Rabu, 25 Januari 2017

APA PELIKNYA KALAU KIT SIANG MAHU BERBAIK DENGAN PAS?

DALAM PH, setakat ini hanya ada tiga parti iaitu Keadilan, Dap dan Amanah.

Apa saja keputusan PH, ianya adalah keputusan bersama ketiga2 parti. 

Seawal penubuhan PH, ketiga2 parti ini bersetuju untuk sebarang usaha mengajak Pas agar bersama di dalam barisan Pembangkang untuk menentang Umno/Bn. Ertinya, Keadilan mahupun Dap dan Amanah tidak pernah memuktamadkan putus hubungan dengan Pas sehingga ke hari ini.

Ertikata lain, setakat ini sebarang usaha samada dari pimpinan Keadilan, Dap atau Amanah untuk mengajak Pas bersama masih terbuka. Apabila ada usaha dari beberapa pimpinan Keadilan untuk 'berbaik' dengan Pas, walaupun ditentang kuat oleh segelintir para penyokong PH, ianya masih dlm lingkungan dibenarkan oleh PH. Begitu juga ada usaha dari pimpinan Amanah Kelantan sebelum ini, kemudian usaha oleh YB Khalid Samad juga dari Amanah yg mencadangkan formula bagi membabitkan Pas sebagai rakan untuk melawan Umno/Bn, meskipun ditentang kuat juga oleh segelintir para penyokong PH, namun tindakan mereka itu masih dlm lingkungan yg dibenarkan oleh PH.

Jadi, apa peliknya kalau Lim Kit Siang pula tawarkan perdamaian dgn Pas? Bukankah masih di dalam lingkungan yg dibenarkan di dlm PH? Kalau ada yg peliknya hanyalah satu iaitu bagaimana seorang pemimpin yg dituduh sbg 'Kafir Harbi' ini adalah yg mula2 mahu kpd perdamaian? Sepatutnya Islam yg memulakan sebarang perdamaian. Itu mungkin pelik.   Lagipun, apa yang dperkatakan oleh Kit Siang itu sebagai cabaran kepada Pas samada mereka benar-benar mahu melawan rejim Umno/Bn.  Tiada cara lain untuk menjatuhkan Umno/Bn kecuali semua Pembangkang berpakat dan Kit Siang memulakan perdamaian ini bila memikirkan hasrat tersebut.  Jika Pas menolak, ertinya Pas mahu Umno/Bn menang.  Itu sahaja.  Kit Siang tawarkan perdamaian bukan bermakna Dap ada buat salah kepada Pas.

Sekarang, kita lega kerana kesemua parti dlm PH telah pun berusaha untuk yg terbaik bagi mengelakkan pertembungan untuk melawan rejim zalim. Seandainya masih ditolak, rakyat akan melihat dan menilai sendiri pihak mana yg mahu meneruskan kesinambungan kezaliman Umno/Bn.

Kita menuntut agar PH tidak mengambil masa terlalu lama untuk berusaha mengajak orang lain bersama. Tentu ada hikmahnya jika kita gagal untuk menyatukan mereka dengan kita.

21 ulasan:

  1. laaa...kata dah x perlu pas...apa ni...kah kah kah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mintak maaf tu tak semestinya dibuat masa raya puasa atau bila dah mati jee

      Padam
    2. Dah berpuluh-puluh analisa dikeluarkan oleh pakar-pakar startegi PH yang semuanya mengatakan PAS akan kalah teruk bila bersendirian dan PAS sendiri telah memilih untuk kalah teruk dengan bertegas untuk tidak menyetai PH, tetapi BERSATU masih lagi memujuk PAS untuk menyertai PH. Ini yang aku sangat-sangat tak faham, jangan-jangan analisa yang dibuat tu BOHONG kot.

      Padam
    3. Ko ni bodoh betol la.
      Tak kan ko tak skolah kot?.
      Kalu pas sorang2 dah kompom kelantan tegolek la.

