Jumaat, 25 November 2016

RUU AKTA 355 - HADI BAWA, HADI TANGGUH DUA KALI TANDA TIADA PERSEDIAAN

HARI itu aku begitu teruja menanti Usul Persendirian dari Marang berkaitan RUU Akta 355. Tentunya kita nak tahu apa yg Hadi nak bawa hujah setelah penggal yg lalu beliau hanya baca tajuk saja.

Bila tiba giliran Marang, beliau bangun dan baca lagi usulnya, kemudian dia berkata, "Oleh kerana ramai yg tak faham usul ini, saya akan huraikan pada siri Parlimen akan datang". Tiga minit saja Marang bercakap. Speaker pula kata, usul ini hanya untuk dibaca je dulu.

YB Khalid Samad, YB Dr Mujahid dan YB Fuziah Salleh minta bentuk Jkuasa dulu melibatkan semua pihak. Adakah Jkuasa telahpun dibentuk kerana usul dari Marang ini telah dibaca pada penggal yg lepas dan kali ini masih dibaca tajuk juga. YB Khalid Samad tanya, apa jaminan selepas ini tiada pindaan lagi terhadap usul ini? YB Khalid Samad tegas memohon agar usul dibawa oleh Marang ini dibahaskan hari ini juga. YB Mujahid kata, beliau tidak mahu usul ini berpanjangan sekadar baca tajuk dari satu sidang ke satu sidang yg lain tanpa ada tindakan pro aktif.

Maka, sekali lagi usul ini tergantung tunggu sidang Parlimen akan datang. Ertinya, tiada beza penggal yg lalu dengan penggal sekarang. Pada penggal yg lalu, seolah2 penting sangat usul ini sehingga melangkau giliran usul2 lain, tetapi masuk penggal ini kita hanya dapat dengar tajuk usul saja. Tiada huraian, jauh sekali untuk bahas.

Aku puji YB Khalid yg tegas minta usul ini dihuraikan dan dibahaskan hari ini juga kerana ianya penting. Seperti yg dijangka, cadangan YB Khalid itu dibawa angin lalu......

Kesimpulannya, memang benarlah bahawa Pas tidak bersedia untuk bawa RUU Akta 355 ini. Kegopohan Pas membawa kontroversi berpanjangan namun seperti biasa Pas akan tetap letak kesalahan atas orang lain.

Mudah-mudahan penggal akan datang betul2 jadi. Tiada lagi drama...

12 ulasan:

  1. Haji Hadi lebai auta...jual agama untuk habuan duniawi...

    BalasPadam
  2. ketidaktelitian pas dlm isu ruu ini telah memberi fitnah kepada islam..

    ini harga yg perlu dibayar oleh pas bila keangkuhan, kesombongan dan dendam kesumat bermaharaja di hati

    BalasPadam
  3. Cerdik tak boleh diikut, bodoh tak boleh diajar. Yang gatal sangat percaya kepada janji menteri Umno tu, apsal???
    Hadi ulama kuat auta,
    tompok tompok tahi unta!!!

    BalasPadam
  4. Ular...ular...ULARmak

    BalasPadam
  5. Ada komen di blog pro parti.. penangguhan tuang presiden kali ni satu langkah bijak.. puas aku fikir tang mana bijaknya.. yg aku faham.. mana pendirian islamnya tu..bg buku ruu 355 kat mufti wilayah tu bukan main tebal... rupanya buku tebal.. tak sempurna lagi..mana lah dia peguam2 yg di katakan hebat dlm pas..kerja main2..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mmg langkah bijak, bijak membuatkan rakyat tertanya-tanya benda yg berkesudahan ni. Lagi bijak ia menjadi modal bahawa PAS begitu bersungguh dgn RUU ni ( Bagi yg buta kayu percayalah autanya itu ).

      Padam
  6. Ini lebai setan bertopengkan manusia..siap kafirkan org yg x setuju dgn ruu355..dia sendiri bertangguh2 nk bentangkan..dasar lebai dedak bangsat 90juta..ptuiii

    BalasPadam
  7. Parti PAN Malaysian Islamic Party (PAS) nampaknya sudah tidak ada lagi mereka yang bijak dan cerdik kerana telah dikikis dan dihumban serta disarankan oleh Hj Hadi untuk buka parti baru - AMANAH.

    Tidak adakah kumpulan pemikir yang bersama-sama menolong presiden untuk tujuan pembentangan dan pembahasan bil RUU355 yang telah sekian lama diperjuangkan ini?

    PAS dilihat seolah-olah tidak serius dan tidak membuat sebarang persediaan. Telah dibuat segala kempen, ceramah, segala 'roadshow', segala fatwa dan hukum untuk mengukuhkan bil ini untuk dibentang kearah dilaksanakan.. tetapi apabila diberi peluang..hanya dibaca tajuk dan minta ditangguhkan lagi ke tahun hadapan. Sebelum ini masa telah diberi.

    Perjuangan yang selama ini telah disia-siakan, membuang masa, memberi harapan palsu, dipermian-mainkan dan ianya nampak sebagai alasan untuk kepentingan politik individu semata-mata.

    PAS perlu belajar dan membuat persediaan yang gitu dan padu kerana ini melibatkan nama Islam. Selagi perjuangan PAS bersulamkan harata dunia, kemewahan, kepentingan diri dan kroni, selagi itulah keikhlasan tidak tercapai.

    Pas boleh bangkit dan disegani semula jika unsur-unsur ini boleh diminimakan, mungkin mengambil masa puluhan tahun lagi. Rosak parti kerana pemimpin, rosak perjuangan kerana kerana mimpi.

    Inilah yang menjadikan PAS umpama melukut ditepi gantang, hidung tak mancung pipi tersorong-sorong.

    TQ - Ancient Mariner

    BalasPadam
  8. Pada aku..pas ni dah balik ke tahun 70an 80an..hanya tunggul yg mendengar ceramahnya..

    BalasPadam
  9. krn penangguhan ini maka ramailah penjenayah yg terlepas dari keadilan Islam. siapa nak tanggung?

    BalasPadam
  10. bila puak munafik berkata....sabo ajer

    BalasPadam
  11. Siapa yg ambil dan pilih selain dr PAS, maka mereka terkeluar dari islam?????
    Kerana Pas adalah parti islam??? Parti selain dr Pas adalah parti kafir dan parti munafik??? Nak masuk syurga kena ikut ulamak Pas??? Ulamak yg undi selain dr Pas adalah ulsmak suk??

    BalasPadam