Isnin, 14 Januari 2019

ANWAR TIDAK PERLU MENGGANTIKAN KAK WAN SEBAGAI TPM BAGI MENJADI PM KE 8

Saya ingin merujuk kepada kenyataan Ketua Amanah Kawasan Permatang Pauh, Dr Zaidi Zakaria melalui kenyataannya yang disiarkan oleh Malay Mail, semalam. Rujuk di https://www.projekmm.com/…/azizah-perlu-beri-laluan-anwar-j…

Beliau mencadangkan agar Kak Wan, TPM memberikan laluan kepada Presiden Keadilan, Dato' Seri Anwar Ibrahim untuk berada di Kerusi TPM sebelum tokoh reformasi ini diangkat menjadi PM selepas Tun M. Ketua Amanah Permatang Pauh ini menyebut bahawa Anwar terlalu banyak bercakap tentang isu-isu berkaitan dasar dan kepentingan negara, sedangkan waktu ini beliau tidak mempunyai kuasa dan kedudukan untuk bercakap sedemikian. Baginya, adalah lebih baik Anwar berada di dalam Kabinet sekarang agar segala apa yang beliau cadang atau kemukakan lebih efisyen kepada kerajaan.

Saya tahu Dr Zaidi tentunya mempunyai niat yang baik apabila mencadangkan sedemikian rupa. Beliau tentu mahu melihat kerajaan ini lebih mantap dan berkesan apabila Anwar berada di sebelah kanan Tun M. Namun, saya berpendapat bahawa adalah lebih baik kita mematuhi apa yang telah kita sepakati di dalam Pakatan Harapan sebelum PRU14 yang lalu bahawa Tun M adalah PM, manakala Kak Wan sebagai TPM dan Anwar adalah PM seterusnya. Rakyat pula masih teruja dan berbangga dengan rekod tercipta di bawah kerajaan Pakatan Harapan apabila seorang wanita ditabalkan sebagai TPM.

Anwar sebagai Ahli Parlimen biasa, selaku Presiden Keadilan bahkan selaku Ketua Umum Pakatan Harapan itu sendiri sudah cukup memadai untuk beliau menyatakan pandangannya terhadap apa jua dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan Pakatan Harapan. Setakat ini, apa yang pernah disuarakan oleh Anwar nampaknya diberi perhatian serius oleh kerajaan. Sehubungan itu, tidak timbul soal Anwar lebih berperanan atau berfungsi di dalam kerajaan hanya apabila beliau dilantik sebagai TPM.

Kak Wan harus diberikan ruang untuk meneruskan tanggungjawabnya sebagai TPM di samping Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat sehingga sampai masanya Anwar diangkat sebagai PM ke 8.

Kedudukan Anwar sekarang adalah lebih baik bagi beliau kerana beliau mempunyai banyak masa dan ruang berada di akar umbi untuk melihat dari luar tentang kemajuan kerajaan yang baru berusia lebih kurang 8 bulan ini sebelum beliau sendiri menerajuinya.

6 ulasan:

  1. Berkemungkinan pendapat Anwar jadi TPM ada lah untuk memghalang usaha Azmin yang semakin jelas.

    Cara begini begitu mudah dan pastiny boleh di baca oleh kartel Azmin.

    Anwah se orang tokoh pemimpin yang berani. Apa nak jadi, jadi lah, Lawan tetap lawan.

    Mana-mana Presiden akan tetap melantik orang kepercayaan nya dalam jawatan tertinggi untuk mengukuhkan kedudukan nya dari di sabatoj oleh orang nombor yang kuat dari nya.


    Sebab itu lah perlembangaan parti memperuntukkan kuasa tersebut kepada Presiden.

    Anwar di lantik ke jawatan Presiden oleh akar umbi seperti mana Azmin dan kartel nya menang dalam pilihan parti.

    Azmin dan kartel nya perlu patuh dan memberi sokongan penuh pada Anwar sebagai Prwsiden pilihan akar umbiumbil.


    BalasPadam
  2. parti manakah dlm malaysia TPM > berkuasa dari PM!...
    Kesihan dekat kat wan masa jadi presiden azmin jadi timbalan..
    1.azmin menubuhkan kartelnya diseluruh malaysia,yg ramainya di selangor...grass-root pkr seluruh negara dibiarkan terkontang-kanting..tak percaya perhatikan sign-board parti di cabang/ranting tak diambil peduli,ketua2 kg,penghulu,kontrack2 diberikan pada orng umno.siapa tak kenal razali ramli orng kuat dia yg tak kesah langsung grass-root.jumpa shj geng2 kartel di mana2,issue yg dibangkitkan dsai sudah tua!bagaimana soft-rasuah azmin beri bonus pada 30k pegawai kerajaan slgor 3bln dan 3.5bln.sesiapa yg pernah beurusan dgn kerajaan selangor HAMPEH..kata dapat rm1k untuk anak masuk u!dapat duit ikut suka hati nak bagi.pinjaman pendidikan dpt duit anak dah habis thn pertama baru dpt. kiss yg diwar-warkan semua supermarket dpt,last2 hanya speedmart dan kedai2 kecil shj..
    2..kartel aa,menjadikan ph dlm bahaya sebelom pr14,mereka menolak bersatu,dlm masa yg sama kawtim dgn pas,pada 2 minggu sebelom p14,kami berselisih dgn sua pas taki,karumah aa,perasan dak semasa pr14 aa tak berceramah dipantai timur,sedangkan rafizi bersama groupnya pergi ka 52 kwsan parlimen dijangka.group2 kartel hanya berceramah di kawasan pilihan kartel.
    3.kes lantikkan mb baru,presiden dah hantar dr idris anak tempatan slgor,tapi disailang oleh group kartel.kesihan kak wan dan dr.idris yg cukup baik,tidak memanjangkan issue ini.
    4.aa berani sound boss dimedia perdana...
    5.aa menjanjangkan bila dlm ph nak jadi pm kena tunggu 30thn lagi,jadi sekarang 50thn.....80thn..tak sabar!

    BalasPadam
    Balasan
    1. ralat TPM=Timbalan presiden
      PM=Presiden parti

      Padam
  3. Perjanjian sebelum PRU14 adalah TPM DSWA, PM Tun , PM seterusnya adalah DSAI. Jika begitu DSAI tidak perlu dilantik sebagai TPM, Jika PM adalah DSAI maka DSWA letak jawatan TPM. Itu perjanjian nya... Jika Tun mungkir janji maka Tun akan diserang The Malaysian Bawang Army ..

    BalasPadam
  4. Wow! What a great blog you have published. I adore it and will share to my friends.Thanks! join http://oppotogel.cc

    Togel Online
    Data Togel Singapore
    Agen Togel Terpercaya
    Data Togel Online
    Seo Togel

    BalasPadam