Ahad, 17 Januari 2016

SATIRA TOK USIN - TOK USIN UG CEROI BERGADUH

TOK BERGADUH DALAM MEETING

Dalam mesyuarat kawasan parti tok petang tadi, tok bergaduh dengan YDP kawasan. Dalam mesyuarat tu, ramai yg kutuk2 Dap...macam2 ayat maki hamun keluar dari mulut2 lebai2 yg hadir mesyuarat tadi. Ada yg terlalu marah sampai pengsan2 dan masuk hantu atau seperti histeria memaki Dap. Waktu tu, tok senyum je tak kata apa2 kerana tok dapat lihat usrah2 parti tok benar2 berkesan selama ini.

Cuma, sewaktu YDP kawasan tok dlm ucapan akhirnya dia sebut agar sama2 berdoa supaya Dap dilenyapkan dari dunia ini. Semua pakat Ameen belaka. Kecuali tok. Tok terus bangun dan membantah doa berkenaan.

Apa lagi, kecuh semua dalam mesyuarat. Hampir2 bergaduh tok dengan YDP. Mereka semua tuduh tok membela Dap dan tok ni munafik Haraki serta penjilat tegar Dap. Tok akhirnya capai mikropon untuk jelaskan kenapa tok bantah doa melenyapkan Dap.

" Tuan2 Walaun semua, Dengar sini tok cakap dulu. Jgn mudah sangat kamu semua label tok munafik Haraki, barua, broker Dap dan sebagainya. Tok tak setuju kita berdoa agar Allah hapuskan Dap kerana tok tahu, doa dari Ostat YDP kita tu mesti kabul punya. Bayangkan, kalau doa itu termakbul dan tiba2 Dap ghaib dari dunia ini, apa akan jadi?" Soal tok.

Semua bangun dan riuh dlm dewan. Ada yg baling kasut, selipar, terompah dan tasbih kat tok. Tok mengelak. " Tokkk....biarlah Dap musnah...memang itu yg kita mahu sbb Dap tolak Hudud...Hudud....Hudud....paham tak tokkkk!!!" Jerit seorang pakcik yg terlalu marah sampai tertanggal kain pelikatnya menampakkan kerandutnya yg usang sbb tak pakai seluar dalam.

" Sabarrrr...dengar dulu. Kamu kata kita tak boleh buat Hudud kerana Dap, bukan? Haaaa...itulah sebabnya tok minta kita jgn berdoa agar Dap hilang kat negara kita. Bayangkan kalau Dap takde....abis tu, kita nak tuduh siapa sebagai penghalang Hudud? Siapa? Nak tuduh Amno? Bukankah guru kita dah bertunang dgn Amno, takkan tergamak kita nak tuduh Amno penghalang Hudud? Bukankah guru kita telah menjadi Penasihat Amno, takkan guru kita tak nasihat Amno untuk buat Hudud? Abis tu, nak tuduh siapa lagi kalau bukan Dap? Nak tuduh Anwar? Anwar dlm penjara. Nak tuduh Amanah? Amanah tu semua pimpinannya adalah bekas pimpinan kita juga, mereka byk berkorban dgn parti kita dan mereka berada dlm parti kita sewaktu dasar kita mahu Hudud. Ertinya mereka bukan anti Hudud. Siapa lagi kalau bukan Dap saja yg mudah kita tuduh dan ramai org2 Melayu yg bodoh tu pasti percaya kalau kita tuduh Dap sebagai penghalang. Sebab itu lah, wajib kita berdoa agar Dap dikekalkan dlm negara kita untuk memudahkan kita menuduhnya sebagai penghalang Hudud. Faham?". Kata tok dgn penuh semangat.

Dewan sunyi sepi. Semua terdiam. Tiba2 meluru semua dalam dewan menyerbu ke arah tok dan memeluk tok sambil minta ampun. Ada yg melutut dan sembah kaki tok menyesal menuduh tok barua.

" Alhamdulillah....kita bertuah ada lagi orang bijak macam tok Usin ni dlm jemaah kita..." Kata YDP kawasan sambil disahut Takbit oleh semua.

Tok tersengeh puas.
 
Sumber:  FB Tok Usin UG Ceroi

17 ulasan:

  1. Kalau tok bijak tok keluar PAS kerana kini tinggal spesis tok sorang je dlm PAS.. Pergilah cemolot dgn DAP lepas tok angkat tgn tanda sokong bila DAP tolak hudud.. Kami dlm PAS x berani nk angkat tgn tok..

    BalasPadam
    Balasan
    1. buatpe tok nk cemolot dgn DAP,Tok nk cemolot dgn umno jerr.DAP mkn babi.tapi dgn umno tok dpt tumpang sekaki sebab dia bnyak duit mkn rasuah,derma.

      Padam
    2. Jgnlah fitnah kami tok, kami tak sanggup makan rasuah.. Sebagaimana mereka yg berani menolak hudud!!

      Padam
    3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    4. Satu lagi tok mintak tok tolong jawab yea soalan saya ni..

      Kalau konsesus PH setuju tolak hudud, apa pendapat tok.?. Maksud saya mana yg lebih perlu diimani, AlQuran yg suruh laksana hudud atau konsesus PH? Jawab ye tok..tok kan bijak?

