Selasa, 17 Mei 2016

DEBAT DEKLARASI RAKYAT MALAM TADI - ANTARA PERSEPSI DAN HUJAH


MALAM tadi satu debat telah diadakan di Dewan KLSCAH, Selangor atas anjuran SAMM bertajuk 
" Deklarasi: Mana Pergi Rakyat".  Pertamanya aku nak ucapkan tahniah kepada SAMM yang membuka ruang perdebatan isu yang agak panas ini.

Memang tepatlah pendebat-pendebat yang tampil malam tadi.  Pendebat-pendebat mewakili pro Deklarasi adalah YB Khalid Samad, Ambiga dan Khairudin.  Manakala pendebat-pendebat yang sering mempertikaikan kewajaran Deklarasi terdiri dari Chegu Bard (SAMM), Arul (PSM) dan Haris (ABU).

Masing-masing membawa hujah bagi mempertahankan pendirian mereka tanpa ada selindung.  Masing-masing bercakap secara terbuka.  Perdebatan boleh dikatakan panas tetapi masih terkawal dan beretika walaupun sesekali ada segelintir para penonton cuba untuk memprovok pendebat-pendebat.  

Aku tidak mahu ulas perdebatan di antara kedua-dua pihak jauh sekali untuk menyebut siapa yang memenangi perdebatan tersebut.  Bagi aku, ini isu cabang dan pendekatan semata-mata.  Yakni, satu pihak merasakan wajarnya Deklarasi Rakyat ini dibuka seluas mungkin hatta Tun Mahathir bersama.  Satu pihak lagi meragui akan kehadiran Tun Mahathir di dalam Deklarasi Rakyat ini.  Ini semua soal Cabang.  Soal pokoknya iaitu wajib turunkan Najib dan Umno/Bn, aku yakin kedua-dua pihak sama-sama bersetuju.

Kaedahnya ada macam-macam dan belum tentu kaedah-kaedah itu berjaya.  Contohnya, kita telah cuba satu kaedah untuk memaksa Najib turun dengan cara membawa usul menolak Bajet di dalam Parlimen.  Namun kita gagal di dalam kaedah ini.  Apakah dengan kegagalan itu maka kita harus berhenti dan menunggu untuk dua tahun lagi agar Najib terus berkuasa?  

Kebimbangan Chegu Bard dan kumpulannya terhadap kejujuran Mahathir berdasarkan rekod lampau beliau dan kurangnya komitmen Mahathir di dalam isu-isu lain selain dari mahu turunkan Najib ada benarnya kebimbangan itu.  YB Khalid pula lebih terbuka di mana beliau menyatakan jika Mahathir ada agenda, PH juga ada agenda.  Ertinya, siapa cekap di dalam mempergunakan satu sama lain mereka akan berjaya dalam strategi ini.  

Kesimpulannya, aku bangga dengan perdebatan yang walaupun terhad masa untuk berhujah panjang lebar tapi sekurang-kurangnya kita dapat lihat betapa sebenarnya ramai rakyat yang bencikan Najib.  Terpulang kepada pimpinan PH bagaimana dan apakah kaedah terbaik selepas ini ?

4 ulasan:

  1. Mengapa saudara tak terbit kan rakaman tersebut di blog ini?

    BalasPadam
  2. Chegu Bard (SAMM) - tak sokong deklarasi sbb Mahathir (mungkin dendam peribadi sbb Mahathir aniaya Anwar. Anwar ialah abang kepada arwah ibu mertua Chegu Bard).

    Arul (PSM) - tak sokong deklarasi sbb hanya melibatkan segelintir individu. Seluruh rakyat Malaysia harus terlibat dalam menghasilkan deklarasi ini.

    Haris (ABU) - tak sokong deklarasi sbb takut ada agenda tersembunyi.

    Kesimpulan : There is nothing wrong about the content of the declaration. Sebab itulah Khalid Samad, Ambiga & Khairuddin sokong deklarasi itu.

    BalasPadam
  3. Tun m dan anwar mgkin pernah bermusuhan..tp demi rakyat..bersatu lah utk membuang najib dan konco2nya..knp perlu pertikaikan keihklasan tun m..beliau juga ingin bn ditumbangkan dlm pru14 nanti..mungkin inilah jasa2 terakhir beliau kpd rakyat dihujung usia..sokonglah tun m demi perjuangan menentang kezaliman najib dan konco2nya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jgn silap faham. Tun hanya mau Najib diturunkan, bukan utk tumbangkan BN. Tun bimbang jika Najib masih dikekalkan, BN akan tumbang dlm PRU14 nanti.

      Padam