Jumaat, 23 September 2016

KEADILAN PATUT KURANG KERUSI JIKA LANGKAH INI BOLEH MENAMBAHKAN KEKUATAN PEMBANGKANG

KALAU ditanya tentang pendapat aku, adakah parti Mahyuddin (Aku sebut Bersatu) bakal mengancam Keadilan?  Aku akan jawab, Bersatu menjadikan Keadilan lebih tercabar dan akan menyuntik motivasi kepada Keadilan untuk bersaing dengan parti tersebut di dalam meraihkan sokongan dan ahli.

Itu di dalam aspek persaingan dua parti ini.  Tetapi kebaikan yang lebih besar faedahnya kepada rakyat adalah Bersatu mahu berganding bahu dengan Keadilan khususnya dan PH, amnya untuk bersama-sama menumbangkan Umno/Bn.  Ini yang membimbangkan Umno/Bn serta sekutunya.  Kehadiran Bersatu bakal mencuri seberapa banyak mungkin ahli-ahli Umno yang sedar tentang skandal Najib yang telah memusnahkan Umno, parti keramat orang-orang Melayu sejak dahulu.  

Masalah Keadilan semenjak mula ditubuhkan adalah kesukaran untuk mendapatkan sokongan kaum Melayu bagi menjatuhkan kerajaan yang zalim sekarang.  Terutama kaum Melayu di pendalaman, di felda-felda, itu merupakan masalah besar buat Keadilan.  Apabila Bersatu wujud, Keadilan anggap ianya satu rahmat dari Allah dan terpulanglah kepada Keadilan untuk mengatur strategi sebaik mungkin agar matlamat utama menjatuhkan Umno/Bn tercapai.  

Di dalam mengatur strategi ini, Keadilan harus banyak bertolak ansur.  Strategi tidak mungkin berjaya jika Keadilan memiliki sifat tamak haloba dan tidak melihat kepada realiti.  Aku bersetuju dengan pendapat MP Kuantan, YB Fuziah Salleh yang berteori bahawa Umno boleh kita kalahkan jika kita sanggup kurangkan Kerusi kita di dalam masa yang sama Kerusi Umno juga kurang, dan Pembangkang dapat menambah Kerusi.  Apakah Keadilan rugi?  Tidak.  Keadilan hanya mungkin rugi jumlah bilangan Kerusi tetapi Keadilan mencapai hasratnya iaitu Umno/Bn turut kurang Kerusi yang mereka miliki sekarang.

Keadilan akan kekalkan Kerusi yang telah dimenangi dan InsyaAllah, ianya tidak berkurangan.  Keadilan cuma kurang Kerusi yang dulunya ditandingi oleh Keadilan tetapi tidak pernah menang atau dapat memberi saingan kepada Umno/Bn.  Ini banyak berlaku di kawasan-kawasan pendalaman dan felda.  Oleh kerana itu, amat bijak dan strategik sekali jika kawasan-kawasan ini dipertaruhkan kepada Bersatu untuk berdepan dengan Umno/Bn.  Jika Bersatu menang, maka Pembangkang akan dapat menambah Kerusi walaupun Keadilan kurang Kerusi.  

Aku yakin, pimpinan di dalam PH dan Bersatu serius untuk membincangkan agihan Kerusi ini secepat mungkin selepas isu sempadanan semula kawasan Pilihanraya yang menjadi kontroversi sekarang dapat diselesaikan.  

 

9 ulasan:

  1. Saya juga bersetuju.. asalkan jangan diganggu kerusi2 PAS yg ditandinginya pada PRI13.. Jadi tidak timbul pertandingan 3 penjuru spt yg berlaku di Sarawak serta Sg Besar dan K Kangsar.. PAS pula mungkin boleh juga pinjamkan kerusi2 yg mereka kalah pd PRU 13 iaitu yg lebih dari sejumlah undi yg dilihat agak banyak (akan ditentukan kepimpinan) kpd Parti Bersatu.. tidak mungin kpd PAN!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pinjam? Sejak bila PIGS miliki kerusi tu...jgn jd mcm penjajah..asal dah pijak satu2 pulau ngaku hsk dia.

      Padam
    2. Pinjam? Sejak bila PIGS miliki kerusi tu...jgn jd mcm penjajah..asal dah pijak satu2 pulau ngaku hsk dia.

      Padam
    3. Lari sini lak ye walakontol ni..kahkahkah..kena kuasa 10 kat blog lain..kahkakah

      Padam
    4. Yeah mengaku pun wujudnya kuasa 10.. Yg ada kuasa 10 ni pun dia tarik balik saman 1mdb.. Cer bayangkan kalau takde kuasa 10.. Bo boi boi..

      Padam
  2. Bodohkan Orang Kampung - Perjuangan UMNO Busuk Hingga Ke Usus!!

    Sumber Berita


    >>> Klik Di Sini <<<




    UMNO PARTI PENJARA - Anak Muda Tak KEBULUR Jawatan Dlm UMNO!

    Sumber Berita


    >>> Klik Di Sini <<<





    Pukulan Maut Anak Johor - Kami Tidak Mahu Menjadi Kuli Batak UMNO Lagi!

    Sumber Berita


    >>> Klik Di Sini <<<

    BalasPadam