yang sesuai untuk ustaz muda ini membalas dendam?

Aku respek Mat Sabu dan Ustaz Tuan Ibrahim serta semua penyokong dan ahli PAS yang tahu dan kenal musuh sebenar mereka.  Tidak semua yang berfikiran seperti Ustaz Yusni yang jumud itu.  Begitu juga, PKR di Pahang tidak semua mempunyai sifat balas dendam yang amat dibenci Allah itu.

Semoga Permatang Pauh terus kita kekalkan, dan Rompin mencipta sejarah buat PAS kali ini.  InsyaAllah.