      Padam
    5. DAp tolak hudud masa arwaah TGNA lagi tapi adakah tgna putus dgn dap?al quran kata bila dah akil baligh wajib solat,sebelum tu nak buat macamana kalau tak solat?tak boleh hukumkan sebelum sampai usia 10 tahun.Bila dah suasana negara amat sesuai nak buat hudud maka konsesus PH kena bincang sampai berjaya.InsyaAllah masa tu semua akan menerimanya dgn baik.Masa tu PH dah dapat putrajaya dan ada kuasa penuh,beri penerangan kebaikkan hudud dimedia dan berbagai majlis penerangan,insyaAllah bilamana ramai yg dah faham mereka akan menerimanya.Yakin pada Allah....PAS pun tahu yg dalam keadaan hari ni hudud masih tak boleh dilaksanakan lagi tapi mereka gunakan isu ni untuk melahirkan kebencian pada dap dan mengalihkan pandangan pada umno...

      Padam
    6. Nampaknya tuan masih lg memandangkan tinggi undang2 ciptaan manusia.. Bab undang2 Islam nk kena semua org faham dulu.. Tapi tuan x kesah pun kan bila undang2 jenayah sivil lain yg majoriti rakyat Malaysia masih x paham sepenuhnya pun tapi tetap juga dijalankan.. Di mana logiknya?.. Sbg contoh.. Tuan tahu ke brp gram morfin, ganja, heroin,dll yg boleh sampai kena hukum gantung?? Berapa ramai org2 kampong yg x tahu pun.. Tapi x kesah pun utk dilaksanakan pd seluruh rakyat mesia!! PH tak usahlah berpura2 nakkan hukum hudud tapi dari segi tingkah laku setakat ini x nampak pun keinginan mereka ke arah itu sbbnya mereka pun berfikiran mcm tuan jugak..

      Padam
    7. Otak otak puak puak parti tok semua otak letak kat tepi lubang jubo sbb tu fikiran diorang dah mcm tak siuman...kalaulah DAP sokong hudud,adakah hudud dpt dijlnkan di malaysia? Umno baru baru ni dah maklumkan hudud tak sesuai di malaysia..sekarang siapa penghalang sebenar isu hudud ni...pemimpin2 pas semua baghal dan bangang..lebih baik otak2 mereka diganti dgn otak2 babi..itu lebih baik kerana kalau mereka menyondol mcm babi buta pun, org faham.

      Padam
  2. kah..kaahh..kahhhhh..hee...nanti ustaz sampul pas...tak boleh cari mkn kt mesjid..

    BalasPadam
  3. perhhhh..malam tu selepas tok berucap tin milo pun diedarkan utk kutip derma...maka penuhlah derma yg diterima..kira 2.6 tin milo 5kg tu...lega ydp tok...dapat jugak bayo sewa pa system.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah terbukti derma PAS dari ahli2 melalui tin Milo bukan dari Israel rm300juta..

      Padam
  4. Satu lagi tok mintak tok tolong jawab yea soalan saya ni..

    Kalau konsesus PH setuju tolak hudud, apa pendapat tok.?. Maksud saya mana yg lebih perlu diimani, AlQuran yg suruh laksana hudud atau konsesus PH? Jawab ye tok..tok kan bijak?

    BalasPadam
  5. Mana tok usin yg bijaksana ni.. Takkan x bangun tidur lagi kut.. Bangun tok buat solat dhuha tok..lepas tu jwp soklan saya di atas ye tok..tok kan bijak?

    BalasPadam
  6. Mana tok usin yg bijaksana ni.. Tok bangun tok..dah nak zohor dah ni tok..sy dah x sedap hati dah ni..tok tolong la bangun tok ..jgn buat sy gementar tok..adakah tok dah innalillaah ke apa?

    Tok sebelum tok hembuskan nafas terakhir sekurang2nya tok jawablah dulu soklan saya tuh.. Kalau tok nk jawap secara ringkas pun tak pe. AQ atau PH?.. Tok..semoga tok pergi dgn aman ye tok.. Hanya tok je yg tahu iktikad iman tok samda pada alQuran atau Konsesus PH.. Sekian..

    Begitulah berakhirnya satira tok usin ceroi yg x diketahui samada kematiannya berakhir dgn samada berimankan alQuran atau PH..

    BalasPadam
  7. Hudud mana yg kau ckap tu..atau rang undang2 355?.dlm alquran ayat tntang hudud je ke?knapa masa printah tganu n kedah kau tak brani nk bawa ke dewan undangn negri?knapa tak kutuk tgna tak laksana hudud masa 20thun dia jaga sana?pyah klau baghal yg hujah..mcam tuang presideng dia yg baghal tu..org malas nk lyan org baghal mcam kau ni.

    BalasPadam
  8. Agak2 kalau DAP kata x sokong hudud walaupun ia disebut secara terang2 dlm alQuran.. PAN akan bantah atau sokong DAP??.. Aku yakin PAN sokong.. Kau rasa camana wahai Anon 1:43??

    BalasPadam