Ahad, 21 April 2019

TUN M MEMULAKAN, ANWAR PELENGKAPNYA


TERIMA kasih kepada Tun M, Perdana Menteri yang berusia 93 tahun namun telah berusaha kuat dan gigih bagi membetulkan negara ini dari kerosakan rejim terdahulu.  Menghampiri setahun kerajaan PH mentadbir negara, sedikit demi sedikit menampakkan kemajuan di bawah kepimpinan Tun M.

Ramai menjangkakan negara ini akan pulih sepenuhnya selepas sepenggal kerajaan PH memerintah, namun apabila melihat kepada perubahan yang begitu drastik sekarang ini saya menaruh keyakinan di dalam tempuh dua tahun lagi negara ini akan kembali berada pada landasannya yang betul dan tepat.  Kejayaan paling besar dibawa oleh kerajaan PH adalah berjaya menghadapkan Najib, Rosmah, Zahid Hamidi, Azeez Tabung Haji, Isa Samad Felda dan beberapa tokoh lain ke mahkamah atas banyak kes salah laku dan penyelewengan sewaktu rejim Umno/Bn berkuasa dahulu.  Ini membuktikan bahawa kerajaan PH benar-benar serius untuk mengembalikan maruah negara ini agar lebih dihormati dan disegani setelah ditimpa aib yang besar dengan skandal 1MDB.

Pemulihan yang semakin ketara walaupun secara beransur-ansur amat melegakan kita kerana kesinambungan kerja baik yang dilakukan oleh Tun M selepas 09 Mei 2018 sudah pastinya akan dilengkapkan oleh pengganti beliau Dato' Seri Anwar Ibrahim.  Sekarang adalah waktu untuk kita memberikan sokongan padu kepada kepimpinan Tun M kerana dengan sokongan padu sahajalah akan menjadikan peralihan kuasa kepada Anwar berjalan dengan baik.  Peralihan kuasa dari Tun M kepada Anwar memang digeruni oleh Pembangkang kerana Pebangkang mengharapkan pengganti Tun M mestilah tokoh yang lebih lemah dari Tun M bagi memudahkan mereka kembali ke tampuk kuasa.  Sudah pasti ini tidak akan berlaku kerana PH sendiri telah menetapkan bahawa Anwar adalah sebaik tokoh bagi menggantikan Tun M.  

Di sebalik kegembiraan rakyat di bawah teraju Tun M sekarang, rakyat juga tidak sabar menanti Anwar meneruskan kejayaan Tun M.  PH beruntung kerana kita memulakan langkah memasuki Putrajaya dengan menampilkan tokoh yang hebat dikenali di merata dunia iaitu Tun M dan kita tidak perlu risau kerana yang bakal menggantikan Tun M pula adalah bekas gandingannya dahulu yang pernah membawa nama negara digelar "Harimau Asia", iaitu Anwar Ibrahim.  

PH memunyai tokoh-tokoh yang jauh berwibawa dari tokoh-tokoh Pembangkang.  Selepas Tun M, kita ada Anwar Ibrahim, Muhyiddin Yassin, Husam Musa, Rafizi Ramli dan kita tidak kurang hebatnya memiliki tokoh yang bukan berbangsa Melayu seperti Lim Guan Eng dan Tony Phua yang sudah semestinya mampu membantu meningkatkan imej negara di mata dunia.  Tokoh-tokoh muda seperti Nurul Izzah, Syed Sadiq termasuk Rafizi Ramli adalah di antara bakal pelapis negara yang mempunyai aura masing-masing.  Saya yakin, di bawah kepimpinan Anwar nanti tokoh-tokoh muda ini akan ditampilkan di barisan hadapan untuk menimba pengalaman sebagai pelapis pimpinan muda.

Rakyat hanya perlu bersabar seketika di dalam tempuh setahun dua ini.  Selepas itu, rakyat pasti akan dapat melihat perbezaan yang ketara di antara kerajaan 'reformasi" PH dengan kerajaan "kleptokrasi" Umno/Bn.    

