Rabu, 4 Mei 2016

CADANGAN BODOH DARI ZAID IBRAHIM

ZAID Ibrahim mencadangkan agar Dap dan Amanah singkirkan KEADILAN hanya kerana isu Kerusi bertindih di Sarawak.  Secara peribadi aku juga amat kesal di atas apa yang berlaku akibat kurangnya sikap disiplin dan bertanggungjawab di dalam muafakat dan seharusnya KEADILAN perlu memandang serius isu ini agar tidak berlaku lagi di masa-masa akan datang.

Namun, untuk menyatakan KEADILAN harus disingkirkan dari PH adalah kenyataan paling bodoh dari orang politik veteren seperti Zaid.  PH wujud bukan kerana usaha Zaid dan kemajuan PH sekarang ini hanya tidak sampai 0.01 % pun dari Zaid.  Beliau cuma menumpang di dalam PH.  Parti beliau sendiri, parti KITA pun beliau gagal uruskan dengan baik sehingga terkubur walaupun keahlian KITA boleh dikira dengan jari.  Sepatutnya parti yang kecil seperti itu mudah untuk diurus tadbir oleh Zaid sebagai tokoh politik berpengalaman, namun Zaid gagal.  Bayangkan, KEADILAN sebuah parti besar dan memiliki tokoh-tokoh besar dan berpengaruh, sudah tentu banyak cabaran dan mehnahnya.  Itu biasa bagi sesebuah parti besar dan berpengaruh, tetapi itu semua satu pembelajaran untuk parti terus mempertingkatkan kualitinya.

Cuba sebut parti mana yang tidak pernah berlaku kontroversi di dalam partinya sendiri?  Dap juga ada kontroversi, begitu juga Amanah.  Kebetulan kita berdepan dengan PRN, dan PH baru saja memeterai perjanjian dan persefahaman, sebab itu isu ini dilihat lebih ke hadapan.  Meskipun kita kesal dengan apa yang berlaku, paling tidak pun rasa lega kerana pertindihan hanya berlaku hanya sekitar 10% sahaja dari jumlah Kerusi yang dipertandingkan.  Rugi tetap rugi walaupun hanya berlaku satu Kerusi yang bertindih.  Tapi itulah ujiannya kepada KEADILAN khususnya dan PH, amnya.  Banyak yang boleh dipelajari dari situasi ini.

Sebelum menyuarakan pandangan negatif sedemikian rupa, Zaid sepatutnya berfikir terlebih dahulu mana lebih menguntungkan jika KEADILAN bersama PH atau hanya Dap dan Amanah sahaja yang bergabung?  Kecuali, jika Zaid mahu realisasikan agenda Mahathir untuk hanya jatuhkan Najib dan naikkan Umno.  Bagi KEADILAN, Deklarasi Rakyat yang dianggotai juga oleh Zaid bukan untuk jatuhkan Najib semata-mata tetapi kami mahu PH menggantikan Umno/Bn di dalam PRU14 akan datang.  Langkah pertama, Najib wajib jatuh kerana beliau perosak negara sekarang ini.

10 ulasan:

  1. Usik dap pantang kan din...kipidap

    BalasPadam
  2. zahid nampak cerdik tapi otak lembu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yg pi ikut zaid sertai kongress rakyat otak apa plak?

      Padam
  3. Luahan orang kecewa tentang pakatan yang mengecewakan.

    BalasPadam
  4. Sebenarnya Pkr banyak bawa masaalah dengan Pan/Dap. Cuba perhati hubungan PanDap sentiasa tenang tidak berserabut. Skrg Ketum dah tak de jadi Pkr tak boleh berlagak macam hebat macam ketua. Cuba buat macam Pan demi menjaga hubungan yang baik dan intim mereka sanggup jadi barua pada Dap.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pencacai pas sama mcm presideng mulut longkang lidah biawak.

      Padam
  5. Cadangan Zahid sangat matang dan berhemah besar.
    PKR tidak mudah utk diperbodohkan oleh DAP.
    Hanya yg sesuai bersama DAP hanyalah PAN. Bagai isi dan kulit.
    Dap yg boleh bersama dgn mereka yg akan mengiakan semua cakapnya..PILIHAN paling tepat.. semestinya PAN.

    Tahniah PAN, adalah telah terpilih.
    Tahniah Zaid beri pandangan yg Ikhlas lagi bernas.
    Bangga dan kembang hidung Juak2 PAN.

    BalasPadam
  6. Penasihat PAN, direct je tegur Dr Badrul Amin doakan laknat dalam majlis deklarasi rakyat, sebab dikatakan ditujukan kepada Dr M.
    Dr Badrul tak sebut nama pun, cukup sensitif bila dari PKR.
    Tapi bila DZN disyaitankan oleh orang kuat DAP. AgamaWANG PAN kelu bersuara.

    Sahlah, regu terbaik DAP sebagaimana cadangan Zaid.

    Aku cukup tak setuju bila cadangan sebegi jelas dari tersuluh kebenarannya dikatakan BODOH.

    Dimanakah kebodohannya melainkan ketepatan analisis sekalipun pedih utk diterima oleh rakan2 PH.

    BalasPadam
  7. Pergi mampos dgn pakatan! Tak akan menang punya! Asyik bergaduh mcm sial. Bangga dgn slogan ´ Hidup Rakyat´ hakikatnya hal rakyat dicampak ke laut.Dasar pukimak! Rakyat tiada tempat pembelaan. Membazir! Hukum Pakatan! Seperti kami rakyat Sarawak menghukum Pakatan sebenarnya kerana sering berebut untuk menunjukkan siapa lebih besar/hebat!

    ps : Dulu Pakatan kini BN

    BalasPadam
    Balasan
    1. Buang pukimak dlm pkr spt azmin ali dan puak2nya baru PH selamat dan maju.

      Padam