Ahad, 11 Ogos 2019

ISU LYNAS - KALAU TUN M TUNDUK DENGAN LYNAS, BIAR FUZIAH "WANITA BESI" PAHANG BERDEPAN DENGAN MEREKA


ISU LYNAS - KALAU TUN M TUNDUK DENGAN LYNAS, BIAR FUZIAH "WANITA BESI" PAHANG BERDEPAN DENGAN MEREKA

Semalam, sekali lagi Tun M bercakap dengan menyatakan sokongan kepada Lynas iaitu satu projek yang diluluskan oleh kerajaan Najib dahulu tanpa cukai 12 tahun dan sisa kimianya negara ini makan, mereka kutip isi. Bersorak gempita puak-puak Umno kerana kerajaan PH yang dulunya berjuang menentang projek Lynas, tiba-tiba tunduk. Terima kasih mereka kepada bekas Presiden mereka itu.

Aku tidak tahu, adakah dasar atau prinsip PH yang berteraskan reform itu boleh mengawal seorang PM atau PM yang boleh ejas dasar dan prinsip PH sesuka hati. Sekali lagi menjadi penyebab mengapa ramai meminta Tun M tunaikan janjinya untuk melepaskan jawatan segera dan menyerahkan kepada Anwar. Tun M ternyata takut untuk bertindak walaupun dalam kenyataannya dia mengaku ada risiko kilang tersebut, tetapi sedikit. Atas alasan takut pelabur tidak datang ke Malaysia, maka kilang yang tidak membawa kebaikan kepada negara selain dari "sisa-sisa najis" itu terpaksa dipertahankan oleh Tun M.

Jika alasan pelaburan, maka Tun M kata elok kekalkan Lynas, saya rasa banyak.lagi tindakan kerajaan sekarang yang boleh menghalang pelabur masuk. Banyak isu boleh dikaitkan dengan masuk atau tidaknya pelabur. Boleh saja mereka jadikan isu Zakir Naik atau isu ekstremis kaum dan agama atau isu ekonomi yang belum pulih ini untuk dijadikan sebab mereka tidak datang melabur ke negara ini. Bahkan, ada pelabur yang mungkin tidak berminat masuk ke negara ini selagi Tun M jadi PM. Banyak faktor, jangan kaitkan dengan Lynas. Paling tidak, pelabur tahu kerajaan kita amat tegas dengan sebarang bentuk projek yang membawa kepada risiko keselamatan samada jangkamasa pendek atau panjang.

Umno kini telah membuka kepak mereka dengan mendakwa tindakan mereka dulu itu tepat. Ini angkara jawapan Tun M yang tidak pernah tahu perjuangan orang terdahulu di dalam isu ini. Najib mula berkokok. Cicak mengkarung di Kuantan pun sama. Ada cabaran mahu YB Fuziah berdebat, tetapi datangnya dari cicak mengkarung. Cabaran itu disahut oleh MP Kuantan itu dari Tanah Suci. Namun, Fuziah lebih suka "memberi penghormatan" kepada "tukang lulus lesen Lynas" dahulu iaitu PM rejim kleptokrasi, Najib. Fuziah bersedia untuk berdebat dengan Najib. Ketua Pemuda Umno yang mencabar Fuziah itu boleh bantu jaga parking nanti.

Tahniah Fuziah. Kalau Tun M rela ikut kata Najib dulu, biar saja Fuziah "wanita besi" Pahang ini berdepan dengan anak Pekan tersebut. Biar Tun M melutut, biar lebai-lebai yang dulunya baca semua dalil untuk melawan Lynas, kini setelah berkahwin dengan Umno, ada dalil lain pula untuk menghalalkan Lynas, biarkan mereka. Apa yang penting, kita tetap berpegang kepada prinsip. Selebihnya, serah kepada Kabinet pada pertengahan Ogos nanti samada ikut Tun M punya otak atau prinsip PH itu sendiri. Kami tidak akan salahkan YB Fuziah lagi kerana beliau telah lakukan apa yang termampu olehnya

2 ulasan:

  1. Aik....dok jd menteri dah pun senyap isu lynas ka? Pelik ni. Lawan je la, nak sayang pangkat buat apa kan? Besi la sangat! Kahkahkah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aok ni mesti baru je bersunat kot. X membaca tapi nak nyampok. Dah pegi blik umah....panas2 ni jgn brkubang main taik najib kahkahkah

      Padam