      Tapi kalu semua pembangkang bersatu, bukan kelantan je boleh selamat malah BN boleh tekangkang.

      Benda mudah yg budak tadika boleh faham pun ko bengap lagi. Hadoiii

      Kalu aku jumpa ko memang aku terajang kepala ko tu bagi otak ko cair sikit.

      Padam
    4. Mengikut kajian Rafizi Ramli 38% penyokong pas akan mengundi PH. Kalau ikut sifir mudah ini bermakna sekurang-kurangnua 38% dari kerusi yang PAS menang pada PRU 13 akan berpindah tangan kepada PH(AMANAH), 50% kerusi UMNO akan berpindah kepada BERSATU, 50% kerusi campuran dan majority bukan melayu yang dimenangi oleh MCA, GERAKAN, MIC dan sekutunya akan berpindah tangan ke PKR dan DAP. Dah jamin BN tumbang punya, jadi buat apa lagi susah-susah fikir pasal PAS..buat sakit otak. tapi kalau kau orang x percaya pada kajian tu lain la..

      Padam
  2. pan ckp...no need pas...move on...sampah
    dap ckp...mai la...
    so sape sampah...kah kah kha

    BalasPadam
  3. Dap nak tolong selamatkan klantan. Tapi kalu x mau tak apa la.

    BalasPadam
  4. Tengok gambor tgna rasa sejuk hati aku. Tengok gambor lebai dol rasa menyampah je.

    BalasPadam
  5. Aku nak sangat tengok labai dol tekebil2 bijik mata lepas pru14

    BalasPadam
  6. Lebai Dol perasan dia hebat, sebab dia dah kasi syarat: semua kena ikut aku kalau nak bersama aku!!

    BalasPadam
  7. Tu yg aku malas baca ulasan walaun2 ni.. nak kata ngok kang marah.. pegi lah baca blog2 penulis politik yg ada nama.. baca lah ulasan dia org terhadap parti pas.. ulasan dia org dr sudut politik..suasana pru..dan berfakta bukan ulasan kedai kopi.. kalau baca ulasan2 spt kami kau kutuk2..menaip tak berfakta..buka lah minda sikit.. jgn asyik baca blog2 pro pas.. kalau walaun baca blog pro pas.. memanglah seolah semua nak mengendeng pas..tp niat mengendeng bukan sbb pas tu kuat..sbb memikir kalau dah nama islam.. keimanan yg ada mesti ada niat nak selamatkan malaysia..tp rupa hampeh..asyik pimpinan bawah je.. ckp nak melawan umno.. tp pimpinan atas cium molot dgn umno. Kes 1mdb pun tak nah kutuk.. ckp nak melawan umno..apa lah walaun2.. itu pun tak boleh fikir...

    BalasPadam
  8. Din...udah2 ler tu...pi solat...dari darjah 1 koi kenal lu...udah2 ler tu mengarut

    BalasPadam
    Balasan
    1. kau tak solat ker, jangan sombong la dengan solat ko tu takut jadi ujub pulak, syirik tu bang

      Padam
  9. aikkk...ajak solat pn salah ke?? patut lar parti ko tak mau ruu355...ati dh hitam rope nyer

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sombong dan angkuhnya Lobai? Belajar dengan Nabi ke Syiah? Bawak ler mengucap hormat tuan tanah. Ujub tu nafsu kurniaan iblis.

      Padam
  10. PKR,DAP,PAN....parti sampah...org2 dh terbuang...masuk tun Mahathir plk tu...membuak2 sampah keluar,..busuk lg membusuk

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lobai dah terdesak. Dah kurang penyokong ker? Himpunan RUU jangan lupa datang bawa bendera Iran. Sokong Hadi sokong Ayatollah Iran dan sokong Syiah.

      Padam
    2. Hahaha....bawak bendera Iran turr....

      Padam