Khamis, 17 November 2016

WALAUPUN PENYOKONG TEGAR PAS, SAIFUL ISLAM MENULIS "MENGAPA SAYA TURUN BERSIH?"

 
 
 
Dari FB Saiful Islam

KENAPA SAYA TURUN BERSIH 5 ?

1) Saya demonstran Bersih 1 (10 Nov 2007), Bersih 2 (09 Julai 2011), Bersih 3 (28 April 2012) dan Bersih 4 (29-30 Ogos 2015).

2) Bersih 1 saya masih mahasiswa tahun 3 di KIAS Nilam Puri, Kelantan. Bersama sekitar 10 teman mahasiswa, kami naiki bas dari Nilam Puri dan sampai ke Hentian Putra, KL, seterusnya berehat sebentar pagi itu di Pejabat Agung PAS, Jln Raja Laut. Kami bergerak bersama Pemuda PAS Pusat menuju Dataran Merdeka dan selamat dari sekatan FRU di situ, terus menuju Istana Negara melalui Masjid Negara dan membentuk gabungan yang cukup besar dengan pergerakan dari tempat-tempat lain.

3) Bersih 2 saya baru sahaja berkahwin sekitar 1 bulan. Saya bersama isteri, adik perempuan dan seorang sahabat Pemuda PAS Lembah Pantai, Sdr. Khalil Zawawi dan isterinya. Kami menaiki LRT. Saya bersama pergerakan dari Jln.Pudu-Pudu Sentral, antara lokasi tembakan gas pemedih mata yang cukup menyakitkan. Kali pertama saya dan isteri menyedut gas itu. Saya saksikan beberapa teman dibelasah teruk berdekatan sebuah hospital Cina di situ.

4) Bersih 3 saya bertugas bersama Jabatan Amal Malaysia (AMAL) dari Brickfield menuju Masjid Jamek. Kami ditembak dengan gas pemedih mata bertalu-talu diantara Masjid Jamek dan bank-bank di hadapannya. Himpunan paling dahsyat saya saksikan dan tangkapan paling besar, iaitu 512 tangkapan. Bukan sahaja 'darah tumpah' dari hidung seperti Jamal, tetapi puluhan yang cedera dibelasah polis di bawa ke hospital.

5) Bersih 4 saya beranikan diri untuk turun juga bersendirian ke Dataran Merdeka walaupun parti saya tidak turut serta. Hari kedua, saya bawa isteri dan anak-anak kerana melihat situasi himpunan yang sangat aman tanpa gangguan dan provokasi liar dari mana-mana pihak walaupun mendapat sedikit sindiran dari teman-teman yang taat tidak mahu sertai.

6) 19 Nov 2016 Sabtu ini, Bersih 5. Sekali lagi saya nekad akan sertai insya'Allah, walaupun pergi berseorangan tanpa ada kawan-kawan yang mahu turut serta kerana 'tiada arahan'. Kenapa saya akan sertai?

i) Ustaz-ustaz dan murabbi saya yang telah mentarbiyyah saya dan kawan-kawan bahawa kita menerima sistem demokrasi (termasuk pilihanraya) untuk mengambil alih kerajaan secara damai (muwajahah bis silmiyyah) demi membentuk sebuah negara yang baik dan dipimpin oleh orang yang baik. Maka, pilihanraya mesti bersih dan adil untuk memastikan kita mendapat kemenangan.

Saya diajar dengan kaedah Fiqh: [Tidak sempurna perkara wajib melainkan dengan adanya ia, maka perkara itu juga menjadi wajib]. Menegakkan negara yang baik itu wajib. Memasuki pilihanraya itu wajib. Menuntut pilihanraya bersih dan adil itu wajib. Turun beramai-ramai meluahkan tuntutan itu wajib.

Mereka ajar saya.

ii) Ustaz-ustaz dan murabbi saya tarbiyyah saya, diam dari menyatakan kebenaran adalah syaitan bisu (Mafhum Hadith). Saya dengar dan belajar dari mereka bahawa, Allah akan mengazab kaum yang melihat kezaliman, tetapi mereka diam. Bercakap yang benar dihadapan pemimpin zalim adalah jihad. Jika dibunuh, syahid. Lidi sebatang boleh dipatah, seberkas lidi agak susah. Seorang bersuara, kerajaan pekakkan telinga, ramai-ramai bersuara kerajaan boleh mengalah. Selemah-lemah iman cegah mungkar dengan hati dan lain-lain.

