Jumaat, 20 November 2015

UMNO PENANG DAPAT 'TONGKAT SUCI", PH P.PINANG HARUS LEBIH KUAT

KERRAJAAN Pakatan Harapan P.Pinang mulai sekarang perlu lebih bersedia dan kuat lagi kerana kini kita terpaksa menghadapi satu lagi cabaran iaitu pertambahan jumlah musuh kita di negeri ini.  Jika dahulu kita hanya berdepan dengan Umno/Bn sahaja, tetapi kita PH terpaksa berdepan dengan Pas di P.Pinang yang telah mengistiharkan diri sebagai Pembangkang di P.Pinang.

Ertinya, di P.Pinang, Umno/Bn telah mendapat tongkat 'suci' dan tentunya mereka patut bersyukur kerana masih ada yang sayang kepada parti pewaris 2.6 Bilion ini.  Berbeza di Selangor, Pas sanggup bersama Keadilan dan Dap kerana mungkin kedua-dua parti ini telah bersetuju dengan Hudud gamaknya.  Bukankah Hudud sering menjafi alasan Pas untuk memutuskan hubungan dengan kawan-kawan?  Kali ini Umno dirasakan akan menyokong Hudud apabila dibawa ke Parlimen nanti.  Tapi, bila?  Wallahu Aklam.  Yang pasti RUU Akta 355 (Pindaan Mahkamah Syariah) yang cuba dibawa masuk Parlimen, bukan Hudud.  Tapi yang dicanangkan di mana-mana adalah Hudud.

Apa pun, negara ini demokrasi.  Sesiapa pun berhak untuk mengistiharkan diri mereka sebagai penyokong kerajaan atau Pembangkang.  Bahkan, untuk berkecuali pun boleh.  Mahu menentang di dalam baring, duduk hatta mencangkung pun boleh.  Rakyat akan melihat Wakil Rakyat manakah yang sanggup bersusah payah demi membela nasib rakyat atau Wakil Rakyat manakah yang beri tongkat pada rejim.

Isnin, 16 November 2015

SALAH DAP JUGA MAKSIAT BERLELUASA DI LUAR BANDAR?

BENARKAH kesemuanya salah Dap?  Oleh kerana Dap menguasai bandar-bandar, maka berlakulah maksiat minum arak dan judi?  Peliknya, setelah terputusnya hubungan kita dengan Dap maka baru timbul bahawa maksiat berlaku di tengah bandar kerana adanya Dap dan kita pun berlawan sesungguh hati dengan Dap.

Sampai sekarang aku tengah berfikir, di Bandar Kuantan, contohnya boleh dikatakan tiada pun Dap dan jika ada pun tidaklah sekuat mana.  Kuantan diwakili oleh MPnya, YB Fuziah Salleh (Keadilan), dua lagi Dun diwakili oleh calon Keadilan serta calon Pas, satu lagi diwakili oleh Umno.  Dap tidak bertandingpun di Kuantan.  Kuantan pula dikawal selia pentadbirannya oleh MPK, di bawah kerajaan negeri dikuasai Umno.

Di mana boleh disandarkan maksiat berlaku di bandar-bandar kerana Dap?  Belum ditanya lagi bandar johor Baharu yang besar itu.  Ibu Negara, Kuala Lumpur juga di bawah DBKL, di bawah Menteri Wilayah, iaitu Kerajaan Pusat yang dipimpin oleh Umno/Bn.  Di mana salahnya Dap?

Siapa yang berkuasa di dalam mengeluarkan lesen judi dan arak selama ini, jika kita menganggap bahawa Dap adalah pencetus maksiat judi dan arak di bandar-bandar?  

Bolehkah kita mengaku bahawa di setiap felda dan kampung-kampung juga kini berleluasa maksiat?  Apakah kita tidak tahu maksiat juga banyak berlaku di kampong-kampong termasuk di felda-felda?  Bukan saja aktiviti minum arak atau berjudi, gejala buang anak juga dijuarai oleh anak-anak gadis Melayu Islam di luar bandar.  Apakah ini tidak serius berbanding arak dan judi?  Salah Dap jugakah gejala ini berlaku di luar bandar?  Bagaimana pula di Bandar Kota Baharu atau Kuala Terengganu atau di segenap pelosok kampong di Kelantan dan Terengganu?  Tiadakah masalah sosial yang meruncing?  Lupakah kita gejala Aids yang tertinggi adalah di negeri Kelantan, apakah Dap juga menjadi penyebab?  Kuatkah pengaruh Dap di kedua-dua negeri Pantai Timur itu?

Sikap meletakkan salah ke atas pihak lain hanya kerana kita tidak lagi berkawan dengannya adalah satu sikap paling tidak bertanggungjawab.  Kita lupa kita sebagai penganut berugama Islam telah gagal mendidik anak bangsa kita ke arah yang lebih baik, malahan kita semakin berbaik dengan Umno/Bn yang ternyata menjadi punca banyak masalah sosial yang semakin berkembang.  Kita patut malu bahawa bangsa yang paling tinggi di dalam gejala membuang bayi ini adalah bangsa Melayu Islam terutamanya di luar bandar.  Kita hanya nampak Dap, kita tutup mata dengan Umno dan Mca.