Isnin, 30 September 2019

SERAH JAWATAN PM, TUN M TIDAK PERLU FOBIA DENGAN KISAH LAMPAU




Tun M merasa agak gusar apabila menjawab persoalan tentang penyerahan jawatannya selaku PM kepada Anwar sebagaimana yang dijanjikan di dalam manifesto PH dan muafakat Majlis Presiden PH sebelum PRU14 yang lalu.

Tun M menyatakan tiada jaminan pimpinan selepas beliau akan lebih baik darinya. Beliau mungkin fobia dengan peristiwa lalu bila beliau menyerahkan kuasa kepada Pak Lah. Banyak agenda yang beliau rancang gagal diteruskan oleh Pak Lah, malah negara bertambah teruk apabila Najib mengambil alih pemerintahan. Tidak salah kalau Tun M merasa begitu fobia sekarang.

Namun kita harus terima hakikat bahawa apa jua perasaan Tun M sekarang, janji dan persefahaman di dalam PH dan kepada rakyat wajib ditunaikan. Kalau mahu bercerita tentang rasa gusar dan fobia, kami juga gusar dan fobia apabila PH mengambil keputusan untuk menamakan Tun M sebagai bakal PM sekiranya PH berjaya menawan Putrajaya. Kami wajib merasa gusar dan bimbang kerana kami kenal Tun M bukan baru dan kami pernah menentang Tun M, bahkan reformasi tercetus ketika pemerintahan beliau.

Namun, kami berfikiran positif dan mengambil kira pandangan Anwar bahawa kita harus beri ruang untuk Tun M membuktikan bahawa beliau benar-benar telah berubah. Beliau keluar dari Umno/Bn merupakan perubahan dan tindakan awal serta hijrah yang baik dan perlu kita sokong. Maka, kami tidak lagi berwasangka buruk dan fobia dengan Tun M.

Tun M tidak boleh menyamakan kisah penyerahan jawatannya kepada Pak Lah. Itu peristiwa yang hanya berlaku di dalam Umno, pemimpin bertukar tetapi dasar dan sikap Umno tetap sama. Ibarat satu kumpulan perompak yang menukar ketua saja.
Penyerahan jawatan Tun M kepada Anwar di dalam tempuh dua tahun ini jauh berbeza dengan era beliau di dalam Umno dahulu. Bahkan, kami berpendapat kunci reformasi sebenar terletak di tangan Anwar kerana beliau pelopornya.

Jangan samakan Anwar dengan Pak Lah, jauh sekali dengan Najib. Benar, tiada sesiapa pun boleh beri jaminan bagaimana keadaan negara di masa akan datang, itu semua di bawah ilmu Allah.

Apa yang kami harapkan dari Tun M sewaktu kami bersetuju menerima Tun M sebagai PM ke 7, itu pun banyak tidak kesampaian. Di luar kuasa kami untuk menjamin Tun M akan mampu melaksanakan kesemuanya. Bahkan, tiada jaminan sekiranya Tun M kekal sebagai PM sehingga PRU15 kita akan menang. Apa jaminannya?

8 ulasan:

  1. Kadir Jasin pernah menulis diblog 3 bulan dulu i konsensus PH yg terpenting yalah kongsi kuasa PM antara TDM dan Anwar bagi sesi 2018-2023 dan hanya Majlis Presiden boleh merubah konsensus itu.

    Keyword yalah kongsi kuasa maknanya 50:50 tempoh 21/2 tahun seorang.

    Lantas bila Kadir bersuara dgn nada lain yang tiada tarikh spesifik serah kuasa mungkin 2020, 2030 atau 2050, mesti diingati beliau yang konsensus PH tidak spesifik juga mengenai:

    1. PH guna logo dan simbol PKR utk bertanding bila Bersatu diharamkan

    2. Anwar menolak pelawaan Najib dimalam PRU14 utk tinggal kan PH dan PKR berpakatan baru dgn Umno/PAS tubuh kerajaan
    3. Semua MP akur dgn konsensus PH melantik TDM sbg PM walaupun Bersatu hanya menang 13 kerusi, walaupun YDPA bertanya mengapa Wan Azizah tidak mengambil jawatan kerana PKR yalah parti terbanyak menang kerusi bawah PH.

    Semenjak jadi PM, ramai dikeliling beliau dalam Bersatu berharap TDM membatalkan konsensus PH dan beliau jadi PM 5 tahun.

    TDM sendiri kluk-klek mengenai tarikh serah kuasa dan seolah meminati Azmin menjadi pengganti.

    Jika Majlis Presiden berpendirian TDM akan batalkan konsensus PH, jalan terbaik yalah Anwar, LKS dan Mat Sabu keluar dari PH dan robohkan Kerajaan PH. Biar snap election PRU15, jangan bagi Bersatu hijack agenda PH demi kepentingan mereka dan makan sorang.

    PAS/UMNO bukan sahaja lebih percaya Pakatan mereka sendiri tetapi jugak tiada siapa yang beria nak Pakatan dgn Bersatu lagi kalau Anwar dan rakan2 PR di permainkan oleh Bersatu.

