Jumaat, 27 September 2019

ANWAR TIDAK PERLU LAYAN GESAAN UNTUK JADIKAN KEADILAN PARTI BERPUAK

Saya ingin mengulas beberapa kenyataan dari YB Zuraidah yang terus mendesak agar Presiden keadilan untuk mengadakan pertemuan khusus dengan Ahli MPP yang menang melalui pemilihan sahaja, kononnya untuk buktikan Anwar ini mempunyai jiwa yang besar.

Desakan Zuraidah ini disambut oleh beberapa orang pimpinan termasuk dari bera iaitu Ketua Cabang Bera yang juga ahli MPP, Sdr Zakaria Abdul Hamid. Atas alasan, itu sahajalah ruang untuk Anwar memperbaiki pergolakan di dalam parti. Ini satu alasan yang tidak masuk akal kerana parti telah menyediakan pentas untuk berbincang atas apa jua isu dan masalah. Parti ada mesyuarat MPP dan mesyuarat Biro Politik. Parti juga telah mengadakan program seperti Retreat untuk mengumpulkan semua lapisan kepimpinan di Cabang, negeri dan Pusat tanpa dikecualikan. Mengapa perlu diwujudkan satu blok lain untuk pertemuan?

Apa keistimewaan kumpulan yang menang di dalam pemilihan lalu untuk menuntut pertemuan berasingan dengan Presiden? Bayangkan jika perkara ini diamalkan di dalam parti sehingga menjangkiti ke peringkat Cabang, adakah baik untuk penyatuan parti?

Jangan jadikan alasan untuk tidak mahu hadir mesyuarat parti dengan berbagai tuntutan ganjil yang tidak pernah dilakukan oleh parti lain. Jangan wujudkan kasta di dalam parti untuk memberikan layanan istimewa kepada satu-satu pihak.

Anwar selaku Presiden mesti berlaku adil kepada semua. Semua ahli MPP adalah barisan kepimpinan parti samada mereka dipilih atau dilantik. Tidak wajar Anwar membezakan di antara mereka.

Sehubungan itu, saya berpendapat Anwar tidak perlu melayan sebarang usaha untuk menjadikan parti ini berpuak dan berkasta. Jika mereka mahu melihat parti ini menjadi dua kelompok dan berkasta, sebaiknya mereka cari parti lain yang ada dasar seperti itu.

4 ulasan:

  1. Betul. Jangan layan kerenah orang dan kumpulan sedemikian.

    BalasPadam
  2. ALJUB VS ATOK REBUT JAWATAN PM ADUN SAMSENG VS SAMSUL KATIK REBUT KETUA PENGAKAP....WALAWEYY..!!

    PEREBUTAN kuasa bukan hanya berlaku antara Tun Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap jawatan Perdana Menteri.

    Tetapi hal yang sama juga berlaku di peringkat bawahan walaupun hanya melibatkan jawatan kecil dan remeh.

    KALIMAT LAMA 'AWAK YB ATAU SAYA YANG YB'
    KETUA PENGAKAP JADI REBUTAN DI MELAKA
    KALIMAT BARU 'SAYA YB ATAU YB YANG BABI'
    SEMUA MENGKOMER DALAM PH DAH GILA KUASA
    DON'T MESS WITH MELAKA WAHAI 'YB GILA BABI..'

    Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya dari PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd. Akin dan Exco kerajaan Melaka, Norhizam Hassan Baktee dari DAP terlibat dalam isu perebutan kuasa dalam barisan kepimpinan Majlis Pengakap Negeri Melaka.

    “Norhizam kalau tidak faham undang-undang lebih baik diam! Jangan lebih sudu daripada kuah,” Shamsul sebagai Tim Menteri.

    Dalam laporan itu, Norhizam tidak mahu barisan kepimpinan pengakap negeri yang dterajuinya sebagai pengerusi diganggu dan dipilih secara sah pada April lepas.

    Buat Anwar, anda sudah nampak permainan Mahathir untuk mengenakan anda buat kali keberapa pun tidak tahu, masih tidak sedar-sedar?

    Baik jadi kayu jelah kalau tidak melawan.. kikikikikiki..!!


    KEPALO PENIPU JUMPO KEPALO PEROMPAK
    DARI DUO TAUN POIE KO TIGO TAUN LAIE
    DIPATUK ULAR YG SAMO BUKAN DLM SOMAK
    PADAN MUKO SI PENIPU KONO TIPU 2 KALI

    KIKIKIKIK...

    Bila kepala penipu berkawan kepala perompak... lu fikir sindri ini fakta and auta not my tease hokeyy..!!

    kikikikiki...!!

    Padan muko kau ...!!

    #BUYMUSLIMFIRST

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sapa yang penipu dan sapa yang merompak.tu... bukan boss ko....

      Padam
  3. Belum mei 2020 laei..
    Tun M tetap serah PM 8 kpd Anwar...
    Kesian ler puak2 dengar perkhabaran itu semua pakat bersedia meroyan

    BalasPadam