Ahad, 15 Mei 2016

POLL BLOG - PERATUS MENYOKONG AMANAH UNTUK BERTANDING TINGGI SETAKAT INI

SIAPA wakili PH di PRK di Sg Besar dan K.Kangsar?  Amanah telah bermesyuarat dan mahu calonnya bertanding di kedua-dua kawasan tersebut.  Ertinya, Amanah menawarkan dirinya walaupun parti yang baru berusia lebih kurang 8 bulan ini bakal berdepan dengan rejim berkuasa Umno/Bn serta sekutu mesra alamnya iaitu Pas.

KEADILAN pula masih belum membuat keputusan walaupun jika melihat kepada gerak kerja dan program-program yang sedang berjalan di Parlimen Sg Besar seolah-olah KEADILAN telah bersedia untuk menawarkan diri.  Apa yang pasti, Dap awal-awal lagi mengumumkan tidak akan bertanding di dua kawasan tersebut dan bejanji hanya akan menyokong dan berkempen untuk calon dari PH sahaja.

Bagaimana dengan Pas?  Ada pimpinan Pas yang menyatakan Pas tetap akan bertanding di kedua Kerusi berkenaan dan tidak akan 'menyerang dan menyentuh' Umno di dalam kempennya.  Ertikata lain, Pas akan berperang tanpa menghalakan senapang ke arah kubu musuh.  

Apa pilihan pengundi-pengundi di dua kawasan berkenaan?  Adakah para pengundi akan melihat parti atau calon?  Pilihan anda pula bagaimana?  Sila buat undian di atas.

6 ulasan:

  1. Ini tukang poll yg sama ke dgn prn swk hari tu ke? Kacang poll daa

    BalasPadam
  2. Belawoook....!!!!

    BalasPadam
  3. Azmin ko tahu arahan Najib kpd pas adalah musnahkan pakatan dan pas itu sendiri... Rm1b menunggu pas setiap kali pkr dap kalah di PRK spt d teluk Intan...

    Pus dah termakan dedak dan murtad.. Cepat Min 'bunuh' pas sebelum parah

    BalasPadam
  4. Mohon pengundi dari K.Kangsar dan Sg. Besar yang POLL. Yang lain jangan poll...baru nampak cantik sikit

    BalasPadam