    PR Pakatan Rakyat boleh mengolah langkah tanpa Bersatu.

    BalasPadam
  2. KONGRES BARUAH MELAYU.

    Kongres Maruah Melayu? Mcm mn blh anjurkan kongres ni kalau penganjur pun tak bermaruah bersekutu & bersekongkol dgn DAP..!?

    Terang2 nk menghapuskan hak Melayu? Please laa, tak payah la nak memperbodohkn Melayu yg skrg ni ramai dah bermuafakat dlm Perpaduan Ummah.

    Pada pemimpin2 reformasi palsu hari ini termasuk PM ke 7 berhentilah menipu rakyat dengan pernyataan2 palsu dipentas dunia dan PBB kononnya pejuang keadilan dan menentang kezaliman.

    Tidak ada maknanya bercakap soal maruah sekiranya rakyat semakin merempat dibumi sendiri ,menteri2 anak emas dan anak sendiri yang berlaku sumbang dan songsang terus menjadi menteri.

    Rais Yatim orang kuat Tun M(Mangkok) sendiri menyatakan bahawa..

    “Hari ini...Melayu jahanamkan Melayu.”

    Apa maksud Rais Yatim orang kuat PBBM ni..!?

    Rais: “Ka­lau DAP dikatakan akan memusnahkan hak Melayu, realitinya saya tak fikir DAP ada kekuatan seperti itu yang difikirkan banyak pihak.

    “Saya tak fikir DAP kuat tapi kalau ditolong oleh orang Me­layu, berkemungkinan besar politik Melayu akan hancur...akan ke hilir, kekuatan bangsa Melayu dan Islam akan lemah.

    Tapi kalau setakat DAP berkokok, berkotak-katik, saya tak yakin (Melayu akan musnah).

    “Cuma kalau Dr. Mahathir di pihak sana (Pakatan Harapan) bawa fikiran DAP, Melayu akan jahanam...

    "Inilah yang jahanamkan Melayu...puncanya Melayu itu sendiri.”

    Setahu Rais, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang dikepalai Dr. Mahathir tidak ada peta Melayu dalam mindanya...!!!

    APA GUNA SEBUT PASAL MARUAH
    TAK PAYAH MENYALAK MCM HANJING
    ACAH ACAH POWER HARAMJADAH
    KALAU TELO KAU TOPDOG CLAMPING

    ....Sungguh Memalukan...!!

    Awat, konon kongres ni nk mengaburi Perpaduan Ummah ke? Mcm mn penganjur boleh jd Melayu bermaruah kalau semua pemimpin2 Melayu dlm PH tutup mulut bila hak Melayu & Islam dihina terang-terangan?

    APA GUNA KATAKAN MARUAH ISLAM
    IMAN AKIDAH KAU GADAI SUMA LAH..!
    PLURALIST COMANGO SYIAH DIGENGGAM
    LGBT GAY DEPAN BELAKANG BELASAH

    Bermaruah ke kalau ramai pemimpin2 dlm PH ahli semburit, LGBT & pengkhianat Melayu?

    kita khuatirkan ialah (kemunculan) Melayu Baharu dalam PKR seperti Anwar Ibrahim, Nurul, Marina Gereja, G 25, Rafizi dll. Ramli yang akan bawa pemikiran kononnya Me­layu progresif tapi liberal, anutan COMANGO toksik dan Pluralisma Agama (Murtad)

    Mungkin dh terdesak kut sebab trend semasa Melayu Islam ramai menyokong Perpaduan Ummah...

    BalasPadam
  3. 16 SEPTEMBER KITE KE TG PIAI
    DEDAK MINGGU LEPAS DAH SAMPAI
    DEDAK TG PIAI HUNTUNG LA ALAHAI..
    BERI DEDAK SAPU, UNDI JANGAN BHAI..!!


    KIKIKIKIKI... 10K MAJORITY BOLE CAPAI KALAU ISU DIKELUARKAN KENA PADA TEMPATNYA

    #10KMAJORITYBOLEHHH

    BalasPadam
  4. Tun Mahathir fobia bukan kerana pemimpin penggantinya kurang baik darinya, tapi beliau fobia kerana penggantinya nanti akan memperjarakannya sehingga mati dalam penjara dan segala salahlaku keluarganya akan didedahkan.
    Dendam Anwar masih membara, maruah beliau dan keluarga mesti diputihkan kembali.

    BalasPadam
  5. PADAN SSGT LAH TU SUMA SEPADAN
    KEPALA PENIPU VS KEPALA PROMPAK
    AKU SAJA JER NAK MEMBATU APIKAN
    DOLU MATO LOBAM ESOK MUNGKIN GIGI RONGAK

    KIKIKIKIKI..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Batu api @ pengadu domba ahli neraka dan disebut dlm Quran. Bangga?? Agama apa?

      Padam
  6. Umur dah kat senja masih nak buat perkara yg munafik???????

    BalasPadam