Isnin, 28 Oktober 2019

AZMIN SENDIRI KABUR DENGAN SEMANGAT DAN PERSEFAHAMAN DI DALAM PH ?


Saya telah membaca kenyataan Timbalan Presiden KEADILAN, YB Dato' Seri Azmin Ali yang dipetik oleh Malaysiakini berkaitan peralihan kuasa di antara Tun M dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Sekali lagi Menteri Ekonomi ini mengulangi bahawa Tun M perlu dikekalkan sebagai PM sehingga ke PRU15 akan datang atas hujahnya tidak pernah berlaku peralihan kuasa PM sebelum tamat penggal. Beliau juga menggunakan hujah itu adalah mandat rakyat di dalam PRU14 yang lalu.

Saya insan kerdil di bawah ini ingin mengingatkan Azmin, orang atasan yang mungkin mula lupa akan sesuatu. Benarkah tidak pernah berlaku peralihan kuasa sebelum tamat penggal? Lupakah beliau tentang peralihan kuasa di antara Tun M dengan Pak Lah, dan Pak Lah kepada Najib? Adakah itu sebagai mengkhianati mandat rakyat?

Kalau mahu dilihat secara tradisinya, adakah Tun M sekarang ini menjadi PM kerana tradisi atau kelaziman yang Azmin ungkapkan itu? Kenapa Tun M menjadi PM, bukannya Dato' Seri Dr Wan Azizah? Bukankah Kerusi di Parlimen terbanyak adalah dari parti KEADILAN dan atas persefahaman politik di dalam PH kesemua parti di dalam PH menggunakan logo parti KEADILAN. Lojiknya, Kak Wan lebih releven menjadi PM kerana partinya memiliki jumlah Kerusi terbanyak berbanding parti Tun M, walaupun parti Bersatu waktu itu menggunakan logo KEADILAN. Namun, atas prinsip dan semangat kepada perjanjian dan persefahaman di dalam PH, maka Tun M diangkat sebagai PM. Bukankah itu juga luar biasa? Mengapa Azmin tidak ulas hal ini?

Azmin menyebut tentang mandat rakyat di dalam PRU14 yang lalu. Azmin kena sedar, mandat rakyat diberi kepada PH untuk menjadi kerajaan berdasarkan janji dan manifesto PH, lebih-lebih lagi kerajaan lama Kleptokrasi itu amat dibenci oleh rakyat. Rakyat bukan memilih PH untuk mengekalkan Tun M sebagai PM kerana bukan rahsia lagi bahawa Tun M dipilih sebagai PM sementara menunggu kesemua kekangan politik terhadap Anwar Ibrahim dapat diselesaikan. Kesemua pimpinan PH tahu hal ini, kecuali Azmin agaknya. Pimpinan dari Bersatu, Amanah dan Dap, malahan dari KEADILAN sendiri tidak pernah berkata Tun M mest menjadi PM sehingga tamat penggal, kecuali Azmin dan beberapa juaknya sahaja. Kalau pimpinan utama di dalam PH seperti Muhyiddin, Mat Sabu, Guan Eng dan Anwar Ibrahim sendiri tidak pernah berkata sedemikian, mengapa Azmin pula memandai-mandai?

Nada Azmin sama seperti nada Umno dan Pas. Nadanya sama seperti orang-orang yang bermasalah jika Anwar jadi PM. Adakah Azmin juga mempunyai masalah besar jika Anwar jadi PM pertengahan tahun hadapan? Jika anda ada masalah dengan Anwar, jangan cuba pusingkan fakta untuk mengkhianati persefahaman di dalam PH. Kita tahu sejak sebelum PRU14 lagi Azmin tidak iktiraf PH di mana Selangor di bawah pentadbirannya dulu tidak pernah iktiraf PH. Maka, jangan rosakkan PH untuk selamatkan diri dari masalah peribadi.

Jika tidak bersetuju dengan persefahaman di dalam PH, Azmin boleh memikirkan untuk bersama Umno atau Pas kerana pemikirannya sama.

1 ulasan:

  1. MENYEKAT ANWAR PM 8 ADALAH MENYEKAT DAP

    Itulah sebenarnya yang dimaksudkan dalam kem Assmin dan dipersetujui bersama (understood) dan sesetengah pihak lebih ganas dengan memperincikan kenapa Anwar harus ditolak

    TOPDOG CLAMPING TELO ATOK SEADANYA
    ISU SOSMA UNTUK PENGANAS LTTE PARIA
    KO ORANG SUMA JANGAN MUDAH PERCAYA
    ITU ACAH ACAH POWER DARI ATOK SAJA
    NAK ALIH ISU KUASA BAKAL PM KE 8 YER

    ... Atok dah cemas gelabah peralihan kuasa nak tiba... nak kasi melayu khasnya cair, atok pun acah acah power kat macai bodo bangang nya

    MAHATHIR, ANWAR SEDANG BERGADUH, WAYANG SEMBURIT SESAMA SENDIRI TENGAH PANAZZ – SEDIAKAN POP CORN TAMBAH DAN TEPUK BIAR PADU

    Mahathir sedang bergaduh dengan Anwar dalam PH. Penyatuan Ummah tidak perlu sokong mana2 di antara kedua mereka ini.

    Mereka pun bukan mahu tolong Melayu dan Islam, mereka hanya mahu sokongan Melayu dan Islam bila mereka susah.

    Bila mereka habis bergaduh dan senang, mereka mahu hancurkan parti Melayu dan Islam akidah dan iman pula. Pluralisma murtad, SYIAH kafir, COMANGO toksik, lgbt, gay jadi ajaran puak PH

    Mahathir lebih kecewa, 23 MP yang sebelum ini menyokong Tokoh Semburit yang kalis CCTV ini, kini cuma tinggal 4-6 MP sahaja.

    Menteri Besar Selangor yang merupakan anak didik Azmin sendiripun mula membuat corner lipat baring, menyokong Anwar yang mula menguasai parti.

    Begitu juga Brother Anwar Bin Ibrahim@ B.A.B.I Paling ketara adalah isu video semburit Azmin, sampai sekarang tiada apa tindakan, sedangkan pelakunya dah mengaku, malah video itu pun disahkan tulen. Undang-undang apa PH guna agaknya?

    Pengalaman Tunku Abdul Rahman, Tengku Razaleigh Hamzah, Musa Hitam, Tun Ghaffar, Anwar Ibrahim, Pak Lah dan Najib Razak, sudah lebih dari cukup untuk memahamkan kita. Mahathir boleh menggunakan seseorang itu demi kepentingan dirinya dan akhirnya orang yang sama bakal disingkir sebaik sahaja khidmatnya sudah tidak diperlukan lagi.

    Takkan masih tidak tahu lagi perangai Mahathir dan Anwar?

    FORMULATURUNBARANG = BMF + OKEY..!

    BalasPadam