Khamis, 6 Oktober 2016

USAH GUNA ISLAM UNTUK TIDAK BERSAMA BERSIH 5



BERSIH akan mengadakan himpunan mega BERSIH 5 di Kuala Lumpur pada Sabtu, 19 November. Anak semua bangsa, para penyokong BERSIH, kaum kerabat BERSIH di dalam dan luar negara dan semua pejuang demokrasi dari seluruh Malaysia akan turun sekali lagi ke jalan raya.  Penyokong BERSIH akan berhimpun di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Jelajah BERSIH 5 kini telah mula mengorak langkah dari satu negeri ke satu negeri tanpa menghiraukan kumpulan merah Jamal Tak Tongkol yang semakin meroyan untuk mengampu Najib.  Kita faham Jamal Pak Tongkol ini tidak pernah kenyang dengan dedak yang disuapkan, manakala kuli-kuli bataknya akan kutip sisa-sisa dedak dari mulut Jamal Pak Tongkol.



Bukan kali pertama BERSIH diugut dan diberi amaran untuk tidak terus melawan rejim yang semakin kuat merompak di negara kita.  Sebelum ini kita pernah diugut oleh geng-geng silat termasuk geng-geng silat pulut pengantin.  Kita pernah diancam oleh NGOs pengampu rejim waktu itu seperti PEWARIS atau PERKASA.  Mereka ugut mahu datang ke himpunan kita dan kita raikan hak mereka asalkan mereka tidak melakukan provokasi kerana himpunan BERSIH sejak BERSIH 1.0 lagi semuanya kita mahukan himpunan yang aman dan mematuhi hak-hak bersuara yang dibenarkan di dalam Perlembagaan.

Kali ini kumpulan merah Jamal Pak Tongkol pula mahu mencuba nasib untuk menjadi hero dan pengampu Sang Penguasa.  Khabarnya mereka boleh bawa 300K anggota-anggotanya untuk berhimpun pada tarikh yang sama dengan Himpunan BERSIH 5.0 nanti.  Seperti lazimnya, kita kena hormati hak mereka untuk berhimpun hatta mereka akan hadir dengan jumlah 1 Juta orang sekalipun.  Apakah nawaitu mereka untuk hadir?  Itu Allah saja yang tahu tapi melihat kepada zahirnya seperti di Teluk Intan baru-baru ini, mereka hadir di mana BERSIH 5 menjelajah ke Teluk Intan, mereka datang dengan provokasi seolah-olah mereka kebal.  Macam beruk nampak pisang, meluru tidak tentu arah.

Apakah BERSIH 5 gentar dengan Jamal Pak Tongkol?  Kalau itu sangkaan Jamal, nyata beliau bodoh di dalam menilai sejarah BERSIH sebelum ini.  Kekuatan Jamal Pak Tongkol hanyalah mampu buang kertas ke dalam mangkuk tandas dan mendabik dada beliau kuat.  Kekuatan Jamal hanyalah buat laporan kepada Polis menuduh Rafizi dengan tuduhan yang paling kelakar sehinggakan Timbalan Menteri Dalam Negeri pun kata, usah layan Jamal ini, menyusahkan.  Jamal adalah "Ketua Badut", bak kata Rafizi.

Sesiapa yang tidak mahu menyokong dan menyertai BERSIH 5 kali ini, kita faham bahawa mereka adalah satu kepala dengan rejim, adik beradik Jamal Pak Tongkol.  Mereka mahu kezaliman, penipuan, skandal 1MDB dan banyak lagi kepincangan di dalam negara ini mahu disorokkan.  Usahlah berdalih mahu katakan BERSIH 5 ini tidak selari dengan perjuangan Islam.  Jangan guna nama Islam untuk lindungi rejim kerana Islam tidak membenarkan kezaliman itu dibiarkan berlaku walau sesaat.

Jumpa nanti di BERSIH 5.   

15 ulasan:

  1. Keupayaan menilai buruk dan baik, yg digalakan dan yg dilarang ugama, yg rasuah dan yg amanah vellum sampai dalam kepala otak Pak Tongkol dan penyokong 2 nya.....sebab tu mereka buat kerja bangang!!!!

    BalasPadam
  2. Anugerah yg paling layak di beri pd Jamal Pak Tongkol ialah najis babi ja.

    BalasPadam
  3. Utk membuat keputusan samada bersama atau tidak bersama BERSIH 5 atau BERSIH yg seterusnya mestilah bersandarkan ISLAM!