Saya tidak pasti apakah masih ada yang tidak merasakan kerajaan yang ada pada hari ini melakukan sekian banyak mungkar dan kezaliman atau tidak terasa betapa bebannya hidup di Malaysia saat ini. Saya merasai keperitan itu. Maka saya perlu sertai himpunan ini.

iii) Bersih dipimpin oleh Ambiga (Non Muslim) dan kelompok tidak berfikrah Islam (Maria Chin dll)?

Ustaz-ustaz dan murabbi saya tarbiyyah saya dengan kisah Nabi s.a.w turut serta dalam Hilful Fudhul di rumah Abdullah bin Jud'an sewaktu Nabi masih kecil dalam misi menyelamatkan satu puak yang dizalimi, walaupun perjanjian itu dimeterai bersama oleh pemimpin jahiliyyah. (Sila baca Sirah Nabi - jangan jadi aktivis dakwah pemalas ).

Saya diulang berkali-kali tentang sikap Nabi terima bantuan dari orang kafir dalam perkara kebaikan seperti Abu Talib, Abdullah bin Uraiqit (musyrik membantu hijrah) dan jiran Abu Bakar non Muslim yang banyak membelanya.

Dimana salah dan haramnya terlibat melawan kezaliman dan penindasan jika dipimpin oleh non-Muslim? Dan salahkan jika non Muslim yang ramai hadir mendominasi himpunan ini? Anda yang tidak mahu sertai, lalu anda mempersoalkan kenapa ramai non-Muslim (Cina dll). Apakah anda beranggapan Melayu, Muslim sahaja yang rasa terbeban dengan keadaan negara pada hari ini?

iv) Ustaz-ustaz dan murabbi saya tarbiyyah, Allah tidak tanya apa hasil perjuangan, tetapi berjuang atau tidak. Dibawakan kisah burung memadam api yang membakar Nabi Ibrahim ( ada yang menyebut ini kisah Israiliyat, tetapi boleh diambil pengajarannya). Lalu saya difahamkan, memang kerajaan atau SPR khasnya tidak peduli semua tuntutan kita, tetapi setidak-tidaknya mereka terima satu dan paling penting, kita sudah melakukan usaha yang terdaya.

Bahkan bagi yang memperlecehkan usaha berhimpun dari Bersih 1-4 tidak membawa perubahan langsung, ini dakwaan mereka yang buta politik dan sebenarnya tidak membaca pun hasil himpunan Bersih terhadap PRU 2008 dan PRU 2013. Dakwat kekal antara yang berjaya diperjuangkan walaupun masih tidak dijalankan secara baik.

v) Matlamat Bersih sudah lari, terima dana dari pihak asing, pijak gambar pimpinan, provokasi, kekasaran dan lain-lain.

Saya tidak tahu disudut apa matlamat Bersih sudah lari. Jika tuntutan-tuntutan Bersih ada perubahan, seperti dakwat kekal tidak dimasukkan lagi kerana ia sudah dilaksanakan. Maka dimasukkan tuntutan-tuntutan baru yang masih dalam lingkungan 'pilihanraya bersih'.

Terima dana dari asing saya tidak tahu dimana sumber maklumatnya. Yang pasti isu dana asing ini doktrin TV3, Utusan dan pemimpin Umno sejak Bersih 1 lagi.

Ustaz-ustaz dan murabbi saya selalu peringatkan agar hati-hati dengan provokasi untuk burukkan himpunan Bersih. Mungkin ada pihak yang diupah atau SB yang melakukan aksi-aksi radikal untuk burukkan himpunan termasuk memijak gambar mana-mana pimpinan negara atau parti-parti tertentu. Saya yakin pijak gambar pimpinan bukan restu penganjur Bersih dan jika benar itu peserta Bersih, penganjur sudah memberi kerjasama agar pihak keselamatan melakukan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya.
------------------------------------------------
Cukuplah 5 alasan saya ini, saya akan sertai Bersih 5. Saya hormati anda yang memang ada strategi atau pendekatan lain yang diyakini lebih syar'ie bagi menuntut pilihanraya yang bersih dan adil. Dan anda jangan kecam saya yang mahu turun!

