Selasa, 21 Mei 2019

BERAPA BANYAK PARTI YANG EZAM TELAH SERTAI DAN TUBUH SERTA SIAPA PM YANG EZAM SOKONG SEBENARNYA?

Ezam asalnya Umno. Di era reformasi, Ezam bersama Anwar dan jadi Ketua Pemuda Parti Keadilan Nasional (kini Parti Keadilan Rakyat). Pada tahun 2008, beliau menyertai Umno di era Pak Lah jadi PM. Di era Najib kleptokrasi, Ezam terus bersama Umno, dapat jadi Senator dan bekerja di pejabat Najib sebagai Pengarah Komunikasi Kementerian Kewangan di mana Najib juga Menteri Kewangan.


Sebelum PRU14, Ezam keluar dari Umno dan menyertai Bersatu. Tiga bulan kemudiannya, beliau keluar dari Bersatu, dan menubuhkan parti baru, yang kononnya berjuang untuk melawan rasuah. Kemudiannya, Ezam bubarkan parti barunya itu sebelum ROS luluskan. Kelmarin, diberitakan sekali lagi Ezam umumkan untuk mendaftar parti baru yang kononnya juga berjuang melawan rasuah. Parti barunya kali ini singkatannya adalah Parti NEGARA. Bukan main rajin Ezam keluar masuk parti dan tubuhkan parti.

Di dalam kenyataan terbaru beliau kelmarin, Ezam menyokong Tun M sebagai PM. Sekaligus tentangan beliau kepada Tun M sebagai PM setahun yang lalu di 'mansuhkan'. Setahun yang lalu beliau tegas menolak Tun M sebagai PM. Hari ini, beliau menyokong Tun M. Jangan terperanjat, suatu ketika nanti Ezam akan menyokong Anwar jadi PM.

Begitulah serba sedikit tentang Ezam. Jadikan pengajaran kepada kita semua agar jangan mudah hilang pedoman dalam perjuangan. Prinsip perjuangan mesti dipertahankan dan jangan jadi lalang.

2 ulasan:

  1. Tubuhkan aje PARTI KOTAK KATIK 6 (PKK6)

    BalasPadam
  2. Parti Pokko Angguk. Kahkahkah... (Maafkan saya kerana tergelak besar).

    BalasPadam