Sabtu, 22 Oktober 2016

AYUH BERSAMA JELAJAH BERSIH5 DI PAHANG BERMULA PETANG INI


BERSIH5 kini menghampiri sempadan Pahang.  Petang nanti, Sabtu (22/10/16) lebih kurang jam 05.00 petang Jelajah Bersih yang telah menghabiskan tugasnya di Terengganu akan memasuki sempadan Pahang dan kami dari warga Pahang akan menyambutnya di Pintu Gerbang Kemaman/Kuantan (Chendor).

Kepada rakyat Pahang yang menyokong perjuangan Bersih diseru untuk beramai-ramai menyambut kehadiran Jelajah Bersih ke bumi Pahang.  Lokasi berkumpul dengan kenderaan masing-masing adalah di Pejabat Komuniti Adun Beserah, Jalan Hj Ahmad, Kuantan pada jam 2.30 petang untuk menerima taklimat pergerakan dan keselamatan.  Para peserta yang akan berkonvoi ke Pintu Gerbang Kemaman digalakkan memakai pakaian berwarna Kuning Bersih atau kuning.



Menyedari Jelajah Bersih ini akan menghadapi risiko provokasi daripada pihak-pihak tertentu, maka aspek keselamatan perlu diutamakan.  Dilarang samasekali para peserta membawa sebarang peralatan merbahaya atau sebarang senjata tajam bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.  Para peserta juga dilarang mencetuskan kontroversi atau menimbulkan sensitiviti agama mahupun perkauman sepanjang Jelajah Bersih.  Apa yang perlu disampaikan adalah mesti berpandukan kepada objektif perjuangan Bersih yang sedia maklum.  Sebarang kegiatan sepanjang Jelajah Bersih ini mestilah mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada pihak Sekretariat Bersih.

Adalah dilarang samasekali peserta bergerak bersendirian atas nama Jelajah Bersih ini.  Larangan ini adalah bertujuan untuk menjaga keselamatan para peserta Bersih.  Sekiranya berlaku sebarang kejadian atau provokasi, semua peserta mestilah mematuhi arahan pihak berkuasa atau Sekretariat Bersih.  Tidak dibenarkan para peserta bertindak bersendirian dan pihak Bersih tidak akan bertanggungjawab ke atas sesiapa yang tidak mematuhi arahan yang diberikan.

Sekali lagi, rakyat Pahang diseru untuk bersama-sama menyertai Jelajah Bersih yang akan bermula petang nanti,  keesokkannya di UTC Kuantan dan seterusnya mengikut jadual yang ditetapkan dengan penuh aman dan tertib.  

6 ulasan:

  1. Harap2 puak menyokong LGBT dan puak menyokong murtad tidak turut serta..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu bro harap Bersih itu sendiri dibersihkan dari unsur2 yg tidak bersih.

      Padam
  2. termasuk tok lebai yg sokong perasuah dan kaki maki hamun orang lain yg x sama pandangan dgn nya..?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Luaran nampak macam tak nak LGBT kununnya.. tapi bila sama2 turun berarak Bersih, hilang terus segala curiga.. tak kesahlah LGBT pun LGBT lah janji dapat kekalkan undi org mengaku islam dan harbi.. begitulah seadanya kesah para pengkhianat yg mana di atas dunia lagi sudah pun terhina dan dihina secara tak dirancang pun oleh musuh; tapi ditakdirkan oleh Allah SWT..

      Padam
  3. udah2 ler Din...bawak kemasjid lar plk...umur makin dekat dgn kubur

    BalasPadam
  4. BURIT ITU BERBAU BUSUK...HANCING PERIT...

    TAPI KALAU DI HISAP, MINOM AIR LIUR SENDIRI,,,ERMMPH JADI SEDAAP LAH PULAK!!!

    SEDAP HISAP BURIT...BURIT NIKI LAGI SEDAP KATA MUHYIDDIN

    BalasPadam