Khamis, 10 Mac 2016

DEKLARASI YANG BUKAN KERANA MAHATHIR TAPI ITU TUNTUTAN ANWAR

DEKLARASI Rakyat termeterai sudah.  Najib mesti berundur atau diundurkan.  Ini bukan masalah Mahathir yang suruh atau Anwar yang suruh.  Jika ditanya pada rata-rata rakyat termasuk ahli-ahli Umno sendiri sependapat bahawa sudah sampai masanya Najib bersara atau dibicarakan.

Pakatan Harapan sudah berusaha untuk melakukan ini sebelum Mahathir bersuara lagi.  Bukan kerana Mahathir jauh sekali kita mahu bergantung kepada Mahathir.  Mahathir ayam pencen.  Bukan selayaknya kita bertarung dengan PM pencen yang tiada lagi kuku.  Mahathir sendiri gagal selamatkan anaknya dari dipecat sebagai MB Kedah, mana mungkin kita berselera dengan Mahathir?

Tapi kalau Mahathir mahu memberikan senjata kepada kita yang beliau sendiri tak terdaya mahu gunakan senjata itu untuk jatuhkan Najib, apakah kita menolaknya?  Terima senjata Mahathir bukan bermakna kita maafkan segala salah laku beliau sewaktu beliau berkuasa.  Sesiapa pun tidak akan terlepas dari menanggung akibat sekiranya melakukan kesalahan sewaktu berkuasa, tidak terkecuali Mahathir.  

Anwar menyokong Deklarasi Rakyat bukan kerana adanya Mahathir.  Bukankah Anwar telah berpesan kepada kita sebelum beliau masuk penjara bahawa teruskan perjuangan dan lakukan reform.  Anwar tidak suruh kita hanya berjuang untuk bebaskan beliau dari penjara.  Anwar mahu kita selamatkan Malaysia.  Apabila Malaysia selamat, tiada lagi orang yang teraniaya berada di dalam penjara seperti Anwar.  Salahkah Deklarasi itu?

Atau, pendekatan kita itu salah kerana Mahathir menyokong kita turunkan Najib?  Takkan kerana Mahathir sokong perjuangan kita maka kita kena hentikannya?  Jika itu berlaku, memang benarlah kita berjuang ini kerana berpaksikan kepada Mahathir.  

Aku tidak setuju kita kena hentikan cita-cita kita hanya kerana Mahathir setuju atau tidak.  Tiada dalam kepala otak aku Mahathir walaupun sedikit.  Apa yang ada hanyalah pesanan Anwar bahawa lakukan segera reform.  Do It Now!!

6 ulasan:

  1. KAH KAH KAH.. PENDOKONG MUKA KAKI LIWAT

    BalasPadam
    Balasan
    1. macm ni la bila babi mengulas

      Padam
    2. Ketinggalan rupenye kamu ni. mahkamah udah dibayar.

      Padam
    3. tanpa nama 8.42pg ko la babi yg kena liwat dengan babi tanpa nama 6.11 pg

      Padam
  2. Ada jugak manusia berotak tahi babi percaya kes2 liwat ni..kalaulah kebenaran terserlah suatu hari nanti,sahlah org2 yg percaya kes2 rekaan liwat ni adalah dari berketurunan babi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Adalah tidak bijak memepercayai kes2 liwat yg jelas direka2 sbgaimana tidak bijaknya mempercayai bahawa PAS sdg berUG dgn UMNO.. kini jelas PAS akan bersama parti dan NGO lain bukan UMNO sbg Blok Politik ke 3....

      Padam