Saya tidak ada lagi alasan untuk tidak turun di usia 30 tahun yang muda dan masih ada kekuatan ini. Saya mempelawa semua kawan-kawan yang bersama saya pada Bersih 1, 2, 3 & 4 untuk turut serta pada 19 Nov! Jangan lupa saat indah sewaktu tangan kita pernah bersilang erat dulu demi negara yang lebih baik!

Saya turun sebagai rakyat Malaysia!

- Abi Sumayyah -
16 Nov 2016 : Kuala Lumpur

22 ulasan:

  1. Alhamdulillah, dan salaam.
    Banyak hujjah2 Tuan untuk turun menyertai gagasan Bersih. Mengenai penglibatan bukan Muslim, tak salah saya Ust. Azhar Idrus ada membawa satu tamsil yg agak baik, iaitu ( lebih kurang) kalau rumah kita sedang terbakar, lalu datang bomba untuk memadamkan api, dan dlm anggota bomba itu ada yg terdiri dari bukan muslim, munasabahkah kita menghalang anggota bomba itu dari menjalankan tugas..?
    Sekian dan selamat berjuang.

    BalasPadam
  2. mcm2 cara nak suruh PAS join bersih...sian korang ni...dah mcm setan pun ada..kih kih kih

    BalasPadam
    Balasan
    1. orang pas ni malaikat ke?

      10 juta duit rakyat Kelantan masuk kantung pas..
      kesiaaan rakyat Kelantan kena tipu dgn orang yang sangat baik.

      Padam
    2. Aku rasa nkau yg setan..sbb setan x nak benda bersih..

      Padam
    3. bermacam macam cara setan gunakan untuk memerangkap terutamanya orang Islam salah satunya memujuk orang Islam menyertai orang yang membantah undang-undang Islam . Mengatakan semua yang ulama Islam buat itu salah. Lihatlah seperti yang terjadi di Bosnia sedikit masa lalu.

      Padam
    4. Setan jugak bersama2 pemimpin zalim membalun duit rakyat 90juta..setan rela dikencing berkali2..

      Padam
  3. Salam hormat semua pembaca dan terimakasih pada Sdr Abi Sumayyan diatas tulisan Sdr yang mantap dan sangat terispirasi bagi bersama2 semua demonstran di Nov 19 nanti, cuma saya jauh diperantauan dan setiap waktu mengikuti perkembangan di Negara melalui Blog ini dan lain2 Blog yang punya prinsip jelas.

    Semoga Allah bersama Sdr dan Keluarga diatas komitmen dan menyertai perjuangan dan saya hanya mampu membantu dari jauh melalui doa dan apa jua yang mampu di serahkan buat perjuangan Ummah.

    Semoga Murabbi Parti Sdr adacmembaca tulisan Sdr dan menginsafi kesalahan bacaan politik mereka, lebih2 lagi kepada Sdr Presiden Parti yang di hina serata Blogs dan tulisan diatas keceluparan bahasa, kekurangan kebijaksanaan beliau jika dibanding dengan ATGNA dan lain2 Presiden Arwah lepas2.

    Semoga Allah bersama semua demonstran dan melindungi perjuangan kita juga memberi hidayah pada semua pemimpin Bersih walau siapa jua mereka dan memahami kefahaman apa jua.

    BalasPadam
  4. Maaf.. nama Penulis ABI SUMAYYAH, bagus nama ini. Semoga di rahmati Allah diatas kejelasan pendangan Sdr.. tidak semua pengikut PAS jauh kebelakang mindan dan bacaan mereka, jauh lebih indah mereka pernah ikuti Tarbiyyah sistematik dari Murabbi yang agak keliru on HOW TO ACT AND LIVE UNDER NAJIB KLEPET...

    BalasPadam
  5. SDR ADMIN,

    KENAPA SDR MEMBIARKAN KOMEN2 YANG TIDAK KENA MENGENA DENGAN TOPIK KITA ? ANGKA TOGEL DAN KERENAH MEMPROMOSI JUDI YANG SAHIH HARAM DI SISI ISLAM ? KENAPA SDR BIARKAN AKTIVITI HARAM DIPROMOSI MELALUI BLOG INDAH INI ?

