Jumaat, 23 Februari 2018

ISU ISTERI CHEGU BARD - TOLAK FITNAH DENGAN FITNAH ?

CHEGU BARD NAFI, TAPI MNENYANGKA HARAPAN TERLIBAT CIPTA FITNAH KE ATAS BELIAU DAN KELUARGANYA ITU AMAT MELUCUKAN


Laporan Malaysiakini memetik kenyataan Chegu Bard tentang isu yg dikatakan fitnah ke atas isterinya;

“Saya dengan ini menafikan dan menyatakan sepenuhnya ia adalah fitnah (ke atas) saya atau isteri atau (tiada) mana-mana anggota keluarga saya ditahan SPRM kerana sebarang siasatan korupsi lebih-lebih lagi membeli ahli parti bunga raya (BERSATU),"
soalnya selepas lebih dua jam berada di dalam ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur.

Badrul Hisham atau lebih dikenali sebagai Chegubard sebaliknya menyalahkan Pakatan Harapan (HARAPAN) kerana membiarkan dakwaan itu.

“Fitnah ini tersebar secara sangat luas dalam pengetahuan pimpinan HARAPAN namun semuanya bisu.

"Maka persoalan timbul adakah ini taktik ‘rasmi’ HARAPAN iaitu menyerang orang yang membongkar korup dengan fitnah terancang,”


Read more at https://www.malaysiakini.com/news/412700#zxPDaH8ZFhDQp5VT.99

Seperti yang telah aku perkatakan sebelum ini, aku menentang sebarang kaedah mencipta fitnah ala Papagomo terhadap sesiapa pun termasuk kpd Chegu Bard. Berdepan dgn Chegu Bard ini cukup hanya kita bawa hujah saja, tidak perlulah sampai kita nak bersusah payah jadi seperti Papagomo.

Buat Chegu Bard pula, memang beliau wajib pertahankan maruah isteri dan keluarga jika beliau merasakan itu satu fitnah. Cumanya, tidak lojik lah Pakatan Harapan pula mahu dikaitkan dengan kerja bodoh seumpama ini. Pakatan Harapan mahu berdepan dgn Najib, Umno/Bn, itu yg jauh lebih besar berbanding mahu berfikir tentang Chegu Bard. Cukup budak2 biasa saja melayan Chegu Bard, tetapi perlulah berhemah dan jgn buat fitnah ke atasnya.  

Chegu Bard tidak perlu lawan fitnah dengan fitnah.  Mungkin Chegu Bard akan kata, "bukan fitnah, sekadar pertanyaan...".  Stail dia dah...

11 ulasan:

  1. Aku nengok dari dulu si chegu bard ni asyik hentam azmin dan pkr je, tak pernah aku nengok dia hentam umno dan pas ? Agen umno ke ?

    BalasPadam
  2. Allahurabbi. Berfikirlah dengan waras. Jangan kita terjebak dalam perangkap permusuhan dan perpecahan yang dipasang oleh puak penjahat. Marilah kita menjadi orang yang lebih cerdik dan lebih mengenali siapa musuhnya. Jangan bertempur sesama sendiri. Harap dengarlah nasihat orang kecil macam saya ini, ya.

    BalasPadam
  3. Takkanlah kita tidak matang-matang lagi setelah sejauh ini kita memasuki gelanggang perjuangan. Sedarlah segera...

    BalasPadam
  4. Untuk cikgu bard mencari salah orang memang banyak...tapi dia pernah mencari salah sendiri adakah tak pernah jumpa...?Banyak duk hantam pkr dan PH dari duk hantam UBN dan PAS tak pula aku dengar.....Dulu bukan main lagi bila mai ceramah siap bawa mai 'bukti' lagi...lebih2 lagi 'bukti' pembelian cincin rosmah...La ni apa sudah jadi..? Habuk dan debu pun tak sangkut....!Patut dia ni 'kena' tendang dari PKR.

    BalasPadam
  5. Saya cadangkan cikgu bard ikut saya masuk umno. Kalau tak nak ikut saya, boleh ikut kawan saya masuk pas. Banyak jawatan kosong boleh diisi.

    BalasPadam
  6. Tak ramai orang yang tolol dapat bergelar cikgu. Cikgu Bard ni salah sorang la

    BalasPadam
  7. haha cikgu bard,den tahu kesah ekau...hehe ..ekau lwn kj di rombau..kalah...lwn dun di sg nibung,penang kena sabotage dek pas,pasal pil kudo...ekau adalah saorang ikon otai reformis yg gagal,bini ekau sedaro dsai,maso dan duit ekau banyak abissss,sekang ni,ekau jeles dgn sahabat reformis ekau,kebanyakkan dah berayo,at least ezam dapek jadi senator!ekau!
    mano receip yg ekau dapek dari pegawai kastam,tentang cincin 74juto tu!

    ekau tahu kan pegawai kastam tu ditembak mati!kenapo bekmama tak suruh penembak upahan tembak ekau aje!macam taukeh ambank dan kevin morailes!sobab dio tahu kelomahan ekau,,,dio bijak sobab ekau ado sifat 'HASAD' pado kawan2 yg berjayo...


    cumo den,nasihatkan ekau hati2,kek hotel concorde tu!upahan rosmah berkeliaran dimano-mana...dio akan peras-ugut ekau buek statement dimedia yg pasl receipt berlian jacobtu!bilo pr14 nanti,untuk clean namo dio/najib..belajarlah banyak 'BERSABAR'..

    BalasPadam
  8. Dalam situasi sekarang adalah amat merugikan PH melayan kerenah org ini yg entah apa-apa idea yg juga tiada nilai dlm perjuangan. PH melayan untuk tumbangkan org no 1 msia & inilah dinamakan perjuangan untuk negara dan rakyat msia.

    BalasPadam
  9. apasal cikgu ni tuju PH. Tak pasal2 PH. Kenapa tak Umbo-Bn. Kenapa tak MCA-MIC
    Hairan jugak aku.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kenapa tidak PAS? Sebab PAS paling minima bermasalah kan?

      Padam