Rabu, 23 Ogos 2017

RUNDINGAN DENGAN PAS BANYAK BUANG MASA KEADILAN DALAM MASA YANG SAMA PAS DAN UMNO SEMAKIN INTIM

 
 
PRU14 semakin hampir. Ahli-ahli parti di bawah diminta membuat persediaan rapi dengan menggerakkan jentera masing-masing. Kami diberitahu bersedia untuk hadapi pertandingan lebih dari dua penjuru.

Kami juga diminta untuk merapatkan hubungan dan kerjasama dengan rakan-rakan di dalam Pakatan Harapan. Ahli-ahli dikerah untuk menghadiri berbagai kursus yang dianjurkan oleh parti demi menghadapi PRU14.

Kami mahu bertanya, apakah pemimpin di atas juga telah bersedia dengan pertembungan tiga penjuru? Apakah pemimpin di atas juga telah merapatkan saf serta persafahaman di dalam Pakatan Harapan? Apakah kelian juga telah bersedia untuk bekerjasama satu hati satu jiwa bersama-sama di dalam Pakatan Harapan?

Jika jawapannya sudah bersedia untuk itu semua, apa jadahnya lagi untuk membuang masa dengan Pas? Bukankah kita telah terlalu banyak memberikan masa untuk rundingan dijalankan? Apa perkembangannya? Semakin positif atau negatif? Kalau semakin positif, ya, elok diteruskan. Tapi semua dapat melihat lagi banyak rundingan dibuat, lagi banyak pengumuman oleh Pas untuk bertanding di Kerusi-Kerusi Keadilan, bahkan dalam rundingan pun Pas tidak segan silu umumkan untuk merampas Permatang Pauh dari Keadilan.

Sekiranya kita mahu berunding, ianya mesti menampakkan hasil dan kemajuan positif. Kalau semakin kusut bahkan semakin menghuru-harakan di dalam Pakatan Harapan sendiri, elok lah berhenti dari berunding. Biar rakyat tahu bahawa kita telah cuba untuk berpakat, tetapi Pas telah mulai jatuh cinta dengan Umno.

Jangan satu hari nanti bila anjing yang kita cuba lepaskan itu menggigit tangan kita, baru kita teringat kepada kawan-kawan kita yang lain.

Buat baik berpada-pada. Tidak rugi satu sen pun tinggalkan Pas. Kalau kita perkuatkan Pakatan Harapan dan biarkan Pas diternak oleh Umno, yang rugi besar nanti adalah Umno kerana usaha mereka mahu lihat Pakatan Harapan berpecah akan gagal.

Kepada pimpinan Keadilan yang masih percayakan Pas, jika berlaku apa-apa yang tidak baik kepada parti ini, saya berlepas diri. Jangan salahkan ahli-ahli di bawah jika berlaku apa-apa kepada parti.

Sewajarnya dalam waktu yang semakin suntuk ini kita perhebatkan jentera semua parti di dalam Pakatan Harapan bukannya sibuk melayan keegoaan lebai. Biarkan lebai terjun dengan labu-labunya.

 

35 ulasan:

  1. bodoh lar kau din....tak paham ke PKR dh kene talak...

    BalasPadam
  2. Kenapalah kepimpinan PKR ni masih tak hadam dgn mentaliti parti agama ini? Udah2lah dipersendakan, dan ditertawakan dek wala'untas kerana kebingaian yg tak berkesudahan utk merengek kasih pada parti yg dah hilang haluan tanpa matlamat itu. Usah terpedaya dan percaya lg dgn gula2 manis yg disajikan, kerana ikatan kasih antara dumnoh dgn parti agama ini semakin terserlah, bahkan diwar-warkan dgn penuh bangganya oleh ketua lobai besarnya. Jgn sampai penyokong dan pendokong PH terasa hati, merajuk, meluat dgn kepandiran yg dipertontonkan oleh kepimpinan. Aapatah lg ahli2 totok parti mereka yg masih bersisa itu hanya akan tunduk menyerah, akur setiap patah kata2 yg terjuih keluar dari mulut ketua lobainya. Cukup2lah, hentikan gerakan yg tak akan berhasil ini, usah membuang masa yg amat berharga buat kita utk memperkukuhkan PH ini. Teruskan dgn agenda kita kerana rakyat terbanyak ketika ini masih bersama kita.