    JANGAN DIBIARKAN AJARAN SESAT INI DI GUNAKAN SYAITAN MELALUI BLOG INI.

    BalasPadam
  6. Aku respek ahli pas yg boleh berfikir dan membaca. Ahli pas yg malas membaca menyebabkan harakah merosot jualan. Kpd ahli pas yg turun Bersih sebelum ini aku nak tanya: Aku nampak kalian sgt jujur marahkan kerajaan BN semasa perhimpunan lepas2. Aku ada bersama. Adakah kalian dah hilang rasa marah terhadap kerajaan najib skrg? Adakah hidup kita makin senang? Anda tak rasa nak memprotes dah skrg? Jd jgn marah bila org panggil anda walaun. Wala bulat bulat, ikut kata hj hadi

    BalasPadam
  7. JUDI DAN TENUNG NASIB ADALAH HARAM DISISI AGAMA ISLAM...SETIAP DAGING YANG TUMBUH DARI SUMBER YANG HARAM,API NERAKA ADALAH LEBIH BAIK UNTUKNYA....NAHUZUBILLAH BIZALIK

    BalasPadam
  8. BUAT APA SOKONG BERSIH..BERARAK TERPEKIK-TERLOLONG DITENGAH PANAS...LANGSUNG TIADA FAEDAHNYA...YANG UNTUNGNYA NANTI DAPIGS,DAPAT PECAH-BELAH ORG MELAYU. KAMU JGN BANGSA YG BODOH DAN BANGANG...DAPIGS ARE DIRTY,UGLY AND GREEDY ANIMAL...WHY YOU JOIN WITH THEM...THEY HAVE A HIDDEN AND BAD AGENDAS TO EXPLOITATION OUR MALAY WEAKNESS...BE REALISED OK!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Woi bangang..yg balun 2.6b..beratus juta kes air sabah tu cina ke?..jho low member kamcing najib yg balun juta2 tu..melayu ke?..bodoh nkau tu simpan sikit..

      Padam
  9. Nak tergelak..
    Nak ketawa..
    Lebai2 tak bagi ahli2nya pergi joint BERSIH 5
    Lagi teruk nak pakai baju BETSIH pun tak bagi..
    Ha..ha..ha..
    Pak lebai...pak lebai..
    Dulu marah bila parti lain fobia parti bulan..siap kenwn2 parti tu.
    La ni.. pak2 lebai ni pulak yg fobia.
    Ha..ha..ha..
    Ular dah telan balik muntah2nya
    Pak2 lebai dah nyanyok
    Dah tua katakan

    BalasPadam
  10. betui2..lebih teruk klu kene kencing dengan mamak kutty...kih kih kih

    BalasPadam
  11. Malaysia rosak kerana adanya melayu bahlol mcm jamal pak tongkol dan walaunta dedak 90juta..maruah boleh dibeli..bangang punya spesies..

    BalasPadam
  12. Najib ni kepala ikan yg dah busuk..jamal jambu ni mcm langau..langau memang suka benda busuk..

    BalasPadam
  13. Dinasihatkan tak payahlah pegi demo tu...tiada faedahnya...waste the time jer.....kalu berjaya nanti bukan kamu yg dapat ganjarannya...yg senyum lebar nanti,madey,lks,nuar dll...kamu dok terpekik-terlolong habuk pun tarak nanti.....Utama perkara yag penting dalam hidup...jgn layan benda karut nie

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau org mandul mcm kau bolehlah duduk diam..x ada keturunan..kami fikirkan nasib anak cucu kami nanti..

      Padam
  14. Kami udh sampai
    BANGKIT RAKYAT
    BERSIH 5


    BalasPadam
  15. ...ye lah tu...'penyokong tegar' PAS konon! suruh mamat ni tunjuk no ahli PAS? kalau ya pun nak menipu, cerdik lar sikit! semua orang boleh ngaku 'penyokong tegar' PAS!! Lim Guan END yg nak masuk penjara pun boleh ngaku!! kakakakak
    ....begitu terdesaknya blogger PAN Imayam, sampai yang mamat yang mati bunuh diri kat Jambatab Penang pun didakwa sebagai penyokong tegar PAS!! tu siap dengan mangkuk Mujaheeed kata mamat tu syahid!! fatwa yahudi mana yang korang pakai ni?

    BalasPadam