Isnin, 5 Jun 2017

PAS TIADA CITA-CITA KE PUTRAJAYA, MALAH REDHA UMNO TERUS BERKUASA

PJ Pas Pahang umumkan akan bertanding di 30 buah Kerusi Dun di Pahang. Ertinya, kalau Pas menang semua Kerusi Dun di Pahang, maka Pas akan mentadbir Pahang. Berbeza dengan Pas Pusat yg hanya mahu menang 40 Kerusi Parlimen dari 100 Kerusi Parlimen yg mahu ditandinginya. Dengan kata lain, di Putrajaya, Pas memang tidak mahu jadi kerajaan.

Pakatan Harapan Pahang pula akan meletakkan semua calon di semua Kerusi Dun dan Parlimen di Pahang hatta di kawasan Najb di Pekan. Di seluruh Malaysia juga, Pakatan Harapan akan metakkan calon2 mereka. Ertinya, kami serius untuk merampas Pahang dari rejim Umno/Bn begitu juga di Pusat. Pahang kami mahu, Putrajaya pun kami mahu.

Pakatan Harapan telah berusaha untuk menetapkan satu lawan satu dengan Umno/Bn di semua kawasan, namun ada parti yang mahu bergerak sendiri tetapi tidak mahu jadi kerajaan bagi melaksanakan agenda mereka.

Rakyat akhirnya akan faham, pihak manakah yang benar2 serius untuk menukar sistem bobrok dan kleptokrasi yang ada sekarang.

16 ulasan:

  1. Inilah akibatnya setelah PAS mengikut gaya otak lembu Wan Rosli, bodoh piang sokmo.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cuba kita perhatikan baik2 senario di bawah dan kemudiankita nilaikan sape yg bodoh piang sokmo sebenarnya..

      PH baru shj ditubuhkan dlm 2 tahun dan baru mula berazam nak lawan umno/bn.. sedangkan sejak pru pertama lagi pas bukannya baru berazam malah sudah terbukti melawan umno/bn dgn konsisten serta rakus sekali.. samada secara pakatan mahupun bersendirian..

      Aku rasa kalau tanya budak tadika pun dorang tahu jawapan yg betul antara PH dan pas; mana satu yg paling serious nak lawan musuh sebenarnya!

      Padam
    2. Budak Tadika tu jawab PH, sebab pas cuma cakap melawan umno tapi tindakan hendak memenangkan umno.

      Padam
    3. Budak tadika tu jawab... betul la tu dulu kan... tapi sekarang ni sedondon la pulak dengan UMNO... dulu kafir... sekarang tak... dulu haram... sekarang halal... apa slogan baru PAS sekarang tu eh... politik munafik?... ops silap... politik matang??...

      Padam
    4. Politik matang ialah tidak menggalakkan ahli partinya memilih pemimpin kafir lahanat.. sapa pulak gamaknya bersokongkol dgn umno nak rampas kelantan?

      Padam
  2. klu pas ckp bercita2 ke Putrajaya... dedak mesti kena potong oleh umno.

    kes balak mesti bawa ke tengah. alamat lunyai pas dikerjakan tuan mereka jika ckp nk ke Putrajaya. itu dianggap belot dan tidak mengenang budi selepas habis dedak sepah disepah2kan.

    pas nk menang 40 kerusi hanya sebagai benteng utk pertahankan kekuasaan bn. jika bn lemah ketika itu, pas akan backing dengan jumlah kerusi yg ada.

    pas hanya jadi penampung kerusi bn di parlimen.

    mengundi pas bermakna mengundi tongkat atau tayar spare untuk bn.

    kita nk tengok adakah pas akan lawan bn dimana2. mungkin ada sedikit sebagai gimik mengelabui mata rakyat.

    undi pas sama dengan undi lembu utk ke parlimen. sampai di parlimen jadi pasu bunga. pasu bunga tempatnya hanya di tepi2 longkang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rupanya hadigol baru lahir ke kancah politik kut.. asyik dgn andaian syok sendiri.. sudah terbukti pun pas lawan umno selama ni..cuma kali ni pas nak kembangkan lgi sayapnya nak lawan dap dgn meletakkan calon dari dhpp.. bukan apa.. sekadar nak bagi pilihan kpd pengundi2 melayu yg ada di kawasan bukan melayu bertanding agar dapat memilih calon yg bersetuju dgn dasar islam yg dibawa pas berbanding calon dap dan mca yg tidak pernah setuju..

      Padam
    2. An Anonymous6 Jun 2017 10:11 PG... siapa yg badigol tu eh???... kalau budak kencing bercabang lagi takyah nak komen bukan2...

      Memang selama ni PAS lawan UMNO, sampai keluarga melayu Islam pecah belah sebab dulu UMNO tu kafir...