    BalasPadam
  3. Pada 17 Ogos, Naib Presiden merangkap Timbalan Naib Canselor (Pentadbiran, Perancangan & Jaringan Global) UNISEL, Prof Dr Mohd Nor Nawawi, mendedahkan bahawa AMANAH hanya mempunyai kira-kira 1% sokongan.

    Kata Prof Dr Mohd Nor, orang-orang Melayu masih belum tertarik kepada AMANAH dan dapatan-dapatan kaji selidik Institut Darul Ehsan (IDE), sebuah badan pemikir di bawah Kerajaan Negeri Selangor, mengenainya adalah konsisten.

    Mungkin ini juga lah yang menjadi punca kenapa YB Azmin ingin berbaik semula dengan PAS, AMANAH tak dapat membantu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bodoh benar azmin kalu percaya dgn kaji selidik tu

      Padam
    2. Habis tu kena percayalah kit siang kata dap kena tanding kerusi pkr di kedah dan johor keh keh...

      Padam
  4. Kajian aku pas kta wajib bertanding di gombak..kah3

    BalasPadam
  5. dia yg senyap2 dah ada konspirasi bersama pas sejak langkah kajang, krisis PR... dia budak budakan dap dan amanah krn ada melayu islam yg lebih layak sebagai PM.... krn tu dia perlu pas...

    masih belum terlewat utk azmin dia perlu 'be a team player' dlm harapan... gerakan PH adalah demi Rakyat... kini azmin lebih mirip dgn umno iaitu demi PERSONALITI....

    BalasPadam
  6. Aku sebagai pengundi atas pagar dlm negeri Selangor pun rasa amat sesuai sekali PKR ajak PAS berunding utk berada bersama dlm Pakatan Harapan. Tapi dgn sikap ego yg melampau PAS dan yg terkini dengan egonya mengishitarkan nak bertanding 42 kerusi DUN Selangor. Cakap tu hormatlah sikit pada org yg bertandang utk ajak berbincang. Dah kalau tak nak, tak usah cakap banyak bagi tau secara elok PAS tak mahu. Bagi PKR pulak kalau PAS dah bagi tau tak nak tak perlulah merayu2. Kami org Selangor majoritinya berpengetahuan dan celik maklumat. Bagi aku cukuplah PKR berbincang kesian kami rakyat yg menderita dgn kos sara hidup sebegini.

    BalasPadam
  7. Elok PKR keluar je dari Pakatun Harampan dan bergabung dengan Gagasan Sejahtera, matlamat sama iaitu tumbangkan BN.

    Mana2 pemimpin PKR yang tak bersetuju boleh la keluar dari PKR dan masuk mana2 parti yang ada dalam Pakatun Harampan, senang, selesai masalah PKR.

    Pertahankan maruah DSAI, Madey harus ditentang bukan diangkat jadi Top Dog oleh PH, reformasi yang dah mati boleh dihidupkan semula jika PKR bersama dengan Gagasan Sejahtera.

    Jalan dah ada, teruskanlah perjuangan kamu yang tertangguh wahai DSAI.

    BalasPadam
  8. Jangan buang masa memujuk pengkhianat blok pembangkang. Fokus utk pru akn dtg, fokus issue rakyat, fokus kempen kesedaran utk pngundi atas pagar, fokus pekasakan komponen parti yg kononnya masih lemah. Jaga hati pengundi. Jgn buat malu penyokong. Takkn la president pun kartel kot??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti dap marah dan bubarkan PH pulak jangan salahkan pas pulak keh keh..