8 ulasan:

  1. Dulu sangat hormat dgn pas, selepas kemangkatan TGNA segala2nya berubah. PAS sanggup bersangkongkol dgn perasuah. Agama diperkuda demi utk kepentingan peribadi. Pemimpin PAS terjerumus dgn rasuah, mereka perbodohkan org2 melayu yg dah sedia bodoh dgn isu agama dan bangsa. Mereka2 ini yg untung dan ruginya org2 melayu. PAS parti tak boleh dipercayai, pimimpin boleh bohong dan kuat spin serta raja kelantong...

    BalasPadam
  2. Apa yg perlu diawasi yalah musuh2 dalam selimut PH terutama dalam Bersatu yang antiAnwar dan ingin mengagalkan Konsensus PH yg dipersetujui.

    Ada 2 jenis musuh, satu yg masuk Bersatu dari awal tapi beraliran Perkasa/TIBAI dan satu lagi yang melompat kpd Bersatu dari UMNO ada yang jadi Trojan utk pecah belahkan PH.

    Musuh2 dalam selimut ini lah yang cuba mempengaruhi TDM supaya kekal jadi PM 5 tahun sekali gus belotkan Konsensus PH.

    Majlis Presiden PH mesti bertindak keatas musuh2 dalam selimut PH yang berkeliaran dalam Bersatu.

    BalasPadam
  3. Dalam salahlaku rasuah dan kuasa dalam zaman bn dulu susah nk dobuktikan. Mahkamah memandang bukti dan bukan perlakuan. Segala urusniaga yang tak menasabah boleh diterima mahkamah sebagai betul jika ada bukti sokongan dan dokumennya. Andaian dan persepsi tak boleh menyebabkan seseorang bersalah... inilah yang dihadapi oleh pihak pendakwaan di Malaysia terhadap pembesar yg dituduh klepto sekarang. Kita berharap yang bersalah akan menerima hukuman yang setimpal dengan kesalahan mereka lakukan tanpa kira bulu dan kulit.

    BalasPadam
  4. KIKI ATOK NAK KEPALO JUBO GANTI
    KO INGAT DIO RELO SUKO SUKO ATI..?
    LOPEH RAYO MACAM2 TIMBUL TEORI
    KONSPIRASI PALO JUBO VS MAMAK KUTTY


    KIKIKIKI...

    BalasPadam
  5. kasi up sikit blogger jawaber6.blogspot.com .. blogger ni mme
    ada telor ... dan bebas dari telo labuh dan telo clamping topdog


    jawaber6.blogspot.com

    awesome

    BalasPadam
  6. bazar ramadhan dulu paling meriah di Malaysia sekarang paling sunyi..

    Mohon boss ku buat lawatan dan ziarah di bazar bazar ramadhan terutama di Bazar Kg Baru (tempat kesukaan atok fitnah) Bazar di Johor di Pasar Rabu Kedah ,Langkawi dan tempat strategik yg lain yang sesuai... Mohon juga Bossku buat lawatan di Bazar Darataran Merdeka yang sudah berpindah dari Jalan TAR dan Masjid India KL dengar khabar tempat baru Dataran tiada samubutan lansung di sana. Jalan TAR dan Masjid India sudah tiada sambutan disebabkan laluan awan di sekat dan parking kereta pun sudah tiada lagi. Kawasan masjid india seperti padang jarak padang tekukur sekarang....!!


    Mohon atur dan segrakan lawatan Bossku di tempat strategik sempana Ramadhan ini...

    mohon VIRALKAN...!!



    dan yang ini tragedi malang umat islam jalan TAR dan Masjid India

    Ada suatu agenda bila parking kereta ditutup di sekitar jalan masjid india yg mana 99% di Jln Masjid India beragama Islam (Melayu mamak indon acheh dll) untuk melingkupkan perniagaan mereka. Bila parking kereta ditutup macamana orang ramai nak singgah dan beli secara pukal..?? Bila peniaga rugi senang puak sepet ni masuk dan kuasai kawasan strategik ini...Kenapa Petaling Street Jalan Alor dan Bukit Bintang tak buat sekali...???


    mohon VIRAL kan...!!

    BalasPadam