      Sekarang ni tetiba pulak halal?... kepala bana apa benda ni???... yang pening lagi pulak... orang yang sama hasut orang melayu Islam pecah belah dulu sekarang ni nak suruh baik pulak???...

      Dia tarik balik Amanat dia dulu... aku orang yang pertama undi PAS... sebelum tu... aku nak cakap yang PAS parti munafik mughallazah

      Tambah2 sekarang ni ramai la pulak Ustaz PPV yang jadi nakhoda... tak beza dah dengan UMNO... cuma pakai ketayap dengan seban je beza

      Padam
    3. Cuba bagi ayat yg mana satu dlm amanat tu yg mengkafirkan umno? Kalau tak dapat bg maknanya you are bloody fool...

      Padam
    4. Nampak tak betapa bangangnya Wan Rosli ni, amanat Hadi Awang yang direct to the point itu pun dia gagal menemui tuduhan Hadi yang mengkafirkan UMNO. Dasar macai bangang!

      Padam
    5. Aku tanya ayat yg mana bloody fool!

      Padam
    6. An Anonymous 8 Jun 2017 9:40 PTG

      Dari bentuk soalan saudara, saya rasa saudara masih anak-anak lagi pada waktu Hj Hadi mengeluarkan amanat tesebut.

      Mungkin sekarang saudara sudah berjaya dalam kehidupan dan dengan semangat anak muda islam, sanggup mempertahankan parti yang kononnya memperjuangkan Islam dengan apa cara sekalipun. Semoga saudara dapat apa yang saudara cari dalam kehidupan ini, insya allah.

      Saya membesar di sebuah kawasan di Pendang, Kedah. Saudara mungkin tak merasai sebagaimana kami orang-orang yang lebih merasai kepedihan ketika waktu tersebut, solat dua imam, suami isteri bercerai berai, daging sembelihan orang UMNO haram dimakan, saudara mara tak bertegur sapa, sakit, mati, dan sebagainya.

      Kenapa sekarang baru ahli-ahli PAS nak perbetulkan tanggapan amanat tersebut dengan mengatakan ianya hanya salah faham? kenapa tak buat sebelum ini? Kenapa tak buat masa awal-awal dahulu sebelum masyarakat melayu berpecah belah, kafir mengkafir, dan sebagainya.

      persoalan saya ialah kenapa tuan yang empunya diri tak perbetulkan tanggapan tersebut dari dulu lagi atau sekurang-kurangnya berusaha semasa berceramah? Kenapa tidak sekarang dia berusaha bercakap mengenai amanat tersebut?

      Cuba cari mengenai pepecahan yang disebabkan oleh amanat tersebut. Buat kajian lagi.

      Benda dah ada sejarah, kalau tak tahu boleh gogel wikipedia Amanat Haji Hadi, sekurang-kurangya banyak kan membaca dari pelbagai sumber dan buka minda. Jangan kita jadi pengikut membuta tuli yang bodoh dan jahil yang boleh diperkudakan oleh pemimpin atasan. Kita yang sakit, bergaduh, bermasam muka dibawah, mereka yang diatas bersenang lenang. Modal air liur je cukup.

      Yang saya dapat rasakan sekarang, amanat haji hadi versi 2 sedang berlaku dimasa ini dimana mangsanya bukan lagi UMNO tetapi PAN. Bibit-bibit kebencian yang disemai kepada ahli-ahli PAS dulu sedang berlaku kembali, terutamanya kepada generasi muda PAS yang tidak tahu dan faham sejarah dari mula.

      Sedutan ucapan ini adalah seperti berikut:


      Saudara-saudara sekelian percayalah,

      Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.


      Percayalah saudara-saudara sekelian,

      Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'.

      Padam
    7. http://web.archive.org/web/20011108222030/www.geocities.com/freedom_malaysia/amanathadi.html

      Padam
    8. So sekarang tunjukkanlah ayat yg mana satu yg mengkafirkan umno atau ahlinya..mudahkan tu?

      Padam
    9. Saudara, takpe lah... saya sudah berumur untuk berdebat dengan orang muda seperti saudara yang susah untuk menerima kebenaran.

      Sejarah silam tidak boleh dipadamkan dan itu adalah hakikat.

      Kalau kemenangan dan bukan kebenaran yang saudara cari maka saya berikan kemenangan kepada saudara dalam perbahasan ini.

      Tahniah atas kemenangan saudara dan salam sejahtera.

      Semoga kita mendapat rahmat di dalam bulan Ramadhan ini.