      Padam
  9. memalukan...
    hidung tak mancung..pipi tersorong2.
    Apakah PKR sudah tidak yakin gabungan PH yg dibentuk?
    Perkukuhkan gabungan....

    Betul2 memalukan PKR

    BalasPadam
  10. dah kena baling najis kat muka oleh parti lobai tu pun masih tak sedaq ka Azmin???

    BalasPadam
  11. Azmin tu bela sangat parti lobai sbb nak balas budi. dulu kan masa krisis MB ..parti lobai ada cadangkan si azmin jd MB. So sbb tu bila parti lobai putuskan kerjasama dgn PKR, si Azmin ni msh membela wakil2 rakyat part lobai dan tak mengiktiraf sumbangan org yg menyelamatkan kerajaan PR. Tingkah laku Azmin tak ubah mcm parti lobai yg msh mebela Ustaz Nasa walaupun sudah tahu bahawa ustaz nasa inilah talibarut yg mengusahakan UG atas arahan dan perkenan Tok Lobai parti tersebut.

    kalau sudah tidak yakin dgn PH yg dibentuk...undur diri saja lah. Rakyat meluat dgn tingkah laku pemimpin yg tak yakin pada diri sendiri dan harapan rakyat. meminta sedekah pada yg tak sudi memberi...Najis yg di beri.
    Shit man..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagus azmin kerana sedar realiti politik di selangor.. bukannya kena tarik hidung oleh dap macam pan..

      Padam
  12. Cukup²lah membuang masa dgn melayan kerenah lebai tu. PKR masih x sedar ke yg pas hanya mahu melengah lengahkan perancangan yg dibuat oleh PH. Jgn sampai pengundi semakin meluat dgn politik PKR ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cepatlah azmin bersatu dgn dap tu macam pan keh keh..

      Padam
  13. Ada sekoq peguam pompuan ni...
    mmg buruk perangai...
    YB Rafizi sebut benda yg nyata berlaku dan bg idea utk sepakat...tiba2 sekoq peguam pompuan ni pi hentam peribadi YB Rafizi. Apa punya bangang la sekoq peguam pompuan ni.
    mulut tu bacul sangat...
    Rakyat meluat tengok perangai hang la peguam pompuan woiiii..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rafizi yg gagal langkah kajang dan tewas di mahkamah kpd TSKI pun kamu masih nak percaya.. baghal!!

      Padam
  14. Kalau 1 lawan 1 memang kompom umno bn akan tewas. Kalau 3 penjuru memang kompom bn akan menang. Jangan tipu diri sendirilah. Hati kita tak menipu, mulut kita selalu menipu.

    Yg penting 1 lawan 1. Pru14 peluang terbaik jatuhkan umnobn

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju.. sebab tu pas akan lawan umno di kerusi2 tertentu sambil berharap ph tidak meletakkan calon.. kalau letak jugak pas lawan juga..

      Padam
  15. pi merenget2 kat Tok Lobai buat apa...
    hatinya..jiwanya...otaknya..suaranya...dah terpaut pada umno. perhatikan ucapan2nya yg lepas....semuanya memihak pada umno. Dalam benak Tok Lobai..hanya melayu-islam saja yg berhak memegang kuasa dibumi ini. Bangsa lain tak berhak. Jadi...bagi Tok Lobai, hanya umno kawan terbaik mereka. Semua cerita 30-40 tahun yg lepas telah dilupakan. Tak ada lagi assyabiah2...tak ada lagi "Amanat Hj Hadi". Tak ada lagi "Toghut2".
    Yang penting kuasa....
    Itu lah Tok Lobai kini...
    Tok lobai menari ikut rentak umno sekarang ni..

    So...jgn buang masa merenget2 pada Tok Lobai.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bencinya pas kpd umno sehingga dlm pru pas lawan umno..

      Tunduknya pan kpd dap sehingga tak sanggup lawan dap dlm pru..

