Selasa, 27 November 2018

ISU KHITAN BAYI PEREMPUAN - NIK AMAR YANG TIDAK FAHAM ATAU KAK WAN ?

TMB Kelantan, Nik Amar di dalam kenyataannya merasa kesal kerana isu khitan bayi perempuan ini menjadi satu isu besar sehingga melibatan TPM, Kak Wan turut campurtangan. Menurut beliau, isu Khitan ini tidak seharusnya timbul kerana sejak sekian lama umat2 Islam megikuti amalan ini dan beliau hairan mengapa kerajaan seolah2 termakan dengan agenda bukan Islam apabila Kak Wan menyatakan kesediaan kerajaan untuk berunding dengan Kementerian Kesihatan di dalam isu khitan (bersunat) ini.
 

Apakah benar sangkaan Nik Amar? Adakah beliau percaya Kak Wan selaku orang Islam yang seluruh keluarganya sendiri secara peribadi dilihat mengikuti amalan dan budaya kehidupan umat2 Islam akan menolak amalan 'khitan' ini? Adakah Nik Amar fikir Kak Wan begitu jumud pemikirannya seperti beliau?

Apakah apabila Kak Wan selaku TPM berkata akan berbincang dengan Kementerian Kesihatan di dalam isu ini maka dikhuatiri di masa akan datang amalan berkhitan di negara ini akan diharamkan? Nik Amar yakinkah, Menteri Kesihatan iaitu YB Dr Zulkifli (bekas pimpinan Pas) yang kini pimpinan Amanah akan membuat keputusan mengharamkan khitan? Itukah yang kepala otak Nik Amar fikirkan? Tidak boleh jauh lagi ke hadapankah pemikiran itu? Patut pun pembangunan di Kelantan setakat itu saja kerana otak TMB pun tidak boleh pergi jauh.

Apa yang Nik Amar tidak faham adalah isu khitan ini ditimbulkan oleh dunia luar sana adalah berkisar tentang faktor keselamatan dan penganiayaan kanak2. Bukan soal perbuatan atau amalan tersebut kerana khitan ini juga turut dilakukan oleh banyak penganut agama lain selain Islam. Tidak timbul soal mengharamkan khitan.

Faktor keselamatan adalah faktor teramat penting sekali hatta Islam sendiri pun meletakkan faktor keselamatan sebagai wajib dijaga. Jika mahu bersolat sekalipun, Islam mengajar kita mencari tempat solat yang bukan sahaja bersih dan suci tetapi wajib di tempat yang selamat. Haram solat di tengah2 jalanraya walaupun waktu solat hampir lupus. Jika solat pun perlu kepada menjaga keselamatan, apatah lagi berkhitan iaitu memotong sebahagian dari kulit pada kemaluan.

Lazimnya selama ini, bayi2 perempuan akan dihantar berkhitan oleh ibu-bapanya kepada seseorang yang biasa mengkhitankan bayi perempuan di kampung tersebut. Ramai yang tidak menghantar ke klinik. Jika dahulu, di kalangan kanak2 lelaki mereka akan menghantarnya kepada 'tok mudin' yang akan menggunakan kaedah lama, berkhitan atas batang pisang.

Dari segi hukumnya tidak salah selagi memenuhi syarat berkhitan. Namun, apakah tidak akan berlaku kecuaian atau kemalangan sewaktu melakukan khitan? Banyak kes berlaku. Ada kes sampai mengakibatkan kecacatan dan kehilangan nyawa. Adakah salah jika aspek keselamatan di dalam melaksanakan amalan khitan ini dibincangkan oleh kerajaan ? Ertinya, kerajaan akan cuba berbincang dengan Kementerian Kesihatan dalam kaedah terbaik untuk melindungi keselamatan dan tidak menganiayai kanak2 di dalam melaksanakan amalan berkhitan ini. Apakah satu dosa besar?

Kepada Nik Amar, cuba belajar luaskan minda dan jangan terlalu jumud. Paling penting jangan terlalu bersangka buruk kepada musuh2 politik kamu sehingga benda yang baik pun kamu kata sebagai menghina Islam. Apabila kerajaan kata mahu mengkaji sesuatu, terus kamu cop sebagai mahu melaksanakan agenda musuh Islam. Apabila kerajaan tidak berkata apa2 tentang ICERD, kamu tuduh kerajaan akan terima ICERD. Apabila kerajaan putuskan menolak ICERD, kamu kata kerajaan tidak ikhlas pula. Bersihan hati, wahai Nik Amar.

5 ulasan:

  1. komen paling win yang lama saya tak dengar dari orang yang membangkang sekarang dah jadi kerajaan..komen macam ni la patut kita ada untuk patahkan hujah pembangkang yang mencari salah kerajaan...dulu komen macam ni sangat banyak masa jadi pembangkang..bila dah menang..komen komen macam ni dah semakin pupus

    BalasPadam
  2. harap makin ramai lagi yang akan muncul semula untuk memberikan hujah hujah yung bernas sebelum menang PRU...

    BalasPadam
  3. Sepatutnya DSWA tak payah layan puak2 tu.. ini sampai nak bincang menteri kesihatan tu apa hal?

    Bukankah DSWA boleh je buat keputusan tanpa drag lagi dan lagi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ni lagi sekor bodoh macam boss. Jenis tak faham bahasa tapi sibuk nak komen. Bengong

      Padam
  4. Boleh komen...tapi biar hadam berkaitan dengan kitab dan hadis. .apa yg tmn cakap berdasarkan had is dan sunnah.

    BalasPadam