      Padam
    10. Seperti yg tertera pada amanat (bukan fatwa) beliau di atas bahawa "Kita menentang dia yakni UMNO adalah kerana mengekalkan perlembagaan penjajah etc." Alhamdulillah penentangan ini masih terus2an berlaku sehingga sekarang. PAS adalah sebuah pertubuhan berdaftar secara rasmi di negara ini dan begitu juga UMNO; sudah tentulah penentangan antara mereka yg dimaksudkan adalah ketika hanya berlakunya pilihanraya dan di dalam parlimen juga DUN sahaja. Sebagai pertubuhan islam yg sah, tak sepatutnya berlaku penentangan dalam bentuk lain yg sia-sia atau yg boleh membawa kpd huru-hara kepada negara. Kecualilah sekiranya hak2 sebagai warganegara dicerobohi atau difitnahi, pastilah segala ruang yg ada perlu digunakan sebaik mungkin utk mempertahankan prinsip perjuangan islam yg dibawa hatta sekiranya ianya melibatkan nyawa sekalipun.

      Strategi PAS sebagai sebuah parti politik (siyasah) pula iaitu selain tarbiah dan dakwah, tidak sepatutnya kekal dgn bentuk yg sama sahaja. Dengan kaedah yg sistematik, segala strategi dan tindak-tanduk pastinya perlu berubah2 mengikut masa, keadaan dan tempat. Sebagai contoh, di awal 80an PAS mengambil pendekatan yg agak keras kerana para pemimpin UMNO pada ketika itu begitu mudah mengeluarkan kenyataan2 yg mungkin boleh melunturkan akidah. Sbg cth; hanya UMNO yg boleh memberi rezeki, politik lain agama lain, undang2 hudud tidak sesuai di negara ini kerana masyarakat majmuk (kini PAN pun mungkin mula menjunjung contoh ini demi menjaga hati DAP), kalau nak makan sup tangan silalah ke kelantan (hukum hudud dipersenda sedemikian rupa), tidak salah meminum arak selagi tidak memabukkan dan juga lain2 kenyataan lagi.. mungkin ketika itu amat sesuailah Amanat TGHA dikeluarkan berketepatan dgn waktunya demi memberi peringatan dan amaran secara tidak langsung kpd UMNO sebagai musuh tradisi politiknya tetapi dlm masa yg sama ahli2 nya sebagai saudara sesama islam.

      Dan kini, alhamdulillah hampir tiada lagi kenyataan2 menghina islam dikeluarkan. Dan pastinya strategi PAS perlu juga berubah dgn tidak lagi keras spt dulu (tapi di masa hadapan belum tentu tidak keras lagi!) tapi tetap berada di posisi membangkang. Namun seperti yg kita sedia maklum, rakyat kini sdg berhadapan dgn pemimpin yg amat korup dan sudah tentu PAS perlu turut menentang kerajaan yg zalim yg dipimpinnya; tapi perlu diingat ianya masih melalui pilihanraya. Sebab itu PAS juga menyokong sebahagian tuntutan Bersih 2 utk pilihanraya yang adil serta telus. Tetapi tidaklah semestinya perlu sampai menyertai perhimpunan yg mana jelas sebelum ini turut diambil kesempatan oleh golongan2 pejuang aktiviti LGBT dan pertubuhan NGO G25 yg mempertahankan murtad yg pastinya bertentangan dgn tuntutan islam.

      Sebagai pembangkang, pimpinan PAS terus menegur kerajaan dlm isu2 spt 1MDB, berboros belanja oleh ahli keluarga PM, isu pembunuhan Altantuya dan berbagai isu2 lain spt yg terkini FGV! Tapi di kala ada program yg positif seperti utk kebaikan islam dan kebajikan rakyat dari pihak kerajaan, tidaklah sepatutnya pula ditentang secara mutlak oleh PAS hanya kerana ia sebuah parti pembangkang!

      Tidak seperti pihak yg lain di mana tatkala pemimpin utama kerajaan yg memerintah tidak lagi mempunyai kuasa, mereka boleh sahaja dipuja utk kembali dan diambil semula malah sehingga dijadikan pemimpin gerakan pembangkang. Contoh jelas sudah ada di depan mata. Pemimpin berkenaan tak perlu pun mengaku kesilapannya atau pun meminta maaf; begitu mudah mereka dianggap sudah bersih. Jadi apa kurangnya dgn pemimpin semasa yg kini dituduh dgn pelbagai skandal dalam dan luar negara. Di masa hadapan beliau pasti akan juga dimaafkan oleh pihak tersebut hanya kerana ingin menjatuhkan kerajaan yg sedang memerintah. Di sini kita boleh lihat sikap seperti yo yo oleh pihak yg berkenaan. Tidak seperti PAS yg begitu konsisten menentang UMNO selagi islam tidak dimertabatkan. Malah PAS itu sendiri tidak perlu wujud lagi sekiranya islam benar2 telah dimertabatkan oleh mana2 pihak sekalipun.

      Jadi di manakah ayat atau ayat2 dlm amanat tersebut yg mengkafirkan umno spt yg didakwa?

      Padam