    Maaf tuan admin sy tidak dpt bersetuju dgn tuan.. terutamanya JIKA melibatkan geng pejuang murtad dan LGBT!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oo merompak balak,jual aset,malabel org mcm2 tu ikut islam lak ye,dh minum susu omega hadi ke blum wan rosli..gi minum dulu ye baru komen..jgn tunjuk bodoh kau kat sini lak...kahkahkah

      Padam
    2. hahahahah..wan rosli rupanya,mengapa takut dgn nama popular ko dulu.ko tak baca ka wan rosli baru2 ni geng pas ko buat viral kat internet kata rozita murtad..tapi dia orng asli kristian la.asyik2 lbgt,mereka2 tu tak nak dilahirkan begitu,kan islam ada caranya untuk merawat mereka,bukan asyik2 nak kutuk dan belasah mereka sahaja.
      wan rosli konfirm ka ko dan geng2 pas ko masuk syurga.geng2 lbgt tu masuk neraka.
      ko lupa la wan rosli,apa kerajaan islam ko buat kat kelantan,menginiaya orang asli,macamana orang2 asli nak masuk islam,geng2 ko/dan tauke cina yg ko selalu kutuk tu belasah tanah mereka.

      Padam
    3. Tak sah sebut kerajaan islam Kelantan. Dimananya islamnya kerajaan Kelantan ni. Islam suruh jaga kebajikan rakyat, jaga khazanah negeri, mememulihara muka bumi dll. No dok dok godam ikut sedap asalkan dpt hasil. kalu setakat ada kuliah2 dimasjid2, dinegeri lain pun ada, Tengok di KL, Selangor,P.P masjid pun penuh semasa kuliah magrib dan subuh malah lebih ramai lagi. Malu gak nak mengaku kerajaan islam tapi tak buat serupa islam mahu.

      Padam
  4. Ir kalau sebelum ini yang mengundi MP atau ADUN PIS geng tersebut macam mana hasil pendapatan dia. Halal atau Haram. Geng yang undi adalah sama dengan yang terdahulu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. bila bab fulus,jawatan..siap duit ni jadi tabung parti lagi ni,pas kata no hal,rezeki ditangan tuhan.di tempat lain mereka kata dapig,tetapi di selangor mereka makan setalam dgn dap pigs.Last-last tuhan bagi cash kat diaorang.Pas Ikatan Gagasan Sejahtera. pendekkan perkataan itu,dah terkena batang hidung sendiri.

      Padam
  5. Betul tu Din, aku setuju dengan engko Din, jangan gunakan Islam kalau tak mahu sertai bersih, Islam akan digunakan bila ianya melangkaui akal dan Islam lah tempat rujukan sesuatu maslahat.

    Untuk tidak menyertai bersih cukup lah dengan menggunakan akal yang dianugerahkan tak perlu menggunakan Islam. Perkara yang merugikan dan membuang masa itu sesuatu yang tak boleh diterima oleh akal.

    Buang masa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jika kita tidak ada perasaan janggal dgn penyertaan puak lgbt dan penyokong murtad, tak perlu kesal dgn pihak lain yg berasa sensitif dgn kehadiran puak2 ni.. Tidak ada gesaan membatalkan Bersih 5 pun, cuma tidak dapat hadir bersama..

      Padam
  6. teruslah berbalah melayu semua!..yg makan dedak tu adalah anjing belaan dap..kesian melayu..yg naik esok bukan kamu..pergi la berdemo..silakan..teruslah maki hamun bangsa sendiri..nanti orang2 yang kamu sokong tu naik..kamu tengoklah nasib kamu..

    BalasPadam
  7. perhimpunan utk golongan hipokrit...anti rasuah konon, apa cerita LGE jln pinkhon tuh? tak de la pulak puak2 ni melalak suh letak jawatan..

    BalasPadam
  8. Melayu ikut bersih 5.0 DAP ni . Nak buat lagu mane. Ape lah punya melayu kalau ye pun nak tunjuk perasaan , jangan lah sampai join pertubuhan cina.. Dia tak nampak agak nye cina ni pijak2 gambar ulama. Pandai dia tarik orang melayu dan pelbagai kaum untuk menjaya kan perhimpunan mereka. Itu lah kekuatan mereka. Um kalau nak harap kan kaum cina malysia je tak mungkin cukup. Mybe menyorok??? ALASAN isu 1MDB. Apa yang aku nampak. Bikin huru harakan pelbagai kaum ade lah. Menyusah kan orang awam. Mereka tahu perhimpunan bersih 5.0 ni takan berjaya kalau majurity penyokong nye semua cina. Aku rase time tu je parang terbang sampai. Hahaa

    13 mei cina guna perkataan & lambang sapu bersih. Melayu bersih 5.0 tu ke yang kamu nak. Melayu semua kasi sapu bersih. Melayu baju merah FIGHT Melayu baju kuning. Cina punya perhimpunan tu mana gaduh. Macam nak menjatuh kan kerajaan dah aku tengok.

    BalasPadam