Isnin, 10 Oktober 2016

MENYANGGAH KENYATAAN SAMM WILAYAH TERHADAP RAFIZI

AKU ada membaca knyataan dari Penyelaras SAMM Wilayah persekutuan, Sdr Shariful Azmir bertarikh 09 Okt 2016 yg mengutuk tindakan Jamal baju merah yg sering mencetuskan kontroversi terhadap Jelajah Bersih5. SAMM Wilayah juga memuji tindakan Pengerusi Bersih, Maria Chin yg mengambil tindakan untuk menyaman Jamal kerana menfitnah Bersih dengan tuduhan kumpulan Pengganas dan kononnya ingin mengepung beberapa lokasi tertentu bagi menumbangkan kerajaan.

Apa yang aku tidak bersetuju di dalam kenyataan SAMM Wilayah itu apabila beliau mempersoalkan sikap Rafizi Ramli yang tidak berbuat apa2 apabila Jamal menfitnahnya sebagai orang yg menyalurkan maklumat kepadanya tentang kegiatan Bersih. Rafizi disebut sebagai ego dan bodoh apabila tidak menyaman Jamal, kata kenyataan SAMM Wilayah.

Aku berpendapat, Rafizi telah melakukan yg sewajarnya iaitu menafikan tentang tuduhan tersebut dan mengembalikan semula tuduhan bodoh dan lucu dari Jamal itu dengan menggelar Jamal sebagai "Badut Umno". Tuduhan yg bodoh wajar dijawab dengan cara yang bodoh untuk orang bodoh seperti Jamal. Terpulang pula kepada Jamal samada ingin menyaman Rafizi jika benar beliau bukan "Badut Umno:.

Rafizi bertindak tepat mengembalikan semula bola ke kaki Jamal. Apakah setiap tuduhan yang bodoh perlu dilayan dengan saman? Kalau tidak layan maka kita pun jadi bodoh? Jika begitu, Anwar adalah insan yang paling banyak dituduh dengan tuduhan2 bodoh dan kadangkala melucukan. Anwar tidak melayani kesemuanya dan tidak pun mengambil tindakan saman ke atas semua tuduhan bodoh berkenaan. Apakah kita mahu sebut Anwar ego dan bodoh?

Aku juga pernah dengar banyak tuduhan ke atas Chegu Bard, termasuk difitnah oleh salah seorang pimpinan AMK Keadilan di Selangor yang menuduh beliau telah diupah oleh Umno untuk merosakkan parti. Beliau juga pernah dituduh minum arak dan berpoya2 di kelab malam. Lucu bukan tuduhan ini? Perlukah Chegu Bard menyaman fitnah yang jelas nampak bodoh itu? Apakah Chegu Bard juga ego dan bodoh?

Sehubungan itu, kita harus berfikir panjang sebelum membuat kenyataan yang merendah2kan orang lain sebaliknya kita berdiam diri apabila terkena kepada kita.

6 ulasan:

  1. aiii....bila ko orang tuduh Najeebool songlap 2.6 billion, kenapa korang tolol pulak kata Najeebool takut saman?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tuduh songlap berbillion2 tu bkn satu tuduhan ringan. Amat berat sekali. Jd wajarlah disaman pihak yg menuduh. Lainlah tak berani saman krn sedar diri tu bersalah! Ada faham

      Padam
  2. Berdiam diri ada kalanya lebih baik dari melayani suara dari Batu Api.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak saman sbb takut segala taik akan terburai dan najis serta busuknya tidak dapat dicuci lagi. Sbb itu walaunta dan lemvuno takut nak saman sr

      Padam
    2. Pemimpin korang pun tak percaya pd SR tu sebab tulah sampai hari ni masih pujuk2 kitaorang tau..

      Padam
  3. Dah byk hari selasa berlalu, tapi tak saman jugak pom

    BalasPadam