      Siapa yg barua sekarang?

      Padam
  16. Bagi aku, PKR di bawah Azmin tidak komited terhadap PH. Sebab itu beliau tidak mengiktiraf PH dlm Selangor walaupun PAS telah memutus kerjasama dgn PKR. Sebab itu juga beliau bermain wayang di belakang dgn mengadakan rundingan sulit dgn PAS tanpa membawa bendera PH dan pengetahuan PH.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebab dia sedar calon pkr suka jual pil kuda, sokong marxist, sokong sosialis, sokong fitnah kpd TSKI dll..

      Padam
  17. pas kunun yg sokong azmin jadi MB

    pas nk berbaik dgn PKR supaya azmin dikekalkan

    bila menang, pas akan pakat dgn umno.. tumbangkan PH Selangor

    azmin akan disingkirkan.

    telah lama pas umno mengidam Selangor dan PKR patut sedar.

    telah lama umno mengidam Kelantan dan pas patut sedar walaupun tak mahu sedar2.

    akhirnya Kelantan dan Selangor cuba dikuasai umno.

    bila tinggal penang saja, maka ketika itu isu perkauman dan agama dihangatkan.

    maka lebih mudah penang dirampas semula.

    dan mat kelepet terus berkuasa. lobai2 berlegar sekeliling patuk dedak jadilah.

    Negara akan terus mengekalkan system penjajah. tapi hj hadi kata menumbangkan pemerintah islam adalah haram walaupun kekal system penjajah.

    sebab pas dan hadi kata... kalau tkde umno tak merasa kita RM90J. harapkan tabung milo tk pernah penuh. duit memali entah ke mana.

    takbir takbir tk mengenyangkan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak malu ke clara brown tak boleh bg bukti pada hakim di mahkamah london? Pan mana tahu malu anyway..

      Padam
  18. Tok Lobai dah terkena sumpah org2 yg teriniaya akibat dari "AMANAT TOK LOBAI" sendiri.
    Sekarang Tok Lobai sendiri yg menjilat UMNO dan berpura2 suci.

    Sudahkah Tok Lobai meminta maaf pada yg
    tteriniaya dulu????

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ehh ingatkan pan yg kena sumpah sampai tunduk kpd dap.. keh keh

      Padam
  19. hidung x mancung..pipit tersorong2

    BalasPadam
  20. Alhamdulillah, keputusan majlis PH utk tidak bekerjasama dgn PAS/GS utk PRU14 akan memudahkan golongan pengundi di kalangan melayu islam membuat keputusan utk memilih PAS/GS bagi kawasan2 PAS/GS bertanding.

    Manakala bagi kawasan2 PAS/GS tidak bertanding pula, mereka boleh memilih samada UMNO/BN atau PPBM/PH ataupun memilih utk boikot terus.. tak perlu pening kepala lagi.. sebelum ini jika nak boikot DAP/PR mereka jadi serba salah kerana PAS berada dalam PR.. boikot DAP/PR bermakna boikot PAS/PR; ini yg mereka mahu elakkan sama sekali.. kini dengan senang hati mereka boleh boikot UMNO/BN dan DAP/PH sekaligus..!

    BalasPadam
  21. PKR mau pecat sj azmin ali tu,

    BalasPadam
    Balasan
    1. Berani ke rapiji nak cadang macam tu? Sedangkan dia sendiripun gagal dlm langkah kejang dan mintak maaf dgn TSKI krn memfitnah..

      Padam
  22. Bagi para penggemar yang ingin bermain Slot Online Deposit Pulsa Tanpa Potongan yang tentunya bisa dimainkan dengan sangat mudah dan dimanapun kapanpun kalian inginkan hanya dengan smartphone yang sudah didukung dengan android & IOS bisa langsung mengunjungi situs IDN89 yang sudah terpercaya melalui Slot Online Deposit Pulsa

    BalasPadam